Tuesday, March 31, 2015

Restoran Bawal 2 Kepala Batas

Nie cerita lama tapi tulis pi lah. Nie merupakan kunjungan ke dua kami ke Restoran Bawal 2. Kali pertama menjamu selera kat sini macam tak menarik. Tak taulah sebab menu yang dipilih atau memang masakan dia tak kena dengan selera.
P_20140627_212915
Mula-mula nak pangkah dah restoran nie. Tapi dengan tak semena-mena pada suatu hari tu kami pusing Kepala Batas nak cari restoran yang sedap-sedap sikit untuk sambut Ramadhan tapi kebanyakan tutup. Maklumlah nak bagi anak-anak seronok sambut Ramadhan, nak makan sedap-sedap sikit. Kedai-kedai makan pun masa nielah juga tutup nak sambut Ramadhan juga. Pusing punya pusing (nampak bersungguh) hanya jumpa restoran nie saja yang buka, nak dijadikan cerita lah tu.

OKlah masuk juga mana tau tetiba sedap. Masuk saja cari tempat duduk dulu. Tak silap aku ada dua tiga meja yang dah berpenghuni. Nie dia menu.
P_20140627_212531
P_20140627_212457
P_20140627_212458
Pilih punya pilih, kami pilih set bawal untuk empat orang. Set nie datang dengan kari bawal dok dalam claypot, bawal goreng 2 ekor, sambal, ulam, sirap sejug dan nasi 4 pinggan dan tambah sepinggan. Kami tambah sotong celup tepung dengan udang goreng kunyit. Boleh tahan cepat hidangan sampai. Layan gambar kat bawah dulu.
P_20140627_213548
Kari bawal dihidang dalam calypot, memang terbaik

P_20140627_213827
Sotong celup tepung tak berapa menjadi.

P_20140627_213725
P_20140627_213710


Kali nie memang tak sia-sia kami singgah kat sini. Gulai bawal memang sedaplah dan ikan bawal pun besar. Aku tarik balik pangkah yang aku buat hari tu. Boleh datang lagi.  Lain kali kalau datang kena pilih menu yang ada bawal.


P_20140627_221450
Suasana dalam retoran pun selesa dan bersih.
Kenapa nama restoran nie Bawal 2,  aku pun tak tau. Jadi kalau nak tau boleh pi sana tanya sendiri. Restoran nie dibuka setiap hari, lokasi di shop lot Taman Bertam Permai sebelah simpang Jalan Kedah dan Jalan Paya Keladi. Ia berada di lot tepi sekali.

GPS : 5.531867, 100.430461

selamat menjamu selera... dan selamat menempuh era GST.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...