Saturday, March 14, 2015

SKBP - Mencerap Bintang

Pukul 9 malam tadi berlangsung program mencerap bintang yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Bertam Perdana dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang dan USM.

Program dimulai dengan ceramah oleh Jabatan Mufti yang memberi penerangan kepentingan dan hubungkait manusia dengan ilmu falak terutama yang berugama islam. Penentuan kalendar, waktu solat, arah kiblat, penentuan tarikh-tarikh penting umat islam begitu juga menentukan arah menggunakan bulan, matahari dan bintang.
Ceramah diadakan di padang sekolah. Pakat dengar ceramah sambil duduk atas rumput. Teringat zaman dulu-dulu kat kamoung dibuat wayang pacak.

Disamping ceramah ada disediakan 3 buah teleskop untuk mencerap bintang. Malam nie cuma planet jupiter saja yang ada. Berbaris panjang juga tunggu giliran untuk melihat planet.
Ibu bapa dengan anak-anak yang datang boleh tahan ramai. Memang menariklah program nie. Tahniah SK Bertam Perdana. Kalau boleh jadikan sebagai acara tahunan dan jemput juga agensi luar dan kelab-kelab astronomi luar dan kalau boleh tambah bilangan teleskop. Nak menarik lagi buat program satu hari termasuk bengkel pengendalian teleskop, cara pengiraan arah bintang, mencerap matahari, bengkel membina roket air, bengkel kapal terbang kertas dan macam-macam lagilah ~ boleh aku tunggu satu hari kat situ.
Untuk Siti Sarah yang balik bercuti, ini bukan sekadar menghadiri program sekolah lama beliau. Tapi menjadi tempat perjumpaan dengan kawan-kawan lama.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...