Seingat aku Persatuan Penduduk Shahbandar, Bertam Perdana ada hantar satu memo untuk menamakan surau ini. Mungkin ada yang telah memberi nama Al-Husna dan telah terpilih. Tahniah.
Aktiviti di lakukan diawal pagi. Masa aku sampai dah ramai orang dah, aku pun sampai lewat. Inilah aktiviti yang dilakukan. Pemasangan speaker ke bumbung. Semua kerja ini dilakukan oleh penduduk Shahbandar. Gayat aku tengok depa buat kerja. Macam Spider-Man pun ada.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ucapkan syabas dan berterima kasih di atas kariah masjid Al-Husna kerana aktif mengimarahkan surau yang ada di Taman ini.
Namun, pemerhatian saya, saya dapati semacam wujud elemen kurang mesra semasa bersalaman dengan diantara sebilangan ahli jemaah surau. Ada yang bersalaman hanya utk maksud bersalam sahaja, tanpa menampakkan senyuman dan pertentangan mata dengan org yang disalami.
Lain pula jika yang disalami itu rakan taulan mereka, yang mana mereka menunjukkan sikap mesra.
bagi saya, mmg lah hak mereka berbuat demikian , tetapi bagi jemaah yang baru berjinak jinak dengan surau, ini merupakan suatu perkara yang kurang sihat sekiranya berterusan berlaku.
Saya tidak mengatakan bahawa saya ini sempurna 100 peratus..saya juga ada silap dan salah pada pandagan mata org lain..namun saya menegur ini kerana ingin memperbaiki bilangan jemaah kariah surau ini.
Sekdar teguran iklas
harap jgn ada puak puak dlm ajk surau....
ReplyDelete