Masa dulu kita selalu sebut kereta Proton ada banyak masalah terutama dengan power window. Tapi kereta PROTON Wira yang aku pakai dulu tak ada pun masaalah power window. Ada satu ketika ada forum atau seminar ( rasanya mengenai halatuju syarikat besar negara) di USM yang disertai oleh pihak PROTON sebagai salah seorang ahli penel . Semasa sesi soal jawab ada yang bertanya mengenai masalah power window kat situ ( entah siapa yang bertanya aku tak pasti...yang pasti dia telah betanya ditempat yang salah). Begitulah kelemahan PROTON sehingga jika ada ruang pasti ada yang akan melepaskan geram, tak kira didalam forum atau di akhbar.
Lain pula ceritanya dengan PERODUA Myvi aku. Semenjak aku pakai banyak kali aku suruh mereka perbaiki power window Myvi aku. Cermin kadang-kadang naik dan kadang-kadang sangkut masa aku tekan butang power window. Setiap kali perbaiki tak berapa lama masalah yang sama akan berulang. Dari sebelum habis waranty sehingga habis waranty.
Hari ini aku ke pusat servis PERODUA di Seberang Jaya. Diadunya masalah yang sama, lalu penjaga kaunter itu beritahu mereka akan perbaikinya. Aku tanya sebab apa selalu problem. Dia kata Myvi memang ada masalah power window dari dulu lagi disebabkan pembekal memberi barang yang tak berkualiti. Mereka telah menukar ke pembekal yang lain, tetapi kualiti alatan tetap sama. Mereka cuma dapat perbaiki sahaja, jika ditukar baru pun masaalah itu tak mungkin akan selesai.
Aku hairan juga macammana masaalah kepada kereta keluaran PROTON tersebar dengan luas tetapi masalah kereta PERODUA tidak tersebar. Mungkin orang dah malas nak komplen masalah kereta buatan tempatan. Jika dibuat aduan pun masalah akan tetap sama.
Kualiti ini mungkin akan dapat diatasi jika keistimewaan yang dinikmati sebagai kereta Nasional ditarik balik dan memberi peluang mereka bersaing dengan kereta import secara terbuka. Persaingan ini akan menjadikan mereka lebih komitet dalam menjaga kualiti.
Kereta-kereta nasional haruslah menunjukkan ke nasionalannya bukan setakat harga yang mampu milik ( terutama untuk orang bekerja dengan kerajaan kerana maksimum pinjaman yang boleh dibuat menggunakan skim pinjaman kenderaan sebanyak RM 55,000.00 sahaja) tetapi juga kualiti barang yang diterima.
....1Malaysia..."Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
No comments:
Post a Comment