Monday, May 31, 2010

Ayam Penyet - AP

Mula-mula sampai ke Jusco Bandar Perda, memang tak dak arah jadi pusing-pusing kat situ cari tempat makan, akhir sekali pilih la sebuah restoran berangkai yang menyediakan masakan ala indonesia yang lebih tepat masakan Jawa Timur dan Minang seperti yang tertulis kat menu dia.
Nak rasa macam mana masakan Jawa. Aku nak banding pun tak tau. Kat menu tu di bahagikan masakan Jawa Timur, Sup, Green (sayur la tu) , Minang dan berjenis air. Masakan Jawa Timur banyak yang penyet-penyet seperti ayam penyet, udang penyet dan tempe penyet. Baca punya baca yang dipilih : ayam penyet (mesti pilih satu yang dipenyet, nama restoran pun ayam penyet), soto ayam sebab aku nak ada kuah, gado-gado dan air pula teh ais indonesia dan strawberi (anak aku punya pilihan la nie).
Ayam penyet datang dengan seketul paha ayam bersama, kangkong rebus, kubis, tempe goreng, tokua goreng dan sambal. Ayam di goreng rangup. Aku guna camca saja untuk koyak ayam tu. Ayam tu di ketuk kot, sebab tu ayam tu lembut atau di leyet dengan tayar kereta. Rasa sedap, ada garing ada lembut dan sedikit berempah.
Soto ayam, macam sup ayam la tapi ditambah dengan sup hoon, telur dan ada la benda-benda lain.

Gado-gado macam orang kita buat juga, sayur, keropok, telur dan dituang dengan kuah kacang.
Yang kiri sekali tu teh susu ais indonesia, ingat ada rasa jamu, tapi sangkaan meleset, rasa macam teh ais yang kita biasa minum saja.
Makan kat sini kira kena order satu-satu tak ada pakej yang ditawarkan seperti pakej makan tengahari ka yang ada nasi, lauk, sayur dan air. Jadi kena order asing-asing la. Pandai-pandai la menjodohkan makanan tu. Harga yang ditawarkan boleh tahan juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...