Puncak Mutiara Cafe

Adalah suatu hari tu sembang dengan member ofis pasai makan-makan lalu mereka bagi tahu suatu tempat yang menarik. Mereka beri la alamat dan petua-petua pi kat situ. Search internet pun dapat web tempat ni dan ada berita mengenainya dari Utusan Online. Tapi aku tak mau pi lagi sebab tunggu isteri bersalin. Lepas habis pantang baru nak pi sana. Tapi dekat nak due tak bersalin-salin juga, kami pun pi la ke sana. Kononnya nak bagi isteri banyak berjalan supaya cepat bersalin.

Jadi hari nie, tempat tu menjadi tujuan untuk makan tengahari. Sebenarnya bukan tengahari sangat, lebih kepada petang sikit. Nak pi tengahari panas sangat. Aku datang dari Kepala Batas menuju ke sana. Sampai kawasan dekat situ, tak nampak papan tanda, terus terlajak ke Yayasan Aman, aku rasa la. Patah balik lebih hati-hati. Sampai keselekoh yang seperti yang dipetua lihat kekiri ( kalau tak terlajak kena lihat kanan) lalu ternampak papan tanda Puncak Mutiara Cafe.

Aku belok masuk kelorong kecil yang dikiri kanan jalan rumah-rumah kampung. Jauh juga masuk kedalam, macam tersesat. Sampai ke hujung baru nampak tembok pintu masuk tertulis Puncak Mutiara Cafe.
Mula-mula nak naik dengan kereta ke atas, tapi rasa macam tak larat kereta nak panjat. Ternampak kawasan parking dihadapan sebelah kanan. Parking lah dibawah pokok durian. Luas kawasa parking yang disediakan.
Masuk kedalam cafe, nampak kawasan ni didirikan banyak wakaf / pondok dibuat dari kayu. Masa kami pergi ni ada beberapa wakaf yang telah dihuni pelanggan menjamu selera. Kami pilih satu yang rasa ok. Nak jalan jauh tak larat. Kawasan ini memang bersih dan teratur.

Wakaf-wakaf nie ada berbagai saiz dan ada yang mempunyai kerusi dan ada yang jenis bersila atas lantai. Kami pilih yang berkerusi, isteri aku yang sarat senang bangun. Kawasan ni dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian dan nangka. Durian dah berbuah.
Dalam wakaf yang kami duduk telah ada diletakkkan menu. Banyak juga menu dia, berbagai nasi goreng, tomyam, roti cicah kuah, western, chinese dan berbagai jenis air, memang bermacam-macam lah. Datang pelayan, kami pilih beberapa menu. Sementara menunggu hidangan siap, aku tanya pelayan, boleh kami pi tengok kambinh ka? Dia tunjuk ke satu kandang kambing yang tak berapa jauh dari kawasan wakaf.
Apa lagi aku dan anak-anak pi kesitu. Kena naik ke tingkat atas kandang tu. Dan ada satu pintu pagar besi. Kat pagar tu ada satu papan tanda yang memberitahu supaya "Pelawat hanya dibenar mengambil gambar TANPA FLASH dengan kebenaran" dan beberapa peraturan lagi. Jadi aku tutup flash dan guna lah apa yang mampu. Sampai ke atas, seorang pekerja datang dari balik pagar membuka pagar itu.
Anak-anak aku apa lagi ketaq nak masuk la, kambing ada yang dia lepas bebas di sekitar kandang tu. Dalam dok ketaq masuk juga. Kami lepak kejap bagi anak-anak aku selesa sikit, sebab masih takut dengan kambing. Kambing-kambing nie memang tak takut orang, siap datang lagi kat kami. Ada sekor tu siap gigit seluar aku.

Pekerja kat situ beritahu boleh jalan-jalan melawat kandang. Dah mereka tak takut lagi, baru jalan diantara kandang-kandang kambing disitu. Boleh pegang kambing disitu, kebanyakan jinak. Kambing-kambing itu berada didalam kandang-kandang mengikut baka. Ada berbagai baka seperti jamnapari, boer, jawa putih dan sebagainya. Boleh ditempah.

Ini dia kambing bertanduk empat. Ada seekor sahaja.


Dok asyik belek kambing tu, talipon berbunyi, isteri aku panggil. Makanan dah sampai. Kami pun turun dari kandang dan ke wakaf.

Ni dia yang di order. Air strawberry shake, kalamansi, coke float dan air ais. Air kalamansi tu macam air asam boi, masam.

Ini dia briyani kambing, waktu pelayan tu datang aku tanya apa yang spesial?, dia bagi tahu nasi briyani kambing nie. Dia datang dengan set, nasi briyani, kambing, dalca dan air asam.
Briyani ayam kampung nie pun sama datang dengan set yang sama dengan set kambing.
Ini pula chicken chop dan sup daging cicah roti banggali.

Nasi briyani kambing nie kira cukup la ramuan dia, dimasukkan juga badam dan biji gajus ( biji jangguih aku selalu cakap) dan memang banyak. Daging kambing memang lembut, boleh kaih-kaih dengan camca dan memang besarrrr, puas hati la. Rasa pula bagi aku kira ok saja, macam ada yang kurang. Dalca yang diberi pun ada kurang, caroi sikit. Air asam sedap.

Chicken chop kuah yang dia tuang atas ayam rasa terlebih manis dan kacang peas yang ada dalam kuah tu tak berapa empuk dan aras macam masak sweet and sour. Sup pula daging liat sikit dan terlebih masam. Bagi aku kalau nak cicah roti mereka patut buat macam sup mamak, lebih pekat.Selesai makan anak-anak aku ajak sekali lagi masuk ke kandang kambing, masuk saja la. Kanak-kanank zaman sekarang mana ada peluang bermain dengan kambing, dok rumah taman. Habis beramah mesra dengan kambing kami ke belakang cafe ini, ada dua kolam ikan. Kami pusing ja. Nak tangkap ikan pun perut dah kenyang. Keseluruhan makan di sini memang best. Walau rasa makanan yang aku makan kurang sedikit ( bagi citarasa aku) tetapi suasana persekitaran yang menarik menjadikan ia amat berbaloi dan ada kelainan. Bukan makan kambing sahaja tetapi makan kambing bersama kambing dan makan ayam bersama kambing. Ketika aku makan disini lalat boleh dikatakan banyak juga dan kadang-kadang terbau kambing, memanglah kita berada di persekitaran kawasan ternakan kambing. Tak perlu buat aduan. Kerana persekitaran inilah yang menjadikan Puncak Mutiara Cafe ini menarik. Datang bukan setakat nak makan tetapi kita nak berada dalam suasana yang berlainan dari biasa. Tak rugi punya. Kawasan makan memang luas, kalau buat jamuan pun best. Lagi best jemput aku sekali.

Kalau nak sampai kesitu memang mencabar sikit melalui simpang yang kecil. Jadi kat bawah nie aku letakkan lokasi dari Google Map.


View Larger Map

Alamat:

(Mutiara Kristal Corporation Sdn Bhd)
NT 3765, Kampung Pelet
14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tel: 04-5228502, 5228503

Waktu operasi:
Setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Haji :9.00 pagi - 3.00 pagi (maklumat dari brochure) 10.00 pagi - 4.00 pagi (dari web)

No comments:

Post a Comment