Teruskan perjalanan anda tanpa pedulikan beberapa simpang dan lampu Isyarat lebih kurang dalam 3 Km anda akan bertemu pintu masuk Cinta Sayang Golg & Country Resort disebelah kiri (masuk jika anda berhajat nak
main golf atau lepak kat situ), teruskan lagi dalam 200m anda akan nampak gerai disebelah kanan, dahhh sampai. apa lagi pi makan laaa. Jika anda terlajak anda akan bertemu dengan The Carnival (water park - masuk juga jika nada berhajat nak mandi kat situ).
Menu yang selalu aku pilih nasi lemak la, dah itu tajuk utama sign board kedai ni. Disamping nasi lemak dengan berbagai lauk, ada juga bihun, kuih-muih dan roti canai.
Update:
3/10/2011 : Isnin lepas, kami ke gerai nasi lemak ini tetapi dah malang sekali tutup. Tutup setutupnya sebab tak ada lagi gerai tu waima lantainya sekali. Sebelum nie dok jalan-jalan kat Sungai Petani ada lihat sebuah Restoran Nasi lemak Cinta Sayang di Lagenda Heights, Sungai Petani tapi tak pernah masuk pun. Bersebelahan Nasi Kandar Nasmir. Olek kerana nak makan juga Nasi Lemak Cinta Sayang juga, kami ke restoran tu, tapi malang sekali tutup juga. Tak pasti tutup sebab apa, mungkin hari Isnin kot. Tak ada rezeki, nanti aku pi lain kali lah.
30/10/2011 : Kami dah berkunjung ke Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di Lagenda Heights Sungai Petani. Tuan punya kedai kata Nasi Lemak cinta Sayang yang berada berhampiran Cinta Sayang Golf Resort berpindah ke rumah teres berdekatan.
No comments:
Post a Comment