Masjid Abdullah Fahim : Selamat Hari Raya Haji 2012

Tahun nie Raya Haji diputuskan akan disambut kat Bertam saja dan akan balik kampung selepas sembahyang Jumaat. Kali ini sembahyang raya kat masjid baru Masjid Abdullah Fahim.
Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas
Kaki lima masjid
Masjid Abdullah Fahim. Motif pucuk rebung.


Ruang sembahyang wanita di tingkat dua. Ada lif.

Gambar diambil selepas sembahyang raya, orang semua dah balik.

PenBEX 2012 - Tasek Gelugor

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) sekali lagi akan diadakan pada 9 - 17 November 2012 bertempat di Dataran Taransformasi Usahawan, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Ekspo ini bertujuan mewujudkan jalinan perniagaan strategik dikalangan usahawan, peniaga, pengilang, pemborong dengan agensi/jabatan kerajaan dan pelanggan. Macam-macam ada. Dulu diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas.

Maklumat lanjut rasanya klik
* http://www.perda.gov.my/
*http://www.facebook.com/PenBEX

Dataran Transformasi Usahawan tuuuu aku tak tau, kalau Kompleks Komersial Tasik Gelugor lokasi macam Google Map kat bawah ni.


View Kompleks Komersial Tasek Gelugor in a larger map

UPDATE:
14/11/2012 : kami baru sampai kesana. Nak lihat apa yang ada disana dan lokasi sebenar PenBEX sila layari SINI.

Penang Space Festival with NASA 2012

Sekali lagi USM menjadi destinasi melihat rahsia angkasa. Sebuah festival yang menjadikan angkasa sebagai agenda. Penang Space Festival pada 29-30 oktober 2012. Kali ini NASA pun ada beri ceramah. Jadi jangan ketinggalan datang ke SAINS@USM, Bukit Jambul, Pulau Pinang.


Berbagai aktiviti yang ada dan boleh ambil bahagian seperti Water Rocket, Spectrohelioscope / Rainbow Box, Sundial and Sun Observation dan Paper Air Plane. Apa kebenda tuu? Nak tau? Haaa... kena datang.

Masa lawatan 9 pagi - 10 malam jadi berbagai acara diadakan dari pagi hingga ke malam. Tak jemu punya. Disamping itu berbagai aktiviti lagi adakan berbagai pertandingan seperti mewarna dan pakaian angkasa, mencerap matahari, klinik teleskop, pameran dan banyak lagi.

Ceramah-ceramah juga diadakan untuk dua hari tersebut. Penceramah-penceramah dari dalam dan luar negara termasuk dari NASA. Lihat aktiviti kat bawah.

Monday, 29 October 2012

TIME
TITLE
9.00 am – 11.00 am
OPENING CAREMONY
Auditorium Murad Mohd Noor
11.00 am – 1.00 pm
TALK BY NASA
Auditorium Murad Mohd Noor
Auditorium Ishak Pateh Akhir
2.00 pm – 4.00 pm
TALK BY NASA
Auditorium Murad Mohd Noor
Auditorium Ishak Pateh Akhir
5.00 pm – 6.00 pm
RECENT ADVANCES IN SPACE TECHNOLOGY
by School of Aerospace Engineering, USM
Auditorium Murad Mohd Noor
8.00 pm – 9.00 pm
KEPENTINGAN ILMU FALAK DALAM IBADAH
by Bahagian Falak, Jabatan Mufti Pulau Pinang
Auditorium Murad Mohd Noor

Tuesday, 30 October 2012
TIME
TITLE
10.00 am – 11.00 am
ANCIENT METEORITE IMPACT CRATER AT BUKIT BUNUH, LENGGONG, PERAK
by Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM
Auditorium Murad Mohd Noor
12.00 noon – 1.00 pm
FUNGSI SATELIT, BELON KAJI CUACA DAN ALATAN LAIN DALAM SISTEM MONITOR BENCANA ALAM, CUACA & PERSEKITARAN
by Jabatan Meteorologi Malaysia
Auditorium Ishak Pateh Akhir
2.00 pm – 3.00 pm
THE SCALE OF THE UNIVERSE
by Assoc. Prof. Abdul Halim Abdul Aziz, USM
Auditorium Murad Mohd Noor
4.00 pm – 5.00 pm
ASTROPHOTOGRAPHY TECHNIQUES
by CK Lim, Perseid Telescopes & Binoculars
Auditorium Ishak Pateh Akhir
8.00 pm – 9.00 pm
THE MAYAN PROPHECY OF 21ST DEC 2012 – FACT OR MYTH?
by Assoc. Prof. Chong Hon Yew, USM
Auditorium Murad Mohd Noor

Nak datang ? Tak tahu lokasi ? SAINS@USM terletak di Bukit Jambul, Pulau Pinang berdekatan Hotel Equotorial Penang. Lihat Google Map kat bawah lagi senang.


View Larger Map

Maklumat lanjut boleh lawati (semua gambar dan jadual ceramah aku dapat dari laman web dan blog kat bawah) :
http://mufti.penang.gov.my/
http://penangspacefestival.blogspot.com/
http://falakpenang.blogspot.com/

Kenapa TV Banyak Rancangan Nyanyi ?

La nie kalau kat TV tu tak habis-habis dengan rancangan nyanyi dan hiburan. Dari reality TV, pertandingan sampai ke persembahan nyanyian. Ada yang boleh nangis. Kenapa jadi macam nie. Tak tau nak buat rancangan TV lain ka atau rancangan macam nie yang dapat sambutan.
gambar hiasan
Cuba kita lihat jika di tadika, kalau tak nyanyi tak di namakan tadika la. seronok nyanyi ramai-ramai dengan tarian sekali. Memang comel. Apa yang dibuat bukan suka-suka tetapi merupakan kaedah untuk meningkatkan kebolahan kanak-kanak dari segi kognitif, afektif dan psikomotor bagi membantu perkembangan otak anak-anak. Siap ada persembahan akhir tahun lagi ( kadang-kadang ibu bapa nak tonton anak sendiri buat persembahan pun kena bayar mahal-mahal ~ buat kat hotel pun ada).

Bila masuk sekolah rendah dan menengah, mula didedahkan dengan suasana yang lebih meriah dan luas. Berbagai hari yang disambut disekolah yang di selit dengan nyanyian. Ada juga sekolah yang mengadakan pertandingan. Ketika nie tak nyayilah lagu " Twinkle twinkle little star, How I wonder what you are....". Ketika ini kanak-kanak mula didedahkan dengan lagu-lagu orang dewasa. Cinta, putus cinta, cinta terhalang dan entah apa-apa cinta lagi (ada lagikah pencipta lagu reka lagu kanak-kanak ketika ini ?) . Ketika ini juga kalau dah ada suara tu merata cikgu bawa menyanyi untuk menaikkan nama sekolah.

Ketika usia ini bukan sahaja sekolah malah ada stesyen-stesyen radio yang menganjurkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak. Diberilah berbagai nama program dengan berbagai matlamat. Salah satu matlamat ialah untuk menjadikan peserta berani dan meningkatkan jati diri atau orang putih kata self esteem disamping mencungkil bakat-bakat baru. Stesyen TV pun apa kurangnya mengenengahkan bakat-bakat cilik ini. Bersoraklah mak bapak memberi sokongan kepada anak-anak.

Dah lepas sekolah menengah apa lagi ke Universiti la pulak. Tempat ini lagi hebat. Duduk kat Universiti segala macam ada dan pelajar boleh mengurus sendiri apa yang mereka nak buat. Menyanyi, menari berlakon semua ada dengan prasarana dewan yang hebat dengan set pencahayaan dan sistem bunyi yang terbaik. Bukan mereka ja buat persembahan malah ada artis jemputan lagi. Aktiviti kesenian didokong oleh persatuan-persatuan dan juga universiti. Pertandingan dan persembahan bermatlamat untuk memantapkan kepimpinan dan menggerakkan persatuan disamping untuk hiburan.

Bila mereka tamat belajar maka akan menjawat jawatan dalam berbagai sektor termasuklah dalam industri hiburan atau stesyen media. Maka apa yang telah dilalui dari kecil hingga dewasa akan di sampaikan dalam media yang baru dan lebih maju. Maka lahirlah berbagai program hiburan untuk disogokkan. Jeng....jeng...jeng.... nampak mudah ja aku punya kesimpulan kan? Boleh percaya ka?

Nyanyian dan kesenian nie bukan tak boleh, tetapi biarlah mempunyai landasan dan matlamat yang betul. Dengan kesenian dapat meningkatkan keberanian dalam diri berhadapan orang ramai, dapat meningkatkan daya kepimpinan, dapat meluaskan pergaulan dan berbagai lagi. Jika dari awal kanak-kanak di didik dengan nyanyian dan kesenian yang berkonsepkan nasihat, akhlak dan memuji kebesaran pencipta dan diteruskan disekolah dan universiti berkemungkinan dapat melahirkan berbagai rancangan kesenian yang berlandaskan akhlak yang mulia dapat di ujudkan pada masa akan datang. Ini amat diperlukan untuk memantapkan jati diri anak-anak muda supaya tidak hanyut dengan arus hiburan yang melalaikan.

Apa yang dipelajari dari awal berkemungkinan akan mencorak pemikiran masa hadapan.

Ini hanya pendapat aku yang cetek.

p/s : Selamat Hari Raya Eud Adha dari aku sekeluarga.

Hari Landskap Negara Peringkat P.Pinang 2012

Dah lama benda nie berlaku, baru nak tulih. Hari Landskap Negara Peringkat Pulau Pinang pada 6-7 Oktober 2012 lepas di Vision Park Bertam Kepala Batas.
Vision Park Bertam, Kepala Batas
Vison Park merupakan satu-satunya taman beriadah kat sebelah Seberang Perai Utara nie. Dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok-pokok lain tak berapa besar jadi panas sikit la. Rasanya ini pertama kali ada acara besar dilansungkan di Vison Park.
Khemah pameran dan jualan.
Hari pertama diadakan perasmian oleh TYT DSU Hj Abdul Rahman Hj Abbas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Aku datang hari kedua, cuaca cerah. Masuk sahaja ke dalam Vison Park disambut dengan khemah-khemah pameran dan jualan berbagai agensi dan individu. Katbawah antara gambar barang yang dipamer dan di jual.
Boleh tahan la harga ayam serama.

Selepas khemah pameran, di kanan taman terdapat tasik yang menghadap ke Masjid Abdullah Fahim. Ramai juga yang memancing kat sini. Entahlah pertandingan atau suka-suka.

Jalan lagi, dok cari sekeliling kat mana ada pameran landskap disekitar Vision Park tetapi malang sekali hanya ada sejemput landskap yang rasanya di buat oleh pihak berkuasa tempatan. Sebelum ini dalam kepala aku terbayang ada sebuah kawasan yang dihiasi dengan landskap-landskap yang menarik yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Mungkin juga ada pertandingan antara peserta lanskap, siapa paling cantik. Tapi sayang semua tu tak ada. Layan lah walau sejemput.


Kedalam lagi selepas melalui sejemput landskap yang ada kat situ diadakan pula pertandingan burung. Boleh tahan juga banyak sangkar kat situ. Tapi aku tak paham apa yang syok sangat dengan burung nie. Hanya jauhari mengenal manikam.
Pertandingan burung
Dah habis lawat, semua pakat nak balik.
Jom balikkkkkkk....
Sebelum balik anak-anak layan naik kuda seraund.

Acara pun tamat. Keseluruhan bagi aku tak berapa menarik, sebab perkataan LANDSKAP yang menjadi tajuk utama tak mencapai matlamat dan kalau boleh biar ada pameran landskap dan jualan yang lebih banyak kearah landskap seperti jualan pokok bunga, buah-buahan, alatan menyelanggara landskap, baja dan sebagainya.

Lokasi Vision Park bersebelahan Masjid Abdullah Fahim. Lihat Google Map kat bawah.

View Vision Park Bertam in a larger map

Selamat Hari Kanak-kanak 2012

Selamat Hari Kanak-kanak untuk anak-anak aku. Siti Sarah, Muhammad Ammar, Ahmad Firas dan Nur Fatini.

Oktoberfest Malaysia : Apa Kebendanya?

Dah hujung Oktober baru nak tulis. Bukan nak promosi Oktoberfest nie, tapi dalam FB ada kawan-kawan sebangsa dan seagama dok "Like" benda nie. Tak pasti lah depa paham apa kebendanya. Yang aku nampak depa tak "Like" yang ada gambar arak berbuih tu tetapi "Like" gambar hadiah sampingan atau barangan promosi. Mungkin tawaran promosi tu menarik seperti gambar kat bawah nie.

Suka sangat ka dengan logo harimau tu ?

Kalau nak "Like" pun fikir-fikirkan lah, sebab setelah "Like", benda tu akan masuk ke "Wall" kita dan dengan tak secara langsung kita telah menjadi agen promosi mereka.

Malaysia nie hebat, semua benda nak di rayakan walau bukan dari kaum-kaum yang ada kat sini. Rasanya kita tak ada kena mengena dengan German (dulu-dulu belajar sejarah tak jumpa perkataan Tanah Melayu pernah dijajah German). Mungkin seronok nak buat parti arak. Benda bersangkutan dengan syaitan nie memang seronok.

Nak tau mengenai apa tu Oktoberfest boleh lawati http://en.wikipedia.org/wiki/Oktoberfest atau cari saja kat google.

~Tolong fikir sebelum "LIKE"~