JB-Singapura - Hari 1: Malam di Johor Bahru

Dalam perjalanan balik ke JB dari Singapura, agenda makan malam dibuat. Diberi dua pilihan antar Danga Bay ( suatu tempat yang cantik ) dan Larkin ( boleh beli-belah). Lalu dipilih Danga Bay. Sesampainya di hotel, pakat semua letih, tak larat nak keluar. Jadi agenda malam ini makan sendiri-sendiri.

Selepas mandi turun kebawah carilah kedai makan. Ada banyak kedai makan di sekitar hotel. Di belakang hotel Citrus dan kedai-kedai terdapat berpuluh-puluh gerai makan. Waktu siang tak nampak macam ada gerai tetapi bila malam penuh dengan gerai, sungguh meriah. Jadi dipilih yang dekat sahaja. Aku ke belakang hotel.

Tak sangka ramai yang memilih makan di sini. Jadi meja disambung macam keratapi. Meriah. Macam-macam di jual ala Thai, ala Jawa, satay, otak-otak, ayam penyet, nasi campur, burger, sebut sahaja . Sampai saja sini aku terus saja berkenan dengan sup cicah roti.

Daud Kambing Soup
Daud Kambing Soup
Nama gerai pun dah jadi orang putih campur melayu, Daud Kambing Soup. Tokey gerai berketurunan Mamak. Kat gerai makan Daud ini terdapat berbagai jenis sup seperti sup tulang rusuk kambing , tulang, urat, pipi lembu, lidah, torpedo, telur ( takpasti telur lembu atau kambing ) dan ayam.
Berbagai pilihan sup
Nampak tulang gear-box sama tapi tak serupa
Yang belakang kiri torpedo dan kanan telur
Aku oder sup urat dengan roti Benggali. Memang sedap, kalah Sup Hameed kat Penang. Aku terpaksa tambah sup sebab kering cicah dengan roti.
Sup urat. Nampak kuah sahaja, urat selam kat bawah.
Sup gear box. Ada straw boleh sedut.
Habis makan saja sembang dengan tokey gerai. Diberitahu dia asal dari Batu Feringgi. Laaaa...  pusing-pusing makan air tangan utara juga. Dia dah menetap di JB. Aku tanya dia ada hubung kait dengan Sup Hameed ka ? jawapannya jeng...jeng..jeng... TAK. Gerai ini juga pernah masuk dalam surat khabar.

OKlah itu ja agenda malam nie, makan-makan dan sembang-sembang. Balik tidur, esok ada acara lain pula.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

JB-Singapura - Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)

Bersambung dari Bahagian 1 ronda-ronda Singapura.

Cenderamata

Perjalanan ronda-ronda diteruskan ke kedai cenderamata. Pn Adidas yang bawa. Berhenti di sebuah kedai cendermata tapi harga mahal nak mampos. Lagipun ada satu kedai saja kat situ. Jadi tengok-tengok saja. Sempat ambil gambar kedai di seberang jalan yang nampak antik.

Perjalanan di teruskan lagi untuk mencari kedai cenderamata murah. Bas parking jauh juga. Dalam 300 ke 400 meter dari lokasi. Semua pakat berjalan kaki ke sebuah kawasan perniagaan.

Oleh kerana aku dan Pak Syed tertinggal kat belakang jadi kami cari rakan-rakan yang lain di hadapan. Tak jumpa walau seorang pun. Jadi kami masuk cari dalam pasaraya Mustafa Centre ( macam-macam ada, kalau kat malaysia seperti Mydin). Tak jumpa sesiapa pun. Keluar pasaraya baru ternampak yang lain sedang membeli belah dalam kedai cenderamata di hadapan Mustafa Centre.

Terdapat dua kedai cenderamata di jalan Syed Alwi ( dikenali sebagai Little India). Ia menawarkan harga yang berpatutan.

Naik semula bas. Jam menunjukkkan lebih kurang pukul 3 petang, perut pun dah lapar ( walau makan pagi serupa makan tengahari ). Jadi jalan Arab ( Arab Street ) menjadi matlamat. Bas melalui beberapa jalan dan lebih kurang setengah jam sampai dan berhenti di belakang Masjid Sultan. Masa diberi sehingga jam 5 petang.

Seberang jalan sahaja ternampak 3 buah restoran. Singapore Zam-Zam, Victory Restaurant dan Two Zam-Zam. Walau di jalan Arab tapi rasanya macam kedai mamak. Yang istimewanya kesemua restoran ini menghidangkan murtabak. Dimana tempat penyediaan murtabak ini dalam dinding kaca, boleh lihat tukang masak dok kalih murtabak.
Pembuat murtabak berada disebalik cermin. Boleh lihat cara
pembuatan murtabak singapore yang terkenal. Gamabar silau.

Restoran Two Zam-Zam

Antara ketiga-tiga restoran nie kami pilih Two Zam-Zam. Nak tau kenapa?? aku pun tak tau, mungkin lebih selesa sebab lokasi di hujung kedai. Tingkat bawah dan atas ada tempat makan. Jadi kami naik ke tingkat atas lebih selesa, ada penghawa dingin ( tapi tak rasa dingin pun ).
Two Zam-Zam
Dok dengar cerita murtabak singapore sedap, tapi aku oder nasi briyani kambing (Lamb Shank Dum Biryani ). Set briyani datang bersama acar timun sahaja.
Briyani Kambing. Set datang dengan acar timun

Rasa briyani OKlah. Murtabak tak tau la pulak rasa macam mana. Saiz murtabak boleh tahan besar. Tak ramai yang oder murtabak.
Makanan tak sampai lagi.
Suasana dalam restoran selesa. Ramai yang datang makan di sini. Terasa macam berada dalam Restoran Hameediyah kat Penang pula. Kat dinding dilekatkan menu-menu utama iaitu berbagai jenis murtabak seperti kambing, rusa, ayam dan lembu dan begitu juga dengan nasi briyani. Yang menariknya poster kat dinding ditulis makanan dimasak mengunakan minyak zaiton.
Jaga kesihatan. Guna minyak zaitun untuk masak.
Harga briyani kambing SD 6.50 dan ayam SD 6.00. Disamping kedua-dua makanan utama tersebut terdapat lagi berbagai menu kat restoran ini seperti kari kepala ikan, mee goreng, roti canai dan sebagainya. Lihat gambar bawah.
Dari tangga dalam kedai dapat lihat mamak tengah buat murtabak.
The making of murtabak.
 Tingkat bawah terdapat ruang makan dan juga deretan masakan seperti kedai nasi kandar biasa.

Lokasi Two Zam-Zam dari Google Map.


View Larger Map

Dah selesai makan. Masa masih banyak lagi. Jadi ronda-ronda jamu mata tengok kedai-kedai disekitar kawasan tersebut. Ada berbagai perniagaan yang dijalankan seperti kain, karpet, lampu, barangan rotan, kraftangan, alatan memancing, restoran dan sebagainya.

Ketika berada di jalan tersebut terasa seperti berada di Penang. Mungkin sejarah Negeri-negei Selat menjadikan suasananya serupa. Layan gambar di bawah.

Masjid Sultan

Ronda-ronda sehingga sampai ke Masjid Sultan. Terletak di Jalan Muscat. Panjang juga sejarah masjid ini. Boleh baca di sini http://www.sultanmosque.org.sg/ atau Wikipedia.

Suasana dalam Masjid Sultan. Kipas besar, angin kuat.

Masjid Sultan terletak di Jalan Muscat. Lihat Google Map


View Larger Map

Sampai saja disini ronda-ronda di Singapura, esok cerita Singapura lain pula.

Gambar-gambar lain ronda-ronda Singapore boleh klik Photobucket aku.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

JB-Singapura - Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)

Dalam jam 10 pagi, semua berkumpul dan meniki bas ke Singapura. Jangan lupa bawa pasport. Perjalanan tak jauh tetapi lambat disebabkan jalan jem untuk melepasi sempadan.
Kali ini ada pemandu pelancong ( lupa aku ambil gambar dia ). Nama Adidas, lebih kurang jenama kasut. Di ceritalah serba sedikit sejarah Singapura, lokasi-lokasi dan komplek-komplek membeli belah disekitar, sekejap suruh tengok ke kiri sekejap kekanan.
Jika dilihat kereta Singapura, dapat dilihat nombor plat yang berbagai warna. Menurut Pn Adidas, apa-apa warna pun sama saja kecuali warna merah sebab yang berwarna merah menunjukkan kereta hujung minggu.
No plat merah
Kereta itu boleh digunakan ketika hujung minggu sahaja dan juga waktu malam. Jika hendak diguna pada hari biasa kena bayar. Harga kereta yang menggunakan plat merah juga harga lebih murah.

Esplanade Singapore

Kami berhenti di Esplanade Singapore. Ia merupakan kawasan tebing sungai Singapore. Dari sungai ini kita akan dapat lihat Esplanade Theatres on the Bay, Skypark Singapore dan Eye of Singapore ( orang kampung cakap buaian pusing ).

Yang paling penting kawasan ini ada Merlion ( Singa campur ikan ). Iaitu sebuah tugu yang menjadi ikon kepada Singapura. Menjaga pintu masuk di Sungai Singapura.
Merlion
Sejarah tugu nie kalau nak tau google saja, banyak ceritanya akan keluar atau ke Wikipedia. Sampai sini mesti kena bergambar dengan Merlion. Kalau tidak orang kampung tak percaya dah sampai Singapura.

Pusing-pusing kawasan ini dalam setengah jam lebih, naik bas semula. Ronda-ronda atas bas semula.

Lalu melintasi sebuah makam yang unik iaitu Makam Habib Nuh dan disebelahnya terdapat masjid. Mula-mula bas hanya hendak lalu sahaja di situ tetapi mendapat permintaan yang tinggi untuk melihat lebih dekat makam tersebut maka diberi masa sedikit untuk melawat makam tersebut.

Makam Habib Nuh

Makam Habib Nuh terletak diatas bukit kecil di Palmer Road. Bersebelahan makam terdapat sebuah masjid, Masjid Haji Muhammad Salleh.

Terdapat tangga untuk ke kawasan makam. Ketika kami sampai pintu makam tertutup ( pintu makam ditutup ketika waktu solat ). Dipintu makan tertampal satu salasilah keturunan Habib Nuh.
Salasilah Habib Noh
Siapa Habib Nuh atau nama penuh Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habshi. Beliau merupakan ulamak yang berketurunan dari Nabi Muhammad SAW. Lokasi makam dari Google Map.


View Larger Map
Menurut cerita kerajaan Singapura tidak dapat mengubah makam ini untuk pembinaan lebuh raya. Ia tetap berada di lokasi asal cuma masa dahulu makam ini berada di tepi laut. Oleh kerana dilakukan penambakan kini ia berada di daratan. Maklumat beliau boleh google atau ke Wikipedia.

Perjalanan untuk hari pertama di Singapura bersambung ke Bahagian 2

Gambar-gambar lain ronda-ronda Singapore boleh klik Photobucket aku.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

JB-Singapura - Hari 1: Pagi di Johor Bahru

Semua dah sedia, duit dah tukar, pasport dah buat. Jadi dalam jam10 mlm mula bertolak dari Pulau Pinang. Rombongan yang terdiri ahli persatuan kebajikan staf. Perjalanan ke Johor Bahru dan matlamatnya ke Singapura.

Dalam jam 7 pagi sampai ke JB. Bas berhenti berdekatan JB Sentral. Adalah jalan dalam 1 ke 2 minit sampai ke hotel yang telah ditempah, Hotel Citrus.
Check-in Hotel Citrus
Kemudahan semua cukup tapi sempit dan tak ada tingkap. Biasalah hotel tengah bandar. Lagi pun bukan matlamatnya nak tidor saja kat situ, tapi nak ronda-ronda. Lokasi hotel Google Map kat bawah.

View Larger Map

Dah selesai check-in, apa lagi naik sambung tidur kejap dan lepas tu mandi. Ditetapkan jam 10 pagi acara ronda-ronda di Singapura. Jadi tak boleh lenagh-lengah, bersiap turun makan. Kat sekitar hotel banyak tempat makan. Masa turun, ramai yang kata makan kat Restoran Hasyima sedap. Jadi kaki menghala ke situ. Tak mau pikir lama-lama. Masa berjalan.

Restoran Hasyima

Restoran Hasyima
Sampai di Restoran Hasyima, terletak di Plaza Seni JB. Kawan-kawan ramai lagi yang dok makan kat situ. Aku lawat kawasan lauk-pauk. Laaaa... nama melayu rupanya nasi kandar. Apa-apa pun balun saja. Lauk memang banyak.
Yang bestnya masakan yang tak banyak restoran kat Penang ada iaitu rasam. Sayurnya pun lain dari selalu kita makan di kedai mamak Penang. Kat kedai mamak Penang kalau sayur mesti kubis goreng kuning, bendi goreng dan rebus sahaja tetapi kat sini ada masak petola, nama aku tak pasti.
Rasam dan sayur petola
Nie dia aku ambik, sayur petola, kambing dan semangkuk rasam. Harga boleh tahan, tak silap sekali dengan teh-O ais RM7.50. Rasa memang sedap.
Kambing, petola dan rasam. Macam makan tengahari
Lokasi restoran terletak Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook. Nak mudah lihat kat Google Map di bawah.


View Larger Map

Selesai makan. Masa masih panjang lagi. Takkan nak masuk tidur lagi. Aku ronda-ronda bandar JB dulu. Disamping bangunan yang tinggi terdapat juga yang usang. Layan saja foto kat bawah.
Baru dan lama
Tangga pusing di belakang bangunan lama.
KOMTAR suatu ketika dulu menjadi mercutanda JB

Dah hampir jam 10 pagi, masa untuk ronda-ronda Singapura.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama