Sampai dalam jam 11 pagi, parking berhampiran pintu utama masuk ke Pengkalan Udara Butterworth. Jalan dah nak sampai kepintu utama, ada siapa ntah yang dah nak balik kata...pintu utama tuuuu jauh lagi lepas dari tarfik light. Laaaaa....dah jalan dah, kira terus ja la.
Berhampiran pintu masuk dan selepas sedikit ada banyak gerai jualan terutama makanan dan minuman. Kami tak beli apa-apa nanti smapai dikawasan pameran baru nak beli. Kami terus kedalam lagi untuk ke lapangan terbang dimana diadakan pameran.
Dari pintu masuk jalan lagi ke lapangan terbang mereka jauh juga. Puas la jalan hari nie. Sampai berhampiran landasan, disambut dengan pancaragam TUDM. Berhenti sekejap layan alunan pancaragam. Menarik, siap boleh menari-nari lagi.
Anak aku dua orang tu dah jadi pelik sikit, panasss. Cuaca memang cerah. Kedua-dua dah macam tak ada mood nak jalan-jalan melihat kapal terbang. Nak cari air, kat sini tidak ada jualan atau gerai yang jual air cuma ada khemah-khemah pameran.
Silap tak beli masa kat pintu masuk, nak patah balik rasa jauh sangat bersama dengan cuaca yang panas. Dengan muka masam suruh posing sebelah nuri.
Tempat tarikan utama, sayap kapal terbang, jadi tempat berteduh
Kesian anak aku, nak masuk dalam kapal terbang dibelakang. sampai disana petugas dah nak tutup pintu, waktu rehat. Tak ada papan tanda ditulis waktu-waktu tertentu untuk melawat kedalam. Buka pula tak tau lah bila. Tengok dinding kapal terbang sudah lah.
Dibawah bayangan pungkok helikopter, rehat sekejap.
Lain kali sebelum datang ke pameran macam nie sediakan payung walau tak hujan dan bekalan makanan dan air terutama yang membawa anak macam kami nie.
Keseluruhan pameran ini kurang menarik sebab kebanyakan pameran statik sahaja. Jika boleh di cadanganlah untuk penambahbaikan, bukan sekadar pameran sahaja tetapi prasarananya.......
1) Adakan sedikit khemah untuk berteduh, macam nak pecah kepala terik matahari.
2) Adakan sedikit jualan seperti air dalam kawasan pameran, buat hilang dahaga.
3) Letakkan masa atau waktu pesawat itu boleh dinaiki atau masuk melawat dalam perut pesawat tu, bukan bawa pi terbang.
4) Dalam brochure jemputan masukkan plan dimana pintu masuk dan tempat parking, tak lah tersilap parking, sangka dekat rupanya nunnnn..... jauh disana.
5) Adakan pertunjukan udara seperti payung terjun, kapalterbang akrobatik macam Red Arrows.
6) Bawa pengunjung merasai pengalaman menaiki kenderaan perang, kapal terbang atau helikopter.
7) Ini permintaan anak aku, sediakan air cond kat kawasan lapangan terbang tuu...ok ka??.
No comments:
Post a Comment