Ibu Bapa Jadi Doremon

Aku masih ditempat kerja, akan balik malam. Dapat call dari isteri aku. Masa tu 6 petang lebih. Diberitahu anak perempuan aku perlu bawa water colour, berus dan palette ke sekolah esok dan satu lagi anak lelaki aku yang masih di tadika perlu bawa tin besar, juga esok.

Isshhhh terfikir aku, tenaga pengajar nie tak ada perancangan pembelajaran ka?. Apa salahnya diberitahu awal supaya mudah ibu bapa menyediakan keperluannya. Ibu bapa bukan Doremon semua barang boleh selok poket keluar apa yang dikehendaki.


Kalau tak cari barang-barang tu, esok kasihan budak. Tak boleh sertai aktiviti bersama kawan-kawan. Mungkin dari segi saikologi mereka akan meras rendah diri atau terkebelakang dari kawan yang lain, silap-silap kena marah ngan cikgu pula.

Sebagai ibu bapa sampai hatikah nak biar anak pergi ke sekolah dalam keadaan begitu? Mahu tak mahu ikhtiar carilah barang yang dikehendaki. Tak dapat cari kat rumah kena ke kedai, beli.

OK lah kalau barang-barang itu mudah didapati di kedai. Ketika ini ramai ibu bapa yang bekerja. Sampai kerumah anak kata kena bawa barang sekian-sekian, dah petang. Terpaksalah gegas keluar pergi ke kedai beli. Kalau budak itu beritahu lambat contoh dah jam 11 malam. Kedai mana buka lagi??. 7-Eleven la jawabnya.

Itu barang yang boleh dibeli ( kalau hujung bulan, penat juga kalau harga barang tu mahal). Bagaimana pula barang tu seperti bekas-bekas makanan atau bungkusan perlu dibawa contohnya tin kosong, cawan kertas dan sebgainya. Esok cikgu suruh bawa. Puas munggah seluruh rumah apa-apa tin pun tak ada. Apa keputusannya??. Takkan nak ke kedai nak beli setin Milo untuk mengambil tinnya sahaja ( harga bukan murah ).

Kalau diberitahu awal mungkin boleh ibu bapa cari di tempat kerja atau tanya jiran-jiran atau kawan-kawan dan benda itu boleh di dapati secara percuma sahaja.
Jadi perancangan awal perlu dibuat supaya tidak menyusahkan pelajar dan juga ibu bapa.

Ibu bapa insyaallah ingin memberi kerjasama sebaik mungkin. Ini bukan untuk kami sebagai ibu bapa tetapi untuk masa hadapan anak-anak. Ibu bapa sebolehnya ingin memberi semua yang terbaik untuk mereka.

Tak semua guru-guru seperti itu. Ramai guru yang membuat pwrancangan yang baik untuk pengajaran. Terima kasih.

PenBEX 2011

PenBEX 2011 ??? apa kebenda tu?. Itulah Ekspo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang 2011 atau dalam bahasa orang putih Penang Bumiputra Entrepreneur Expo 2011. Singkatan tuu datang dari bahasa orang putih walau yang datang tu kebanyakan orang Malaysia ja. Hairan aku la nie bila nak buat singkatan mesti ambil dari bahasa orang putih. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada program-program yang dianjurkan tetapi juga kepada nama-nama syarikat atau organisasi. Mungkin bila sebut singkatan dari bahasa inggeris lebih sedap dan mungkin untuk promosi keluar negara. Yang masih mengekalkan singkatan Bahasa Malaysia kebanyakan agensi kerajaan ( tu pun dah banyak yang mempromosi singkatan bahasa Inggeris ) dan sekolah dan IPTA. Bahasa jiwa bangsa.

Ishhh apa yang melalut nie. Selepas balik dari Konvensyen Astronomi di USM, dengar gempaq tuuu. Petang tu kami ke PenBEX yang diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas. Rasa aku, ini pertama kali diadakan di sini. Sebelum ini tak silap mereka selalu buat kat Tapak Ekspo Seberang Jaya. Dekat saja dengan rumah aku (naik kenderaan la). Diadakan pada 6 - 10hb Julai 2011 lepas.

Banyak produk dan syarikat bumiputra yang mengambil bahagian. Anataranya produk makanan, pakaian, minyak wangi, makanan kesihatan, tanaman, kraf tangan, percetakan dan banyak lagi. Yang best kebanyakan yang mempromosi makanan kita dapat test. Boleh kenyang kalau buat betul-betul.

Tahun nie aku tak jumpa bumiputra pakistan / bangla yang menjual tikar atau tudung. Masa aku sampai sana ada di buat pertunjukan water rocket. Hilang kempunan anak aku nak lihat pelancaran water rocket.

Durian Balik Pulau

Dah tiba musim raja buah, Durian. Antara bulan Jun dan Julai setiap tahun durian Balik Pulau akan dicari. Antara nama yang terkenal ialah Musang King, Hor Loh, Ang Heh dan Chaer Phoy.
Durian Balik Pulau tak semestinya dibeli di Balik Pulau. Sebab durian dari situ akan tersebar di seluruh Pulau Pinang. Boleh dikatakan setiap gerai durian akan menjual durian Balik Pulau. Durian nie kebanyakan jenis kawin, dia kawin macam mana aku tak tau sebab rasa memang sedap.

Durian Balik Pulau terkenal disebabkan kawasan tersebut banyak dusun durian disamping pokok-pokok durian yang tua dan tanah yang berbatu juga menjadi faktor pengeluarkan hasil yang baik
Banyak gerai yang jual durian menyediakan meja untuk tetamu makan kat situ. Baru meriah. Kalau isi mangkaq ( keras ) atau buruk boleh tukar.

Durian-durian ini ada gred-gred tertentu disamping warna isi seperti merah, oren, kuning dan juga jenis isi seperti kering, liat, nipis dan tebal. Harga boleh tahan la, kadang-kadang boleh cecah RM 60.00. Harga durian dikira mengikut timbangan atau biji, ikut suka peniaga tu lah. Disamping durian Balik Pulau ada juga durian kampung. Kat bawah nie antara yang termahal Musang King, boleh melebihi RM 40.00,  isi tak dapat nak tunjuk sebab aku tak beli pun.

Durian Musang King
Kalau nak makan di dusun boleh saja Google dusun mana yang menyediakan makan bawah pokok. Kalau memang hantu durian, berbaloi pekena durian Balik Pulau. Apa-apa pun tanya doktor dulu berapa ulas boleh masuk, jangan overdose.

 Sekarang dah ada banyak projek untuk mengeksport durian keluar terutama ke negara China. Tak lama lagi rasa aku durian akan jadi seperti buah mempelam harum manis. Sukar nak dapat di pasaran tempatan dan harga pun sangat mahal.

Antara K & M

Antara dosa dan pahala
Antara halal dan haram
Antara anugerah dan prinsip
Antara pangkat dan pegangan
Antara sah dan haram
Antara setuju dan bangkang
Antara benar dan dusta
Antara lurus dan terpesong
Antara adil dan berat sebelah
Antara lihat dan pejam
Antara tahu dan tak kisah
Antara diri dan masyarakat
Antara perhimpunan halal dan haram
Antara menang dan kalah
Antara bersih dan kotor
Antara pemerintah dan pembangkang
Antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
Antara merah dan kuning

Aku pilih putih yang tulus
Biar mudah di corak
Biar di canting dengan iman
Biar di sulam dengan amal
Biar di gunting dengan keadilan
Biar di jahit dengan ketakwaan

Fikirlah dengan otak yang waras
Bacalah dengan mata yang celik
Dengarlah dengan telinga yang peka

Suka hati akulah nak ditulis apa. Nie masih dok hangat lagi nie. Hari Jumaat lepas 1hb Julai 2011 masa aku nak balik ke tanah besar menggunakan Jambatan Pulau Pinang jam lebih kurang 5.20 petang. Sesampainya ke pinggir kaki jambatan ( belum pun cecah jambatan ) jalan sudah jem, tak macam biasa, panjanggg. Apa lagi aku pun patah balik ketempat kerja takkan nak tunggu kat situ buat perabih minyak ( minyak bukannya murah ). Lebih kurang jam 6.40 petang aku baru keluar semula mendaki jambatan, baru OK tak berapa sesak.

Malam, dengar berita ada kumpulan bang mat mana entah yang pakai lilit kepala merah buat demontrasi selepas solah Jumaat dari Masjid Melayu Leboh Aceh ke KOMTAR .


Gambar dari : http://penagadaily.blogspot.com/

gambar dari : http://penagadaily.blogspot.com/
Ada juga pendemo yang terlepas ke jambatan Pulau Pinang, tuu yang buat jemmm terok. Tapi tiada tangkapan dibuat. Berita perdana pun masuk sikit-sikit saja, itu pun bagi review yang baik-baik. Yang lebihnya berita perhimpunan geng baju kuning.

p/s: tahun nie baju raya tak boleh pilih kaler kuning dan merah.

Kejohanan Sukan Kali Ke-2 SK Bertam Perdana

Pada 2hb Julai lepas Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana telah menganjurkan aktiviti tahunan, Kejohanan Sukan Kali Ke-2. Kali nie walau dah tak menumpang disekolah lain tetapi acara sukan terpaksa diadakan di Sekolah Menengah Bertam Perdana disebabkan padang sedia ada saiz tidak sesuai untuk acara yang akan dipertandingkan.

Dibawah bebrapa gambar acara yang dijalankan untuk pelajar dari tahun satu hingga tahun 5 dan yang terbaru acara untuk Pra-sekolah. Ada empat buah rumah sukan bertanding. Rumah Merah ( rumah anak aku ), Biru, Kuning, Hijau.

Siti Sarah masuk acara perbarisan sahaja. Jadi pokok bunga.
Nie masa persiapan awal sebelum acara bermula.

Acara dimulakan dengan perbarisan melintas dihadapan ibu bapa.



Diikuti dengan bacaan doa dan selepas itu ikrar pelajar

Habis keluar barisan, bermulalah acara. Walau tengahari, masih berkabus....jerebu la tuuu. Ini antara acara yang di jalankan.

Inilah acara-acara yang dianjurkan seperti lari 100m  lelaki / perempuan, 100 x4 lelaki perempuan dan acara untuk pra-sekolah. Setiap acara tersebut di selang seli dengan penyampaian hadiah.
Acara untuk ibu bapa juga diadakan. Antaranya lumba lari lebih-kurangggg 100m ( banyak kurang tu ), sepak bola masuk gol kecik.

Perasmian penutup sukan dilakukan oleh YDP PIBG diikuti dengan penyampaian hadiah untuk perbarisan terbaik dimenangi oleh Rumah Merah dan hadiah untuk olahragawan terbaik.

Acara terakhir penentuan johan. Rumah Biru juara keseluruhan dan Rumah Merah naib johan.
Nie slideshow keseluruhan acara yang sempat aku ambil. Layannnnnn...


Gambar-gambar boleh tengok kat photobucket aku.

PUO - Juara Perodua Eco-Challenge 2011

Politeknik Ungku Omar Juara Perodua Eco-Challenge 2011

PASUKAN Politeknik Ungku Omar gembira selepas menjuarai perlumbaan Perodua Eco-Challenge 2011 di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, baru-baru ini.

IPOH 5 Julai - Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, menjuarai perlumbaan Perodua Eco-Challenge 2011 di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC), Ayer Keroh, 25 Jun lalu.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Hasmiza Hussin berkata, kemenangan itu membolehkan PUO memenangi hadiah wang tunai RM20,000, medal dan trofi setelah dinobatkan sebagai juara kategori pemanduan paling jauh.

Katanya, bagi kategori itu, kereta ciptaan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) berjaya dipandu sejauh 24.07 kilometer menewaskan 12 pasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.

"Penyertaan PUO kali ini lebih mencabar kerana pensyarah dan pelajar perlu mencipta dan membina kenderaan yang mampu bergerak sejauh mungkin dalam tempoh lima bulan.

"Selain itu, kemenangan ini juga bermakna apabila kami berjaya menewaskan juara tahun lalu iaitu Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pertandingan anjuran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) itu ditentukan berdasarkan jarak maksimum yang dapat dicapai dengan hanya menggunakan minyak setengah liter petrol mengikut modifikasi pada enjin.

Perodua Eco-Challenge kali ini mempertandingkan tiga kategori iaitu rekabentuk, kejuruteraan dan pemanduan paling jauh.

Bagi kategori reka bentuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipilih sebagai juara dan bagi kategori kejuruteraan pula dimenangi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada pertandingan itu, Universiti Industri Selangor (Unisel) muncul naib juara pada pertandingan itu dan memperoleh hadiah wang tunai RM10,000 dan tempat ketiga menjadi milik USM dengan membawa pulang hadiah RM5,000.

Menurut Hasmiza, kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras semua pelajar yang memberikan sepenuh komitmen dalam pembuatan kereta dan pengubahsuaian enjin yang memakan masa lebih lima bulan.

"Kami diberikan wang tunai oleh Perodua RM17,500 untuk membina kereta masing-masing dan turut diberikan enjin tiga silinder dan sistem transmisi bagi diubah suai agar mampu meminimumkan penggunaan minyak," katanya.

***petikan dari Utusan Online pada 6hb Julai 2011***

Tercabar USM kalah dengan PUO:
"Selain itu, kemenangan ini juga bermakna apabila kami berjaya menewaskan juara tahun lalu iaitu Universiti Sains Malaysia (USM),"

Alhamdulillah Lulussssss PS CS4

Lebih kurang jam 2.00 petang dah terpacak tunggu nak ambik exam PS CS4 yang akan mula jam 2.30 petang di hadapan makmal komputer PP Matematik. Sebelum masuk kena tandatangan  perjanjian dulu sebelum masuk. Ishhh... ketat punya undang-undang. Dalam tu tertulis tidak boleh bawa masuk alatan elektronik seperti mesin kira, PDA, iPAD, jam tangan dan barang-barang lain seperti pen, dompet, beg, kertas dan apa entah lagi la. Mengalahkan exam nak ambil Ijazah.

Kena masuk berdua-dua kedalam makmal, tak boleh serentak semua orang. Bila masuk disuruh bersihkan diri dari barang-barang yang dilarang bawa, letak kat belakang makmal. Habis bersihkan ( ishhh pasai pa asyik perkataan bersih dok keluar nie ) apa yang patut, di suruh tandatangan masa kehadiran dan di ambil gambar. Lepas tu baru di tunjukkan komputer mana yang kena duduk. lalu ditunjukkan cara nak masuk kedalam aplikasi exam secara dalam talian.

Semasa dalam talian sebelum exam bermula kena jawab servey dan lepas itu baru bermula. Diberi 74 soalan dalam masa 90 minit. Soalan dalam bahasa orang putih la. Perlu dapat 70% untuk lulus. Selepas siap semua soalan buat boleh klik selesai dan markah akan dapat ketika tu juga lulus ka gagal.

Bila siap jawab tak boleh cuehhh keluar cam tu ja. Kena panggil petugas kat situ. Baru boleh bangun. Tak boleh keluar lagi. Kena tunggu dia cetak keputusan, baru boleh balik dan dapat beg freee.

Alhamdulillah..... keputusan Photoshop CS4 ACE Exam lulusssss. Boleh la guna logo nie.....
Terima kasih kepada cikgu Photoshop Cikgu Zkey. Nie dia gambar pelajar ngan cikgu Photoshop :

Cikgu Zkey ( berdiri dari kiri sekali ) dan gambar ihsan dari Syed (berdiri kanan sekali) dari PP Sains Komputer.
p/s: ACE tu Adobe Certified Expert - ganas nieee.