Wednesday, November 18, 2009

Lambaian Ka'abah

Lambaian Haji, hari ni bapa dan mama aku berangkat ke Mekah. Setelah sekian lama buat rayuan untuk ketanah suci Makkah maka pada 11hb November 2009 permohonan dia mendapat kelulusan dari Tabung Haji. Tapi tarikh tak tahu lagi. Setelah menghubungi semula pihak Tabung Haji maka penerbangan ke tanah suci telah ditetapkan pada 18hb November malam. Maka tiket kapalterbang MAS dari Alor Setar ditempah ke KLIA.

Lebih kurang jam 2 petang setelah solat Zohor bapa dan mama aku keluar dari rumah setelah bacaan doa oleh Pak Su Halim dan berkumandang azan yang dilaongkan oleh jiran untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Setelah menunggu lebih kurang 40 minit, bapa dan mama masuk ke balai berlepas lebih kurang jam 3 petang untuk ke KLIA. Kira nie first time aku masuk lapangan terbang nie setelah dibuat baru. Dulu bangunan buruk ja. Yang aku tak best pengumuman dari corong speaker tak berapa jelas, macam bercakap dalam kelambu dan satu lagi dia punya jadual penerbangan yang dipaparkan dari signage kecil saja, tak berapa jelas kena pi dekat baru boleh baca, digunanya LCD Monitor 42 in saja. Parking memang OK sebab sekali masuk cuma RM 1.20 ja.

Bapa aku kata bila sampai KLIA ada orang Tabung Haji yang akan bawa ke Kelana Jaya sebelum berangkat ke tanah suci Makkah.

Semoga bapa dan mama aku dapat haji yang mabrur dan selamt pergi dan balik....amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...