Setelah melihat adiknya Muhammad Ammar boleh naik basikal dengan 2 tayar. Jadi setiap petang menunggang basikal menjadi agenda utama Siti Sarah. Sebelum ini dia tak berapa minat menunggang basikal. Jika orang naik basikal dia akan berjalan atau berlari sahaja.
Setelah melihat dia macam boleh naik basikal 2 tayar, aku pun buka tayar ketiga. Mula-mula memang susah sikit Sarah nak naik. Aku kena pegang supaya dia dapat imbang badan sebelum kayuh. Banyak kali juga ajar dia supaya sebelah kaki kayuh sedikit dahulu ambil lajak sebelum menggangkat kaki kedua, tapi tak menjadi. Dia pun dah mula tention disamping adiknya yang kadang-kadang mengganggunya, maklum lah adiknya dah terer dah.
Lama-lama lihat dia tak boleh juga buat sendiri, mungkin dia terpaksa angkat kaki kedua tinggi untuk pijak pengayuh sebab tempat duduk dia rendah. Lalu dinaikkan tempat duduk dia supaya dia dapat mengangkat kaki kedua dan diletakkan atas pengayuh dengan pantas. Selepas dinaikkan baru boleh dia naikkan kaki kedua ke pengayuh selepas ambil lajak.
Dah dapat kayuh basikal dengan baik ditempat lurus dengan bangganya, siap senyum lagi tetapi tergagap jika nak membelok. Ok la tuu...kena praktis setiap petang nie.
No comments:
Post a Comment