Apa Ada Pada Nama ?

Beberapa hari yang lalu aku keluar rumah seprti biasa. Berhenti di lampu isyarat. Dalam dok tunggu lampu hijau terlihat satu papan tanda baru di persimpangan jalan tertulis Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir. Sebelum ini jalan tu tak ada papan tanda tetapi semua orang dah maklum sebagai Jalan Kubang Menderung. Serupa kisah turun temurun.
Jalan Kubang Menderung --> Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Sebab apa di namakan Jalan Kubang Menderung ? Mari kita kaji salah-silah dia. Cari sendirilah, aku google tak jumpa. Gambar ada, sejenis rumpai liar yang manusia tak mau ( tapi ada juga orang bandaraya yang buat hiasan ). Mungkin dulu-dulu kawasan nie penuh dengan tumbuhan nie kot.
Pokok menerung
Semua benda ada nama. Kalau tak ada kita reka bagi juga nama. Manusia, jalan, bangunan, jambatan, kenderaan, pokok, alatan dan macam-macam lagi ada nama. Setiap nama yang diberi ada asal-usul dan sebabnya.

Dulu-dulu setiap nama ada sejarahnya, seperti nama orang yang meneroka, struktur geografi seperti kawasan tu berpaya atau banyak pokok keladi atau peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ambil contoh nama kawasan Gajah Mati, Langgar, Pokok Sena ini merupakan tiga kawasan yang berkait satu sama lain jika dihubungkan mempunyai sejarah yang tersendiri. Begitu juga daerah Baling mempunyai sejarah  bagaimana nama itu terjadi dari peristiwa Raja Bersiung ( kebenaran tak pasti tetapi itulah yang di ceritakan )

Sekarang nama tempat terutama taman perumahan dan jalan dah tak menarik dan tak ada sejarahnya.  Sekarang nak lestari, semua nak ambil nama bunga, rempah-ratus, pokok atau haiwan terutama untuk taman perumahan dan jalan seperti daffodil, bunga raya, dahlia, ara, sena, lawang, lengkuas, kelisa dan macam-macam lagilah. Kalau nak ganas sikit ambil nama jawatan dulu-dulu seperti shahbandar, panglima dan hulubalang. Nak ganas lagi letak nombor saja seperti Seksyen 13 ( jenuh mengira kalau nak ke sesuatu lokasi, dalam kepala selepas SS2 mestilah SS3 rupanya dah jadi SS14). Kalau nak menunjukkan ke canggihan di cedok dari negara luar seperi Presint, Boulevard dan Souq seperti di Putrajaya ( terjemahan dalam bahasa Malaysia pun dah ada ). Banyak yang tak ada sejarahnya, sekadar nama sahaja.

Mungkin dah banyak kawasan dibangunkan dan tak ada peristiwa-peristiwa yang berlaku yang boleh dikaitkan. Selepas merdeka, ambil contoh Kuala Lumpur,  jalan-jalan dan bangunan  banyak mengambil nama-nama tokoh yang berjasa sebagai nama seperti Tuanku Abdul Rahman, P.Ramlee, Tun Sambathan, Tun H S Lee, pahlawan, pembesar dan sebagainya.  Tak lupa juga penggunaan nama-nama ilmuan dan alim ulama terbilang zaman kegemilangan Islam dahulu.

Nama jalan dan tempat yang dulunya sebelum merdeka menggunakan nama orang putih di tukar ke nama tokoh-tokoh negarawan yang berjasa. Antara nama-nama jalan yang ditukar dari nama orang putih seperti Broadrick Road ditukar ke Jalan Raja Laut dan Foch Avenue tukar ke Jalan Cheng Lock ( boleh cari kat Google ). Supaya nama-nama tersebut dikenang sebagai antara tokoh-tokoh yang membangunkan Malaysia.

Bagus juga menggunakan nama-nama orang berjasa salah satunya anak-anak akan mengetahui siapakah orang -orang yang telah berjasa kepada negara. Mungkin pada asalnya nama-nama itu disebut merujuk kepada kawasan, jalan atau bangunan tetapi lama-kelamaan setelah belajar, mereka akan dapat buat hubungkait nama tersebut dengan sejarah negara.  ( Aku terbaca satu cerita lawak; Seorang cikgu tanya muridnya " Siapakah yang tahu mengenai Tuanku Abdul Rahman ? " Lalu seorang murid menjawab " Saya tahu cikgu ! ayah saya selalu lalu Jalan Tuanku Abdul Rahman, selalu jem" ).

Tak perlulah guna nama yang besar-besar sahaja seperti Tuanku Abdul Rahman. Nanti semua tempat nama yang sama, pening nak cari. Guna sahaja nama orang setempat. Kalau di Pulau Pinang cari orang yang berjasa setempat begitu juga negeri lain. Tak berjasa seluruh negeri pun cari yang berjasa dalam daerah tersebut. Sekurang-kurangnya kita akan mengenali dan disebut-sebut nama beliau.

Bolehlah dipanjangkan penggunaan nama-nama ini untuk tempat-tempat beribadat dan pendidikan. Apa salahnya menggunakan nama-nama orang yang berjasa terutama ilmuan dan alim ulama. Sekarang banyak binaan tersebut menggunakan nama bersempena dengan lokasi ia berada. Kalau berada di Taman Malati, jadinya Sekolah Kebangsaan Taman Melati begitu juga jika terletak di Bertam Perdana jadinya Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana. Begitu juga masjid. Kadang-kadang tak secara langsung menaikkan nama pemaju perumahan kawasan tersebut.

Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam. Dalam google aku cari siapa Haji Hassan Itam. Tak banyak fakta mengenai beliau, yang jumpa cuma merujuk kepada bekas Guru Besar Sekolah Kebangsasan Simpang Empat ( nama lama sebelum di tukar ke SK Haji Hassan Itam ). Walau beliau taklah tersenarai sebagai antara orang yang terkenal tetapi jasa beliau membangunkan sekolah lalu nama beliau diabadikan sebagai nama baru bagi SK Simpang Empat  menjadi Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam.

Menggunakan nama tokoh-tokoh ini pun kadang-kadang tak berapa elok jika sesuatu lokasi itu menjadi tempat sarang maksiat atau dadah. Jadi nama-nama tokoh ini akan disebut merujuk kepada keburukan yang dilakukan atau nama beliau menjad sinonim dengan keburukan, seperti Lorong Haji Taib. Bukan salah nama tersebut, tetapi salah manusia yang melakukan tahana disitu.

Jika sebuah nama diabadikan kepada sesuatu tempat, maka sehingga mati pun namanya akan disebut-sebut. Nama yang baik-baik jika diucapkan seperti berdoa kepada pemilik nama tersebut.

Minyak Masak

Adalah tiga minggu lepas kami ke TESCO Sungai Petani. Dipendekkan cerita kami ke bahagaian minyak masak. Di dapati minyak masak murah hampir licin yang tinggal minyak masak kelauaran TESCO yang berlambak dan sedikit-sedikit jenama Buruh dan Pisau ( tapi aku tak berkenan ). Minyak masak mahal seperti bunga matahari, soya dan jagung banyak.
Yang mushkilnya kenapa minyak masak TESCO saja yang berlambak ? Orang tak berminat nak masak guna minyak masak TESCO ka ? Nak kata tak halal ada logo halal JAKIM atau minyak tu tak sedap.
Saji, jenama minyak masak keluaran Felda ( pemilik ladang dan pengeksport minyak sawit). Satu-satunya keluaran bumiputra pun tak ada.
Kalau betul kekurangan minyak masak, kenapa jenama TESCO terdapat banyak atas rak atau minyak masak keluaran lain pengeluar telah kurangkan keluaran untuk menaikkan harga atau TESCO mengurangkan penjualan minyak masak jenama lain untuk monopoli pasaran. Entahlah.

Semalam aku ada sembang dengan seorang pak cik. Dia kata dia selalu pi beli barangan runcit kat Pekan Kepala Batas. Dah selesai ambil semua barang yang nak dibeli cuma tinggal satu ja lagi iaitu minyak masak tak ada. Lalu dia pujuk tokey cina kat situ. Pujuk punya pujuk baru diberi satu botol kecil. Nak guna banyak, jadi dipujuk lagi, baru tokey tu bagi botol besar tetapi botol kecil tadi cepat-cepat disimpan.

Harap penguatkuasa dapat buat penyamaran menyiasat kedai-kedai runcit yang menyorokkan minyak.

Jejak Kasih Lima Bersaudara

Selepas mengemas barang nak balik dari berkelah di Pantai Merdeka ternampak satu benda yang amat terkenal dan sinonim dengan Bandaraya Alor Setar. Sesuatu yang dah hilang. Tersusun di pinggir kawasan parking. Khabarnya dah dibina baru di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dengan bentuk yang sama.
Lima bulatan Rukun Negara sebahagian dari bekas
binaan Bulatan Teluk Wanjah 
Berkemungkinan ini merupakan lima bulatan rukun negara yang dahulunya menjadi sebahagian dari mercu tanda Alor Setar, Bulatan Teluk Wanjah. Lima bulatan inilah yang menjadi tempat takungan air untuk lima air pancut utama.

P/s: Ingat lagi Rukun Negara ? Dulu masa sekolah, Rukun negara di cetak di belakang buku tulis.
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Forex : Haram

Masa makan malam tadi dalam berita TV dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa sistem perniagaan pertukaran wang asing adalah HARAM disebabkan berlakunya spekulasi matawang yang bercanggah dengan hukum Islam.

Malam nie aku cari beritanya dalam internet. Dapatlah maklumat  dari The Star online. Kepada sesiapa yang tengah berbahagia dengan kemewahan bermain forex tu cepat-cepatlah tinggalkan.

p/s: tak sempat bak belajar forex
*** Petikan Tha Star online pada 15hb Feb 2012 ***

Forex trading 'haram', says National Fatwa Council

KOTA BARU: The National Fatwa Council ruled Wednesday that foreign exchange trading (forex trading) is forbidden (haram) for Muslims.

Council chairman Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin said forex trading was against Islamic law and created confusion among Muslims.

"A study by the committee found that such trading involves currency speculation, which contradicts Islamic law.

"For that reason, the National Fatwa Council has decided that it is haram for Muslims to be engaged in such trading," he told reporters after chairing the Council's 98th conference here Wednesday.

Abdul Shukor said Muslims should not engage in forex trading as there are many doubts about it and it involves individuals using the Internet, with uncertain outcomes.

"Other forms of trading in foreign currencies, such as by money changers or between banks, are permissible, as they do not involve currency speculation or uncertain outcomes," he said.

He said the meeting also ruled that it was permissible for Muslims to invest or save in the Premium Saving Certificate scheme managed by Bank Simpanan Nasional (BSN).

He said the decision was reached after the committee was satisfied with the briefing by the Bank Negara syariah panel on the scheme's implementation.

"At first we had doubts about the scheme's implementation, but we were satisfied after the trading system was changed into the Islamic concept of Mudharabah," he said. - Bernama

Malaysia Di Kalahkan Singapura

Terbaca berita dari Utusan Malaysia semalam. Harga kereta Malaysia menduduki tempat kedua termahal di rantau ASEAN di bawah Singapura. Kenapa jadi macam nie ? Jika Singapura menjual harga mahal OK lah sebab kemampuan rakyat mereka memang tinggi.

GDP per kapita (PPP) Singapura terbukti tinggi melangit dari Malaysia dan GDP ( PPP ) Malaysia pun tinggi juga dari negara ASEAN lain. Tapi takkan harga barangan pun nak naik juga.

Aku dok cari kat internet negara ASEAN mana selain Malaysia yang mengeluarkan kereta ? Tak jumpa satu pun. Kebanyakan negara ASEAN melakukan pemasangan kereta.

Malaysia yang menjadi pelopor pengeluaran kereta kereta nasional. Adakah disebabkan kita pengeluar kereta maka harga kereta menjadi mahal. Tak juga sebab harga kereta Malaysia yang dijual di negara luar murah pula.

Aku tak paham. Nak kena belajar ekonomi pulak dah.

*** Petikan dari Utusan Online pada 14hb Feb 2012***

Harga di Malaysia ke-2 termahal

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura.

Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI) di sini.

''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.

Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia

Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.

''Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.

Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.

Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.

Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.

Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini.

Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura.

Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.

''Bagi perspektif di luar negara, secara realitinya seseorang individu ingin membeli kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

''Pengangkutan awam merupakan pilihan tetapi memiliki kenderaan sendiri adalah lebih selesa,'' ujarnya.

Walaupun begitu, MAI telah melakukan analisis mendalam bagi menilai kos penyelenggaraan kenderaan berbanding kos kenderaan baharu.

Kos-kos tersebut meliputi yuran pendaftaran, bayaran premium insurans, cukai jalan dan bahan bakar.

Setiap kos tersebut dipanggil sebagai Kos Pemilikan Kenderaan (CVO).

Madani berkata, kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.

Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.

Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.

''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya.

Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Pantai Merdeka Feb 2012

Sekali lagi kami ke Pantai Merdeka. Saja nak lepak-lepak. Macam yang lepas kami pi sana awal pagi. Hampir seperti yang lepas juga cuma lewat sehari, hari Thaipusam. Cuma kali ini cuti ganti Maulidur Rasul. Belah Penang dan seangkatan dengannya bercuti, Kedah kena kerja cam biasa. Kira-kira setahun dah.

Sepanjang jalan menghampiri Pantai Merdeka dikiri kanan jalan bendera parti politik terpacak. Sehingga banner besar Pantai Merdeka pun terpacak atasnya bendera. Serupa ada pilihanraya kecil, dok warm-up kot.
Dihiasi bendera
Sampai di sana pilih tempat yang stategik sebab nak gantung ndoi ( buaian) sebab ada dua puteri dan putera nak berendoi. Cari pokok yang ada dahan rendang nak ikat tali.


Tak ada masalah sebab boleh kata orang tak ramai lagi cuma masalah kotor sebab sampah yang dibunag oleh pengunjung semalam. Abang MPSPK pusing banyak kali juga lah baru dapat bersihkan kawasan nie.
Berendoi di pohon beringin
Kali ini bawa khemah sebab senang nak simpan barang dan boleh lepak-lepak dalam khemah ( macam bagus ).

Masa datang tu janji dengan bebudak dua orang tu Sarah dangan Ammar, datang main pasir ja, tapi tak tahan daulat pakat-pakat mandi.
Melihat hasil tangkapan
Pantai kat sini sempit sahaja, kalau nak mandi kena datang awal sebab lebih kurang tengahari, air akan pasang. Air sampai ke tebing batu.

Pembaharuan, tandas yang disediakan sekarang tak boleh masuk dengan selipar sendiri. Kena pakai selipar yang disediakan. Tapi satu ja kekurangan selipar tak boleh nak basuh sebab paip air tak ada kat luar.
Sikecil tak ada, sedang beradu di bawah pohon beringin.
Sahun lepas masa datang Pantai Merdea kami ada beli rojak buah, memang sedap. Entah apa yang mak cik tu gaul. Sampai balik pun dok teringat lagi. Jadi kali nie apa lagi isteri aku ke gerai tu. Beli sebungkus. Licinnn.
Rojak buah
Sambil makan dok sembang dengan isteri, aku kata kalau ada banyak mempelam baru best. Aku pula pi beli. Macam tahu-tahu ja apa aku cakap tadi, mempelam banyak tapi masammm. Apa-apa pun kuah dia memang sedap. Mabelessss

Haaaa kalau datang Pantai Merdeka jangan lupa pekena rojak buah Mak cik nie. Gerai yang hujung sekali dekat perking lot hadapan padang permainan.

Amariz Cafe

Sekali lagi medan selera Kiosk Bertam, satu lokasi makan yang terdapat enam buah kiosk yang menyediakan makanan berkonsep santai dan terbuka dan boleh lepak-lepak menjadi tumpuan.  Logo wi-fi ada kat situ, tapi tak pastilah boleh guna ka tidak. Setiap kiosk mempunyai menu tersendiri seperti masakan melayu, ala-thai, ala-chinese, western, pizza. Kiosk-kiosk nie tak payah gaduh-gaduh berebut pelanggan.

Amariz Cafe
Kali ini kami nak pekena ala-chinese pula. Jadi kami lepak depan Amariz Cafe. Cafe nie menyediakan berbagai makanan berkonsepkan cina seperti sizzling, claypot, little kuali dan berbagai jenis masakan sayuran, ikan dan daging. Semua ala-chinese.
Menu, klik untuk paparan lebih besar
Sebelum ini kami dah datang ke kiosk nie dan dah makan Char Ho Fun dan claypot rice, memang sedap. Jadi kali nie kami nak cuba yang lain pula. Isteri aku nak oder char koew teow. Tapi koew teow habis jadi oder bee hoon singapore saja lah. Aku oder kantonese koew teow, pelayan tu kata ada. Aikkk.... tadi kata koew teow habis, tapi sekarang ada pula. Jadi pelayan tu jelaskan cantonese koew teow guna koew teow jenis lain. Tak sama dengan koew teow yang selalu kita makan tu. Kedua-dua menu tu sampai dalam kuali kecil
Cantonese koew teow, banyak sayur
Cantones koew teow bila sampai nampak putih ja, tapi bila kacau baru nampak koew teow yang di salut dengan kicap berwarna gelap. Koew teow yang digunakan berbeza sebab lebar-lebar. Rasa memang sedap.

Singapore bee hoon lain sikit dari yang selalu kami makan. Selalunya jika bee hoon nie mesti warna putih berlada tetapi kali ini warna merah seperti bee hoon yang biasa kita makan. Tanya kat pelayan kenapa singapore bee hoon tak warna putih, dia jawab bee hoon nie di masak stail chinese. Memang seperti tu.  Rasa OK ja lah. Nak kata sedap pun tak sangat.
Singapore bee hoon
Kuantiti masakan boleh tahan banyaknya, kenyang walau semangkuk. berbaloi.

Disamping makanan tu, Anak aku Sarah oder makaroni cheese dari kiosk sebelah dan kami tambah cheesy wedges dengan satay juga dari kiosk yang lain. Ammar tak oder apa-apa dia nak makan satay ja. Firas kami agak akan makan satay sebab sebelum nie dia suka makan satay.
Makaroni cheese feberet Sarah oder kat Nan's Kitchen
Tapi Firas telah belasah makaroni cheese kakaknya dengan berselera sekali.
Cheesy wedges oder kat J Krust
Cheesy wedges nie tak boleh lawan yang kat KFC punya tapi OKlah. Bagi aku cili sos tu kena guna yang sedap sikitlah.
Satay oder kat Anjung Satay
Kat Kiosk Bertam nie yang menariknya walau kita duduk depan kiosk mana pun, kita boleh oder dari kiosk-kiosk lain. Tokey tak marah punya. Tuu yang best sebab dapat makan berbagai citarasa di satu lokasi.


Waktu perniagaan semua kiosk kat sini bermula dari petang sehingga malam. Lokasi kiosk di Kepala Batas seperti google map kat bawah.
View Kiosk@Bertam in a larger map