Friday, June 11, 2010

Nan's Kitchen

Kawasan Perniagaan Bertam Perdana. Kawasan Perumahan dan perniagaan baru di Kepala Batas. Memang banyak kedai makan, tak tau lah siapa yang nak datang makan. Aku makan makanan kau, kau makan makanan aku. Tapi malam memang meriah kat sini terutama Kiosk @ Bertam. entah dari mana manusia datang makan kat situ.

Malam nie aku nak cuba yang spesial sikit kat Kiosk @ Bertam. Kami cuba di Nan's Kitchen, masakan western. Belek punya belek menu dia, dipesan lamb grill ( kalau tak silap la, dah lupa), hot dog dan aku tanya dia apa yang menarik, diberitahu masakan baru iaitu lamb pasta XXXX carbonara ( yang XXXX tu aku tak tau nak sebut) bentuk macam keow teow, pesan saja lah nak rasa. Air pula yang istimewa air strawberry ada buih (kiri sekali).

jeng...jeng...jenggg bila sampai alamak sikit ja. Keseluruhan rasa boleh kata sedap lah tapi dalam kuantiti yang sedikit ( dalam gambar macam banyak ). Lamb grill datang dengan hirisan kambing disaluti sos lada hitam bersama garlic bread, kentang dan salad.
Hotdog berbalut telur dengan kentang.

Nie dia lamb pasta XXXXX carbonara. Pasta dengan hirisan kambing ( kambing sikit ja, pasta yang lebih ). Keseluruhan apa yang aku makan sedap tapi tak berapa puas sebab kuantiti yang sedikit.

Habis saja makan, perut memang tak kenyang, kami pi cari nasi lemak. Lokasi seperti peta kat bawah ( klik imej untuk paparan lebih besar )


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...