Melaka - Hari 2: Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Tak habis lagi dengan acara jalan-jalan cari makan. Untuk makan malam pula kali nie perjalanan ke arah Muar juga, dekat sikit dari Umbai. Mengikut jalan yang sama, Jalan Padang Temu.

Jauh juga perjalanan tapi tak nampak papan tanda medan selera ikan bakar kat sini. Dalam Google Map rasa macam dekat ja. Mungkin dah malam lagi pun hujan. Nie mesti terlajak. Baru terperasan masa pandu tadi melintasi sebuah jambatan dan ada papan tanda tertulis Sungai Duyung. Kalau tu Sg Duyung mesti kat hujung dia kuala sungai tu. Apa lagi kona balik la.
Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Kona masuk ke simpang bersebelahan jambatan tadi. Menyusur bersebelahan tebing sungai. Jalan tak berapa lebar, kena hati-hati. Agak jauh juga dari jalan utama. Dihujung jalan baru bertemu dengan Medan Ikan Bakar Sg Duyung, betul-betul di kuala. Parking lah kat mana boleh, masa kami sampai boleh kata penuh kereta kat situ.

Malam nie cuaca tak berapa menarik, hujan. Lari kedalam kedai cepat-cepat. Pengunjung boleh kata ramai juga, terutama kat bahagian depan.
Kanak-kanak zaman sekarang menghabiskan masa terluang.


Kami cari meja kat belakang sikit, tak ramai orang. Kat sini pun kena cari meja dulu baru boleh oder. Pesanan boleh kata cepat juga sampai. Nie dia apa yang kami oder.
Siput pahat-pahat atau siput buluh masak pedas. Rasa pedas dan sedikit pahit. Nak rasa eksotik sikit

Pakat-pakat tengok, pepahat masak pedas, nak makanb cam mana nie.
Posing bersama nasi lemak ~ M Ammar. Kat meja diletakkan nasi lemak, kot-kot nak makan sebelum hidangan sampai.

Kangkong goreng pedas ~ khas untuk PM kita.

Sotong goreng tepung, tak berapa menjadi.

Kali nie isteri aku oder ikan siakap dengan dua perasa. Sebelah Siakap Masam Manis dan sebelah lagi bakar.
Ikan siakap masak masam manis, rasa boleh lah. Dimasak sebelah saja ~ mana lagi sebelah?

Feberet Ahmad Firas, nasi goreng. Dioder nasi goreng cina. Tak boleh tanding nasi goreng cina Ikan Bakar Parameswara. Bahan sikit ja.

Macam boleh makan semua ~ Siti Sarah
NIe dia sebelah lagi siakap tadi. Dibakar. Pencecah diberi sambal kicap dan juga sos manis. Sos manis nie mungkin untuk sotong goreng tepung kot.


Dah semua sampai, apa lagi... selinap la. Jemput makan...
Rezeki malam nie. Alhamdulillah.


Keseluruhan boleh kata sedap. Tapi rasanya jika dibandingkan dengan Ikan Bakar Parameswara, rasanya kat sana lebih sedap. Tampat makan kat sini memang bersih dan selesa ~ luas. Boleh rasa angin dari Selat Melaka.

Dah habis makan baru boleh pusing-pusing restoran nie. Selain ikan dan ketam kat sini banyak jenis siput boleh pilih nak buat santapan. Boleh menyiputkan diri anda. Tengok kat bawah nie
Kepah

Siput pahat-pahat atau siput pepahat atau siput buluh

Kupang atau siput sudu.

Kat luar, kalau cerah lagi blehlah menghayati laut selat Melaka. Kalau malam boleh bergelap gulita kat luar tu.
Sedikit pemandangan dari Kuala Sg Duyung.

Harga aku rasa boleh tahan la. Tak boleh nak berkira sangat, sebagai pelancong sekali sekala datang mesti nak rasa citarasa Melaka. Ikan Bakar Muara Sg Duyung dibuka setiap hari dari 5 petang sampai 12 malam. Lokasi boleh lihat kat Google Map kat bawah.

GPS : 2°10'27.9"N 102°17'21.1"E


View Larger Map

Tamat hari ke dua di Melaka, balik tidor.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk



Melaka - Hari 2: Coconut Shake Bungkus Luar Makan Dalam

Dah rehat-rehat hilangkan lenguh kat kaki. Petang sikit perjalanan dimulakan balik. Kali nie perjalanan mencari air yang terfemes kat Melaka. Mau tak femes, TV masuk, kat internet lagi la banyak. Perjalannan mencari ayaq nyoq goncang ~ Coconut Shake di Klebang.
Pencarian Coconut Shake Klebang

 Lihat review kat inernet kebanyakan kata dekat sebuah stesen minyak kat Klebang dan mudah nak cam sebab kereta banyak yang jem kat situ nak beli air nie. Dalam Google Map pun nampak dekat ja dari Bandar Hilir. Dengan penuh konfiden perjalanan dimulakan. Cuaca masih lagi hujan renyai-renyai.

Jalan-punya jalan, sikit punya jauh dah dekat nak jumpa Hang Tuah kat Tanjung Kling. Apa lagi kona balik, singgah kat sebuah stesen minyak tanya kat mana air nyoq goncang tu. Baru jumpa, sebuah gerai tepi jalan.

Cerita kat internet kata kat gerai Coconut Shake nie kereta beratur panjang. Masa aku pi tak dak kereta pun yang beratur. Patut pun, aku terlajak tadi. Masa kami datang  mungkin dah la petang di tambah hari hujan maka orang pun tak berapa ramai. Sapa nak minum benda sejuk masa hujan-hujan cam nie. 

Kat tepi jalan ditulis kalau nak bungkus boleh beli kat tepi jalan tapi kalau nak makan kat situ kena masuk dalam. Kami masuk melalui satu lorong ke belakang gerai. Siap disambut dengan pintu gerbang lagi. Kat sini dibuat gerai besar.

Sampai sini takkan nak makan air nyoq goncang saja, mau terkencing. Kat sini dijual juga makanan sampingan yang dah siap seperti berbagai jenis cucuq dan nasi lemak, mee, bihun, pulut kuning yang dibungkus. Minuman selain ayaq nyoq pun ada juga.
Selain dari ayaq nyoq goncang, macam-macam makanan ringan lain pun ada.

Ketika aku datang orang boleh kata ramai juga terdiri dari berbagai bangsa kat sini. Boleh kata semua oder ayaq nyoq nie. Coconut Shake nie ada dua jenis sahaja, biasa RM 1.50 dan spesial RM 2.20. Yang luar biasa bezanya ditambah secedok ais krim. Kalau bungkus ditambah 30 sen.
Yang depan tu melayu, yang belakang tu cina.

Walau cuaca sejuk, segelas tak cukup juga. Kana tambah lagi. Cucuq pun dok tambah, berapa kali tambah pun tak taulah.

Coconut Shake Klebang nie dibuka setiap hari. Sabtu hingga Khamis dibuka dari 12.30 tengahari hingga 6.30 petang dan hari Jumaat dari jam 2.30 hingga 6.30 petang. Lokasi kat bawah.

View Larger Map

Dah sejuk perut, apa lagi balik ke Bandar Hilir semula. Masih awal lagi. Singgah kejap kat Medan Samudera. Tempat nie macam bazar la, ada jual macam-macam dari makanan sehingga cenderamata.
Medan Samudera
Baju cop Melaka

kuih tradisional.

Medan nie terletak betul-betul diseberang jalan bertentangan dengan Muzium Samudera yang replika kapal tu. Apa lagi belilah apa yang patut. Seronok-seronok tanda kenangan sampai ke Melaka.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

Bantuan Kerja RM35.00

Berita baik untuk warga kota yang berpendapatan kurang dari RM 3000.00 sebulan. Kerajaan bermurah hati untuk memberi Baucer Bantuan Kerja RM 35.00 sehari. Aishhh buka mudah nak bagi cam tu ja. Ada kriteria tertentu, antaranya:

1- Individu berpendapatan bawah RM 3,000
2- Pemohon harus mendapat kerja sambilan sebelum layak menerima bantuan.
3- Menetap dikawasan bandar
4- Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
5- Golongan tidak bekerja
6- Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih

Wang ini boleh di tuntut setiap hari atau kumpul semua dan di tuntut setiap bulan. JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.
Gambar hisan

Buat masa ini seramai 100 orang peserta dikenal pasti untuk dijadikan sebagai perintis untuk program ini pada bulan April.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang. Mungkin ini jumlah keseluruhan kemiskinan tegar dalam Malaysia. Katakan suku dari jumlah itu merupakan penghuni bandar oleh itu kerajaan mesti keluarkan  RM 3.75 juta sehari untuk menampung pembayaran ini.

Aku dok congak-congak kalau sebulan ada 30 hari jadi RM35.00 x 30 hari= RM1050.00. Perghhh... banyak tuuuu. Kalau pula gaji depa ketika tu RM 2950.00 maka jumlah pendapatan bulanan  RM 4000.00. Tambah pula dapat BR1M lagi. Boleh tahan gak.

Jadi kepada sesiapa yang gaji dia katakan RM 3500.00 boleh menangis la sebab member dia yang gaji bawah RM 3000.00 dah boleh senyum siap tukar sport rim baru lagi.

Apa-apa pun diharap bantuan yang diberikan digunakan sebaik mungkin.

Melaka - Hari 2: Melaka River Cruise

Walau dah tengahari, cuaca redup dan tak berapa panas. Sebelum makan tengahari, ada lagi tempat nak layan. Kampoi semua dulu baru pi makan tengahari.

Kali ini kami ke tepi Sungai Melaka iaitu Jeti Muara Sungai Melaka berdekatan Muzium Samudera (yang bentuk kapal tu la). Nak naik bot pulak berlayar meredah sungai Melaka.

Selepas beli tiket kita akan lalui jurufoto yang akan ambil gambar di balik skrin hijau. Macam biasa kalau nak boleh ambil, kalau tak nak pun tak dak masalah.
Bot tak sampai lagi.

Walau naik bot saja tapi bagi aku nie yang ter best. Satu... tak perlu jalan... dapatlah duduk lepak-lepak dan yang kedua dapat tengok pemandangan rumah-rumah lama disekitar sungai Melaka. Serupa ala ala "Back to the Future".


Bermulalah pelayaran menjejak kemasyuran Sungai Melaka suatu ketika dahulu. Ketika nie tak dak lagi pedagang yang masuk menjual rempah ratus cuma yang ada pelancong menyusuri sungai mengimbau kesan sejarah kemasyuran Melaka.


layan FB kejap.

Ketika menyusuri sungai Melaka nie, bot akan melalui 7 buah jambatan yang mempunyai sejarah tersendiri. Jambatan Kampung Morten, jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Kalau nak tau sejarah jambatan tu... ermmm kena cari sendiri.
Jambatan Tan Kim Seng

Klasik betullah

Bangunan yang ada kat tepi sungai nie memang dihais canatik, dibuat macam mural. Kadang-kadang keaslian pemandangan nak feeeling macam zaman dulu-dulu tak berapa menjadi. Laluan pejalan kaki juga disediakan di kiri kanan sungai untuk sesiapa yang nak bersiar-siar secara manual atau nak keluarkan peluh.
Dinding bangunan dah jadi mural


Kampung yang banyak sejaranya, Kg Morten. Senibina rumah Melayu dikekalkan bermula dari tahun 1920.

Monorel ~ tak nampak ada yang bergerak, boleh guna ka nie?

Sampai di satu lokasi bot pun berpatah balik. Kali nie baru terdengar penerangan lokasi di lalui dimainkan melalui corong speaker. Ketika awal tadi cuma dengar muzik sahaja.


Ada orang kata berlayar Melaka River Cruise waktu malam lebih menarik sebab bangunan ini akan bercahaya. Tapi OKlah waktu siang dapat tengok dengan lebih nyata bangunan-bangunan tu.

Boleh kata sepanjang pelayaran yang penuh sejarah nie Ahmad Firas telah belayar lebih jauh lagi ~ lena la tu. Letih dari pagi tadi asyik berjalan ja.
Kubu Kota Melaka siap dengan meriam dibina Portugis. Dulu-dulu diguna untuk mengawal sungai Melaka.

Kincir Air Kesultanan Melaka yang menggunakan teknologi Islam dari Syria dan China. Ia bukan dibina zaman kesultanan Melayu Melaka, dibina pada akhir tahun 2007. Apa fungsinya?? mungkin sebagai tarikan pelancong sahaja.

Habis saja pelayaran, bot pun berlabuh. Kat sini gambar yang kita ambil sebelum pelayaran tadi telah di cetak dan diedit dengan berlatar belakang suasana malam Sungai Melaka. Sekali lagi gambar nie pun depa ambik macam comel jerrr... jadi beli la buat kenangan.

Pelayaran Melaka River Cruise nie  mengambil masa lebih kurang 45 minit. Harga tiket dewasa RM 10.00 dan kanak-kanak umur 2 hingga 12 tahun RM 5.00 saja. Boleh sangat-sangat. Beroperasi dari 9 pagi hingga 11.30 malam. Cuma kalau boleh tour guide dapat ceritakan lokasi sekitar dari mula perjalanan sampai berlabuh. Penerangan yang diberi terlalu singkat ~ sekejap lihat kekiri sekejap lihat kekanan. Kalau nak tau, laluan bot Melaka River Cruise nie seperti kat bawah.


View Melaka River Cruise Route in a larger map

Arhhh... dah sempurna lawatan kat Bandar Hilir nie. Peluh dah banyak keluar, kaki dah lembik dan perut pun dah berbunyi. Menapak balik ke kereta, masa nie baru terasa amat jauh ditambah hujan semakin lebat. Sebelum balik ke hotel, makan dulu kat Plaza Mahkota. Lupa pulak nama restoran tu. Tapi tak berjumpa juga dengan asam pedas yang tersedap ~ masih kempunan.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

Melaka - Hari 2: A Famosa

Dah dekat tengahari. Cuaca masih lagi redup dan kadang-kadang hujan renyai-renyai. Hari nie nak cover semua yang ada kat Bandar Hilir nie.  Selepas turun dari atas itik diteruskan perjalanan ke tapak A Famosa.

Kereta lembu yang dulu sinonim dengan negeri Melaka kini kena sumpah jadi batu.

Dalam perjalanan nak sampai ke pintu gerbang A Famosa akan lalui berbagai artifak yang di letakkan di sekitar Bandar Hilir nie. Bolehlah posing buat kenangan.

Kuch kuch ho ta haiii

Beca cuma sebagai penarik pelancong.
Banyak juga bangunan bersejarah yang telah ditukarkan menjadi berbagai muzium. Macam-macam muzium ada dari Muzium Umno, Muzium Layang-layang, Muzium Setem dan Muzium Dunia Melayu Dunia Islam. Ini baru muzium yang kami lalu kat depan sahaja, kalau ikutkan kat Bandar Hilir nie banyak lagi muzium.
Muzium Dunia Melayu Dunai Islam

Muzium Setem Melaka

Dalam banyak-banyak muzium yang kami lalu, satu pun tak masuk. Ishhh... nie yang dok jadi buta sejarah. Tapi yang seronok ialah melihat kesan-kesan tinggalan sejarah di sekitar sini, kira macam lawat muzium juga la.

Dia buat dahhh... nak suruh dukung la tu ~ Ahmad firas

Dah sampai ke pintu gerbang A Famosa yang panjang sejarahnya. Setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada 1511, kota ini dibina dan diberi nama Kota Famosa (yang termasyhur) berfungsi sebagai pusat pertahanan dan pemerintahan. Kota ini dibina dari batu jenis laterit.  Selepas gedabak gedebuk sepak terajang kota ini jatuh ketangan Belanda pula. Kemudian Belanda menyerah sementara Melaka kepada British, suruh jaga sekajap tetapi kota ini dimusnahkan oleh pihak Britisah ~ jenis tak pegang amanah. Pada asalnya terdapat 4 buah pintu dan 8 menara, setelah dimusnahkan Kota A Famosa hanya tinggal sebuah pintu yang diberi nama Porta de Santiago. Panjangggg ceritanya, nak tau lebih lanjut baca buku teks sekolah atau cari kat internet.
Gambar wajib jika sampai Melaka ~ berposing dengan meriam dan pintu gerbang A Famosa.


Pada asalnya dizaman kesultanan Melayu Melaka pun terdapat kota disini yang didirikan oleh Parameswara sebelum dijajah oleh Portugis. Kota Melaka ini didirikan dari kayu. Mungkin pantun yang selalu kita dengar nie merujuk kepada kota nie kot sebab yang dok ada sekarang dari batu.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa hamba berikan

Melewati pintu gerbang tersergam bukit St Paul, apa lagi kuatkan semangat dan panjat. Zaman Kesultanan Melayu dulu bukit nie bernama Bukit Melaka. Selepas terbinanya gereja St Paul nama bukit ditukar ke Bukit St Paul bersempena nama gereja tu..

Kawasan nie dari bawah sampai atas penuh dengan jualan cenderamata dan juga ada yang main muzik. Yang istimewa kat sini banyak orang jual lukisan. Letak lukisan kat dinding dan kaki lima bangunan, lepas tu minta jangan sesiapa tangkap gambar. Menganggu orang ambil gambar tempat nie ja. Anak aku yang kecik bergumbira dengan mainan belon sabun.

Tinggalan Gereja St Paul

Kat atas nie penuhlah dengan makam-makam dan juga satu lubang yang di bina jaring. Aku tak tau lubang apa nie. semasa tulis N3 nie search kat intenet dapat maklumat lubang ini merupakan kubur paderi kristian St Francis Xavier atau pun lorong bawah tanah.
Makam padri atau lorong bawah tanah, ramai masukkan duit syiling buat hajat ~ Orang Islam tak payah ikut.

Ramai juga yang memasukkan syiling kat dalam nie dan buat hajat. Yang tak berapa aku berkenan nie ada aku tengok minah Melayu ( melayu la kot, bertudung) yang masukkan duat siling dalam nie dan lepas tu buat hajat ~ nauzubillah, mohon dijauhkan dari keluarga aku. Ikutkan aku nak masuk kedalam lepas tu boleh kutip duit syiling ~ kayooo pakcik. Lagi satu kepada pengantin Islam tak payahlah nak buat outdoor shooting kat sini. Bukan tak cantik tetapi benda nie gereja kristian.

Dahhh rehat sekejap kat atas bukit tu sambail Firas ngan Fatini main buih sabun, lepas tu baru turun. Turun melalui lereng bukit di belakang Muzium Islam Melaka.

Melintasi Jalan Kota untuk ke Pelabuhan Melaka bertemu dengan satu lagi tapak bersejarah iaitu bekas sambungan tapak tembok Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis ~ ini merupakan tapak asal pembinaan Menara Taming Sari bersebelahan bangunan Stadthuys, setelah penemuan bekas tembok ini lokasi menara telah dipindahkan.
Kesan tinggalan tembok A Famosa.

Walau dah tengahari, cuaca redup dan tak berapa panas. Sebelum makan tengahari, ada lagi tempat nak dilayan. Kampoi semua dulu baru pi makan tengahari. Tunggu lepas nie...

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Melaka 2-4 Disember 2013 ]

1. Melaka - Hari 1 : Asam Pedas Selera Kampung
2. Melaka - Hari 1 : Ikan Bakar Umbai
3. Melaka - Hari 2 : Menara Taming Sari
4. Melaka - Hari 2 : Muzium Samudera
5. Melaka - Hari 2 : Melaka Duck Tours
6. Melaka - Hari 2 : A Famosa
7. Melaka - Hari 2 : Melaka River Cruise
8. Melaka - Hari 2 : Coconut Shake Klebang & Medan Samudera
9. Melaka - Hari 2 : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
10. Melaka - Hari 3 : Pahlawan Walk

Kuliah Ilmu Februari 2014

Nie dia antara kuliah agama yang dianjurkan masjid dan surau sekitar Bertam bulan Februari 2014 yang aku dapat.

Masjid Abdullah Fahim Bertam Perdana SPU:

Masjid At-Taqwa Bertam Indah SPU:




Surau Al-Husna, Lorong Shahbandar, Bertam Perdan:



Jom ramai-ramai menimba ilmu.

* Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.