![]() |
| Letak tiket parking cukup-cukup. Mana tahu ada orang Majlis datang saman. |
Sebelum tour guide datang, sarapan dulu di Restoran Ayub yang berada di seberang jalan. Sebuah restoran mamak. Selesai makan, tak berapa lama tour guide yang kami tunggu sampai. Datang dengan Hyundai Starex. Dapat juga merasa naik Starex, selesa dan sesuailah dengan kami enam beranak. Yang akan membawa kami jalan-jalan di Singapore nie nama Fazli, berketurunan mamak Johor. Memang ramah dia ni.
Bawa barang apa yang patut terutama untuk Fatini dan Firas dan jangan lupa pasport. Dalam kereta, Fazli beri white paper untuk diisi. Selesai baru bermula perjalanan. Destinasi pertama iaitu ke Pulau Sentosa.
Tour guide ini kami dapatkan secara online. Tengok kepada harga dan juga tempat-tempat yang akan dibawa nampak macam Ok, jadi kami booking. Nak pandu sendiri rasanya tak berapa confiden dan mengambil masa juga untuk melawat ke setiap destinasi. Jadi guna tour guide saja lah.
![]() |
| Tambak Johor ~ jalan pelan-pelan. |
![]() |
| Dah sampai Resort World Sentosa Island |
![]() |
| Dua beradik bawah pokok cekelat |
![]() |
| Gambar yang mesti dimabil jika samapi ke sini _ Glob Universal Studio. |
Desinasi yang dituju disini ialah ke S.E.A. Aquarium. Kenapa kami ke Aquarium? Sebab ramai yang datang ke sini pasti nak ke Universal Studio Singapore (USS). Kami tak ke USS sebab bebudak masih kecil, pasti tak dapat masuk kesemua bahagian. Insyallah nanti kalau dah besar dan ada rezeki boleh datang lagi. Layan gambar dalam SEA Aquarium.
![]() |
| The Maritime Museum ~ SEA Aquarium |
Sebelum masuk Aquarium, diruang legar deletakkanlah maklumat-makalumat sejarah Singapura dan juga kebudayaan.
![]() |
| Hanya tinggal sejarah. |
Jalan sampai ke hujung baru ada pintu yang menghala ke dalam aquarium. Layan sajalah gambar dalam akuarium. Aku pun tak ingat ikan apa ada kat situ.
![]() |
| Rehat sekejap. Anak-anak bolehlah buat kraf tangan. |
![]() |
| Tapak sulaiman ~ pengunjung boleh merasai pegang haiwan ini. |
![]() |
| Pakat-pakat rasa gayat. Jalan atas kaca dengan dibawahnya hidupan laut. |
Terakhir sekali kami masuk ke bahagian Typhoon Theater. Mula-mula kena tonton wayang mengenai peristiwa sebelum pelayaran bermula. Selepas itu baru penonton dibawa ke dalam suatu tempat yang dibuat seperti dek kapal untuk menonto secara 4D, pelayaran bermula. OKlah tapi tak ganas pun ~ ada sedikit goyang-goyang dan percikan air seperti berada dalam kapal ketika ribut.
![]() |
| Nonton wayang dulu sebelum merasai pengalaman berada di atas kapal. |
Selesai melawat aquarium boleh disimpulkan akuarium nie lebih kurang yang ada di KLCC ( Aquaria) sahaja. Selesai ronda-ronda dalam aquarium, nak kena isi perut dahulu sebab dah pukul 2 petang. Bila sampai Singapore tempat makan yang mesti kena cuba ialah Restoran Zam Zam. Dalam sejam perjalanan kami pun sampai.
![]() |
| Restoran Zam-Zam. Tak sampai sini maknanya tak sampai Singapore la. |
![]() |
| Beriyani Kambing |
![]() |
| Murtabak Singapore. |
Alhamdulillah kenyang. Selepas kenyang kami ke masjid Sultan bersebelahan untuk solat dan beli sedikit cenderamata dari kedai berdekatan. Kami tak beli apa-apa pun sebab lepas ini katanya nak ke satu lokasi yang cenderamata lebih murah. Hujan dah mula turun. Selesai tengok-tengok di sini cepat-cepat lari masuk ke Van semula.
![]() |
| Masjid Sultan |
Hujan dah mula turun. Selesai tengok-tengok di sini cepat-cepat lari masuk ke Van semula yang menunggu di depan Restoran Zam-Zam.
Perjalanan diteruskan ke Mydin Singapore hahahaaa. Bukan Mydin tetapi Mustafa Centre, sebuah komplek membeli belah yang besar. Sekejap sahaja kami disini. Tak beli apa pun sebab tak ada apa yang berkenan di hati. Cendera mata pun mahal disini. Diluar komplek tak silap aku ada 3 buah kedai cenderamata, disini pun tak berkenan.
![]() |
| Mustafa Centre. |
Naik semula Van dan perjalanan diteruskan ke suatu lokasi dimana jika tak sampai orang kampung boleh pertikaikan kedatangan ke Singapore.
Selapas ini.....
[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]
1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau










































































