Tuesday, June 30, 2015

Langkawi - Hari 3 dan 4 : Teratak Sireh Lagenda Dan Malibest Resort

Selepas melawat Kilim Geoforest Park pakat ramai ramai ke padang Matsirat untuk makan tengahari. Kali nie pun pekena kerabu beronok. Selesai makan kami berpecah geng Pak Nyang menghala ke lain dan kami ke destinasi lain.

Sebelum aku lupa sebelum nie kami tinggal kat Teratak Sireh Lagenda di Padang Matsirat. Nie dia serba sedikit gambar chalet tu.
DSCF5668
Penginapan Teratak Sireh Lagenda
DSCF5649
DSCF5650
DSCF5654
DSCF5657
Terasa seperti dok kat rumah kampung.
DSCF5662

Chalet nie di bina sebuah-sebuah berbentuk rumah tradisional Melayu di pinggir sawah padi. Tak silap aku ada lebih kurang 15 buah. Bilik yang aku sewa lengkap dengan aircond, TV dan dah tentulah bilik air. Kalau nak rasa suasana seperti di kampung boleh lah datang sini. Walau nampak ke kampungan tetapi wifi lajuuu.
Pemandangan di belakang Teratak Sireh Lagenda

Sesiapa nak merasa tinggal ala-ala kampung boleh hubungi Teratak Sireh Lagenda di 04-9556111, 012-4082440 atau 012-4745829 di alamat di Lot 1779 Jalan Bohor Cempedak, Padang Matsirat, Langkawi.

GPS : 6.347378, 99.744502
          6°20'50.6"N 99°44'40.2"E






Oklah petang nie acara yang mesti dilakukan di Langkawi selain dari ziarah keluarga ialah mandi laut. Kalau nak mandi kena dok hotel tepi pantai baru senang.  Jadi kali nie check-in penginapan yang berada tepi pantai, Malibest Resort di Pantai Cenang (masih dok teringat Tanjung Rhu).
DSCF6108
Jangan terkejut jika pintu masuk ke receptionist melalui restoran india. Receptionist Malibest Resort berada di belakang restoran India, Restoran Palace.
DSCF6113
Aku dok di bangunan 2 tingkat nie, seperti kuarters. Masih baru.
DSCF6092
Bilik yang sangat luar. Rasanya nak masuk 10 orang pun boleh. Lantai dibiar tile saja. Mungkin senang sapu pasir.
DSCF6094
DSCF6097
Yang nie tak boleh tahan. Sangkar ubat nyamuk disediakan.
Sebelum sampai ke Langkawi dok cari hotel atau resort yang berada di tepi Pantai Cenang. Macam biasalah guna Agoda. Aku pun dah lewat nak buat booking, jadi tak banyak pilihan hotel yang ada dan yang harga berpatutan.

Kebanyakan yang ada ditepi pantai cuma boleh masuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Kami mana boleh masuk, dah terlebih kuota.  Klik sana.. klik sini macam berkenan dengan Malibest. Tengok dia punya diskripsi tulis walking distance ke pantai dan ada beberapa maklumat yang tak berapa paham. Apa lagi cari maklumat Malibest Resort dan dapat laman web mereka.
DSCF6110
Kat Malibest ada berbagai gaya penginapan. Ada berbentuk kuarters, chalet dan yang nie seperti atas pokok. Kalau bawa barang berderet jangan cuba nak sewa yang nie, jenuh angkut.
Call mereka lalu diberitahu kalau booking melalui Agoda, kita akan dapat resort yang seberang jalan (mungkin resort tu di reserve untuk pelanggan Agoda). Jadi kalau nak yang betul-betul tepi pantai boleh terus booking melalui mereka. OKlah apa lagi terus booking secara talifon. Bank in duit dan email resit bayaran kepada mereka. Selesai ~ nie kaedah dulu la, sekarang dah ada oline.

Malibest Resort nie merupakan salah satu resort dan hotel yang dimiliki oleh kumpulan Baron. Kumpulan Baron nie mempunyai lima buah hotel sekitar Langkawi iaitu Malibest Resort, Laguna Resort dan Best Star Resort di Pantai Cenang, Baron Hotel di Pekan Kuah dan De Baron Resort di Kuah (berhadapan teluk). Maklumat lanjut klik Baron Group.


Petang sikit, aktiviti yang dinantikan. Tak lain dan tak bukan berendam dalam ayaq laut.
P_20141214_165041_HDR
Pantai Cenang.
Malam nie dah letih, tak nak jalan jauh-jauh cari makan. Kami cuma jalan di hadapan hotel saja, Jalan Pantai Cenang. Kat jalan nie setiap malam ada pasar malam seperti Jalan Batu Ferringhi kat Penang. Kalau lapar macam kami nie boleh jumpa berbagai jenis makanan, dari masakan melayu sampai arab.
P_20141214_200901_HDR
Nasi lemak
P_20141214_201253_HDR
Makanan Barat
P_20141214_201527_HDR
Makanan Arab pun ada.
Malam di pantai Cenang nie sungguh meriah.
P_20141214_202425_HDR
P_20141214_204040_HDR
P_20141214_204216_HDR




Hari ke 4

Hari terakhir di Pulau Langkawi. Selesai urusan Siti Sarah di MRSM Langkawi kami keluar ambil dia dan terus ke HIG Kompleks, Haji Ismail Grour la tuuu. Dengar cerita macam best ja kat situ.

DSCF6119
Kompleks HIG
Komplek HIG nie terdapat kedai bebas cukai HIG yang jual macam-macam seperti pinggan mangkuk dan coklat dan juga bersebelahan kompleks nie ada HIG Hotel. Tapi bagi aku kompleks nie rasa macam kosong, tak berapa menarik. Syok lagi bershoping kat HIG Pekan Kuah. Luar kompleks di buat satu food court menjual berbagai jenis makanan dan juga sederet bazar menjual pakaian. Dah tengahari apa lagi makan tengahari dulu kat sini. Bilik sembahyang pun disediakan, memang bersih.
DSCF6116
DSCF6118
Sup gamat
Selesai sahaja beli apa yang patut, sementara menunggu bot, lepak dulu di Dataran Helang. 

DSCF6131
DSCF6152
Hampir jam 4 petang kami gegas ke Jeti Kuah. Sebelum sampai sini aku dah talifon kereta sewa untuk pulangkan kunci. Dia cakap letak saja kereta kat parking lot depan jeti dan selit kunci bawah pelapik kaki. Perghhh... cukup mudah, aku pun risau. Tapi kat Langkawi nie kalau nak curi kereta nak bawa pi mana? pusing-pusing kat situ juga.

DSCF6154
Selamat tinggal Langkawi.
Malam, Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.


Pautan lain dalam siri Langkawi 12 - 15hb Disember 2014:

1. Langkawi : Roro atau Feri Biasa
2. Langkawi : Perjumpaan Anak Cucu Tok Minah Tok Saad
3. Langkawi : Kilim Geoforest Park
4. Langkawi : Pantai Cenang dan HIG Kompleks


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...