Hari Ikhtifal 2009

Setelah semalaman hampir 4 kali anak aku muntah dari pukul 2 pagi hingga ke pagi tapi dia kuat kan semangat juga untuk menyertai Hari Ikhtifal 2009 tadikanya, Tadika Khalifah Intelek. Rasanya hampir 2 bulan tadikanya buat persiapan untuk acara tersebut. Walau tak bermaya tapi dari raut mukanya tetap gembira ketika bangun pagi. Tak sabar untuk membuat persembahan. Aku dan isteriku dok tanya dia kalau-kalau dia tak mahu pergi. Tapi dia tetap hendak kemajlis Ikhtifal tersebut.


Majlis ini diadakan di dewan Sekolah Sains Kepala Batas, sekolah sains yang rasanya setahun telah dibuka. Sampai di muka pintu dewan ia disambut oleh gurunya dan dibawa kebelakang pentas untuk buat persiapan. Aku dan isteri tunggu dihadapan pentas. Setelah acara bermula, ini adalah beberapa aktiviti yang disertainya.


Membaca Surah Yasin bersama beberapa rakan-rakannya.
Acara diselang-seli dengan ucapan guru besar, Cikgu Atikah, bapa cikgu Atikah dan ceramah motivasi olehUstaz Muhd Rozee Abd Razak.

Setelah itu dia sertai senamrobik. Nampak kaku sikit, macam robot.

Dan yang terakhir sekali dia mengambil bahagian dalam persembahan drama Raja Namrud sebagai nyamuk. Aku nak ambil gambar dia pun susah sebab lari pusing raja Namrud cepat sangat sampai terjatuh,macam sihat ja. Jadi aku tunggu abis acara suruh dia posing baru ambil gambar.


Akhir sekali penyampaian hadiah kepada yang telah graduate (abis tadika la unur 6 tahun) dan penyampaian hadiah kepada setiap kanak-kanan tadika.



Anak aku yang perempauan, Siti sarah untuk kali ini tak mengambil bahaghian sebab dia cuma transit sahaja ke Tadika ini. Selesai sahaja majlis diadakan jamuan makan tengahari. Muhammad Ammar cuma minum air sahaja mungkin perut masih tak sedap. Lepas seketika muntah lagi. Masa persembahan mungkin dia tahan supaya tak muntah. Kelihatan tak bermaya pada mukanya

Habis sahaja makan kami ke klinik untuk ambil ubat.

No comments:

Post a Comment