Ada sebuah restoran baru dibuka di Kawasan Perniagaan Bertam Putra, bertentangan dengan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Restoran Rojak Dot Com. Gambar yang aku ambil nie merupakan kunjungan aku yang ke berapa ntah la.
Kalau lihat menunya ada makan berat seperti set nasi ( nasi dengan ikan bawal/ayam/kembung bersama sambal kicap dan kari ), nasi goreng, mee, beehoon, western, nasi lemak, nasi lemuni ( hari Sabtu dan Ahad saja) dan sebagainya. 

Kalau yang nak ringan banyak pilihan seperti pelbagai jenis roti canai, bun, burger, peknga ( nyok /pisang ), rojak dan yang setiap kali pi sana mesti anak aku order roti telur. Roti telur nie memang best dan berbeza dari tempat lain, 2 keping roti yang disalut telur bersama bahan-bahan seperti daun yang aku pun tak tau apa kebendanya dan diatasnya di letakkan sos dan mayonis. Rasa memang best. 
No comments:
Post a Comment