Kali ni masakan dalam pantang yang mudah di buat. Bebola Daging Masak Sos.
Bahan-bahan:
- 10 ketul bebola daging yang ada kat pasaraya, di hiris bulat-bulat tak perlu nipis sangat
- 2 ulas bawang besar dikisar
- 1 ulas bawang besar dimayang
- 3 ulas bawang putih dimayang
- 1 inci halia muda di potong halus
- 2 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili
- minyak
- garam
Cara-cara:
- Panaskan minyak
- Tumis bawang yang dikisar bersama halia dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan Bebola daging yang sudah dipotong. goreng hingga masak / perang
- Masukkan sos tomato dan sos cili, kalau tak cukup tambah lagi
- Tambah garam secukup rasa.
- Sebelum tutup api masukkan bawang yang dimayang sebagai hiasan,
Dah siap untuk orang pantang makan. Kalau dalam kuah sos nak ada banyak seredak, tambah bawang besar yang dikisar semasa tumis.
Buletin Mutiara
Jumaat lepas masa keluar dari rumah terliaht ada pemplet yang tersepit kat pintu pagar. Biasalah macam-macam iklan yang di masukkan dalam peti pos atau diselitkan kat pintu pagar. Tapi kali nampak lain sikit sebab tebal. Aku ambil. Ada beberapa keping iklan dan sebuah tabloit. Surat khabar kecil, Buletin Mutiara.
Surat khabar ini keluaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buletin Mutiara yang diberi percuma ini sudah lewat sebab tarikh buletin tu 16 - November 2011. Berita muka depan " Kerajaan Pakatan Rakyat P. Pinang Bajet Berjiwa Rakyat 3M 2011 ".
Akhbar ini mengisahkan keprihatinan dan kemajuan yang di telah dibuat dan dicapai oleh kerajaan negeri. Akhbar ini juga menjadi medium untuk menyangkal dan menepis tohmahan yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar dan media massa lain. Maklumlah kerajaan negeri tidak ada ruang dalam akhbar dan media massa nasionala atau pro kerajaan pusat. Jika ada berita, pasti hanya yang buruk-buruk mengenai pemerintahan Pulau Pinang. Oleh itu akhbar ini cuba memperbetulkannya walau edarannya hanya sekitar pulau pinang.
Seperti juga akhbar pro kerajaan pusat, akhbar ini juga menjadi ruang untuk memburukkan dan menunjukkan kelamahan kerajaan pusat. Biasalah semua pihak ingin menunjukkan merekalah yang terbaik.

Masakan Dalam Pantang : Masak Cabai Ikan
Hari ni pun masakan dalam pantang yang mudah saja, ikan masak cabai. Ada orang panggil sambal ikan. Mula-mula nak bagi nama yang sedap sikit tapi tak ada ide.
Bahan-bahan:
3 ketul ikan tenggiri
4 camcacili boh cili kering yang dikisar
2 keping asam gelugor
3 ulas bawang besar dikisar
Gula secukup rasa
Garam pun secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara:
- Ikan digoreng kunyit dahulu dan diletak tepi ( macam majalah masakan pula lepas masak letak tepi ).
- Sekarang buat kuah, guna minyak goreng ikan tadi ( jangan membazir amalan syaitan ) masukkan cili boh, goreng sampai garing dan masukkan gula secukup rasa.
- Masukkan bawang besar di kisar kedalam cili boh dan tambah air sikit supaya ada kuah dan masukkan asam keping.
- Masak adunan tadi sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Setelah semua adunan tadi masak, masukkan ikan dan gaul sedikit dan dah siap.
Ikan masak cabai yang aku buat tu kuah pekat, sebab dok tengok chef kat TV buat masak lemak pun pekat sebab bila letak kat pinggan kuah tak meleleh. Sebenarnya aku tersilap, sepatutnya semasa masukkan bawang tu masukkan air lebih sikit dan jangan bagi kering sangat semasa masak.
3 ketul ikan tenggiri
4 camca

Masakan Dalam Pantang : Ikan Stim Berlada
Kali ini untuk hari pertama masak untuk isteri aku dalam pantang ( hari sebelum tu ada sedara isteri aku masak ) ikan stim berlada. Nama biar ada kelas walau simpel saja.
Ramuan:
2 ketul ikan tenggiri
2 batang serai di potong nipis-nipis
2-3 cm halia muda di potong kecil-kecil
3 ulas bawang putih dipotong
2 biji bawang merah dipotong bulat-bulat
Lada hitam di kisar kasar
Garam secukup rasa
Cara masak:
Ambil bekas kukus, letak dahulu sebahagian bahan ( bukan ikan ) dan selepas itu letakkan ikan atas bahan tadi. Taburkan sedikit garam secukup rasa dan tabur bahan-bahan selebihnya atas ikan dan apa lagi kukus la. Bahan-bahan tu ikut sedap rasa saja. Kalau 2 ketul ikan tak cukup, haaa masuk ja berapa ketul pun, tapi bahan-bahan lain kena tambah juga lah. Kukus dalam setengah jam dah boleh makan.
Aku buat dua ketul sebab untuk makan siang satu dan malam satu, orang yang tak pantang jangan menempek. Sebab tu masakan dalam pantang sikit-sikit saja.

Nak Bagi Nama Apa ?
Ishhhhh..... nak bagi nama apa tak tau untuk baby baru lahir nie. Dah cari dalam buku, tapi buku lama jadi nama pun ala-ala lama gak la. Search internet, pun tak berapa menarik. Potong sana sambung sini nama mak bapa reka sendiri nama takut pula makna entah apa-apa.
Nak ikut trend sekarang rasa tak sesuai pula. Maklumlah nama bebudak zaman sekarang macam nama kosmetik atau tudung. Elisha, Amelia, ariani. shadira, felisa, fareeda dan entah apa lagi la. Tak mau aku dok promosi barang depa, tak dapat royalti.
Bagi nama dalam masa tujuh hari, jadi ada msa lagi.

Tahnik
Dah berumur dua hari. Kelmarin bapa aku datang dah. Hari nie bapa aku ada kenduri kat Sungai Petani, jadi akan lawat kami sekali lagi. Oleh kerana depa nak mai lagi hari nie, jadi minta bapa aku buat tahnik untuk si kecil. Oder sekali air zam-zam dengan kurma dari Mekah.
Mula-mula tutup rapat mulut tak mau. Sapu-sapu mulut dia dengan air kurma baru terbuka.
Hikmah tahnik atau memecah mulut bayi dengan kurma adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna ( maklumat dari buku " Indahnya Hidup Bersyariat " )

| Bersama Wan dan Mak Tok |
Selamat Datang Orang Baru
2hb Disember 2011, pagi Jumaat. Dalam dok bersiap nak pi kerja. Isteri aku kata ada keluar tanda, sikit ja. Jadi tak nak tanggung resiko kami akan ke klinik. Oleh kerana tanda sikit ja, tak perlu kalut-kalut. Lepas hantar Firas ke Penaga, rumah Mak Long. Kami pi makan dulu. Hampir jam 9 pagi baru sampai ke klinik Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan ( Klinik Pakar Zainol Dan Ram ), Sungai Petani.
Mengikut perkiraan 12/12/2011 nie ( tarikh lawa nie ) baru cukup tempoh. Jadi dok anggap lepas periksa, doktor akan kata balik dulu. Tapi sampai saja terus depa periksa dan terus masuk dock. Aku dok kat luar, pusing-pusing tengok baby-baby yang masih ada kat dalam bilik jagaan. Rupa-rupanya ramai yang lahir 1/12/2011 ( atau boleh tulis 112211 ). Rasa aku lebih kurang 6 baby. Pandai mak depa pilih tarikh, macam mana depa buat ??? , macam pilih tarikh kawin.
Lama juga dok dalam dock, kat 3 jam dan pada jam 11.40 pagi cuihhhhh keluar ( macam mudah kannn ). Alhamdulillah semua selamat. Dapat baby perempuan.
Kali nie baby berat 2 kg saja. Jadi kat bilik baby dialah yang teringan. Tak pa nanti besar kat luar. Apa-apa pun janji sihat, alhamdulillah.
Nie bersama kakak dan abang besar dan abang kecik.
Nama tak pilih lagi nie.......tu yang dok sebut baby ja.
p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)