Apakah Beza Kakitangan Awam

Semenjak dua menjak aku berada dalam sektor awam, aku lihat kebanyakan kakitangan beruniform sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Asal pembentangan belanjawan selalu golongan inilah yang akan mendapat initiatif atau imbuhan. Bukan setakat belanjawan, diluar waktu belanjawan pun golongan ini lah yang selalu mendapat perhatian seperti pertambahan alaun, gaji atau kenaikan pangkat.

Bukan cemburu tapi hairan. Kenapa golongan beruniform ini sangat mendapat perhatian dari kerajaan?. Selalu alasan yang diberi, golongan ini menjadi tonggak utama keselamatan negara atau mereka ini bergadai nyawa untuk menyelamat manusia atau mereka inilah yang sentiasa berhadapan dengan berbagai penyakit. Betul kah? Memang betul.

Golongan ini mungkin memberi bantuan pertama kepada persekitaran dan sentiasa mendapat perhatian. Bagaimana pula dengan perjawatan lain dalam sektor kerajaan seperti juruteknik dan kerani adakah mereka ini tidak menyumbang kepada kesejahteraan negara. Adakah yang menyumbang kepada negara ialah sesiapa yang beruniform dan memberi khidmat awal jika berlakunya bencana. Cuba bayangkan jika bangunan dan jalan yang dibina tidak diseliakan dengan betul apa kan jadi? Jika tiada juruteknik yang menyelenggarakan alatan hospital apa akan jadi? Jika alatan mengajar tidak dibuat penyelenggaraan dengan baik adakah pelajar dapat belajar denga selesa? Jika tiada yang membuat akaun adakah perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik?. Ini sebahagian dari contoh. Adakah mereka ini tidak meyumbang kepada kesejahteraan negara?. Mereka inilah secara tidak langsung melancarkan segala urusan kerajaan dan membangunkan ekonomi. Cuma yang membezakan ialah mereka ini tidak berada dalam situasi yang boleh membahayakan diri.

Sebagai penjawat awam aku tak boleh komen, tetapi adakah adil disebabkan mereka ini berada dibarisan hadapan jika berlaku bencana atau untuk menarik orang awam menjawat sesuatu pekerjaan, maka diberi berbagai inisiatif sehingga meminggirkan jawatan lain. Penjawat awam yang tak beruniform juga memberi sumbangan yang besar kepada negara, sewajarnya mereka pun mendapat pengiktirafan yang setimpal.

Inisiatif yang diberikan adalah berdasarkan kerja dan persekitaran yang terpaksa dihadapi. Seperti jururawat diberi elaun khas disebabkan mereka sentiasa tededah dengan penyakit. Bagaimana pula dengan penjawat awam yang ditugaskan untuk melakukan kerja yang diluar tanggungjawabnya. Contoh seperti seorang juruteknik diarah untuk menjadi pemandu walau dia tidak ada kebolehan tersebut. Apakah inisiatif yang dapat diberikan, atau jika berlaku kecelakaan apakah yang dapat melindunginya. Adakah dengan memberi arahan melalui sekeping surat sahaja sudah mencukupi. Perkara ini memang berlaku tetapi adakah terma-terma yang menjadikan situasi ini menang-menang, dimana kedua-dua pihak mendapat manfaat. Fikir-fikirkan lah.

Masakan Dalam Pantang : Kari Kepala Ikan tanpa Santan

Minggu depan aku nak mula kerja dah. Jadi kena beli stok untuk seminggu. Yang termudah sekali beli ikan tenggiri seekor kat pasar besar Kepala Batas, suruh penjual tu potong siap-siap.

Oleh kerana beli seekor dapat la kepala tenggiri. Dengan pengawasan dari isteri aku, jadi lah Kari Kepala Ikan tanpa santan tau Kari Mamak. Orang pantang tak boleh makan santan lagi.

- Tumbuk hancur seulas bawang besar dan 5 ulas bawang putih. Kalau malas nak tumbuk guna blender saja.
- Masukkan rempah kari ikan sepeket kecil ke dalam bahan tumbuk tadi dan ketepikan.

- Panaskan minyak
- Tumis bawang besar/kecil, bawang putih, halba campur dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan bahan tumbuk tadi dan biar sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam ( banyak sikit sebab kepala ikan hanyir ).
- Masukkan kepala ikan dan tambah air jika perlu.
- Biar mendidih, rasa jika ada kurang asam tambah asam, kurang masin tambah garam.
- Masukkan tomato pun boleh ( tomato pun boleh buat gulai jadi masam juga)

dah siap kari mamak.

Tom Yam

Yang ini bukan untuk orang pantang tapi untuk bapa budak dan bebudak. Tom yam ayam.

- 2 batang serai di ketuk
- 3 biji tomato dipotong empat
- 2 biji bawang besar di potong dadu ( potong belah besar-besar tu la)
- Bunga kubis, nak masukkan sayur lain pun ok gak.
- 2 sudu paste tom yam ( tak perlu pi ke Thailand kat Malaysia nie pun banyak dan ada tanda halal lagi)
- Ayam

- Masukkan bahan-bahan diatas kedalam periuk dan masukkan air.
- Rebus naik sehingga mendidih
- Masukkan daun limau purut
- Rasa jika perlu tambah garam ( paste tom yam pun dah masin) atau air asam jawa jika kurang masam.

siap dah...sawadikapppp...makan jangan bercakap

Masakan Dalam Pantang : Singgang


Ini resepi aku dapat dari Mak Njang aku kat Bagan. Masak singgang. Resipi ni Mak Nyang aku hantar guna SMS sungguh ringkas, tapi aku call balik sebab tak berapa paham. Guna lah ikan yang sesuai untuk orang pantang seperti ikan tenggiri dan gelama. Ni dia cara nak buat.

- Ketuk : 2 batang serai dan sepotong lengkuas ( tak perlu banyak sangat)
- Potong bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan sedikit halia.
- Masukkan bahan-bahan tadi dalam periuk bersama ikan yang nak dimasak.
- Masukkan air , ikut kesesuaian lah, jangan banyak sangat.
- Rebus naik saja,
- Dah mendidih, jika tak berapa kuning masukkan sikit kunyit serbuk.
- Masukkan garam secukup rasa.

Mudah kan... tapi aku buat tak berapa jadi, rasa ada kurang sikit, tak tau apa dia. Nanti kena pi menuntut dengan Mak Nyang secara live in person, secara on-line tak berapa menjadi.

Masakan Dalam Pantang : Talang Masin Goreng

Kalau dah malas sangat, haaa ini yang mudah. Ikan talang goreng. Kalau tak nak ikan talang pun tak pa guna la ikan haruan masin ka. Tapi tak boleh makan selalu nanti dapat darah tinggi.

- Potong ikan masin kecil-kecil
- Rendam buat seketika supaya kurang masinnya.

- Panaskan minyak
- masukkan ikan masin dan goreng sehingga garing (bukan rentung).
- Letak sebelah ikan masin tu.

- Guna kembali minyak ikan masin tadi.
- Tumis bawang merah (kalau boleh banyak sikit) kacau buat seketika selepas tu masukkan hirisan bawang putih dan halia ( masukkan halia dan bawang putih lambat sikit supaya masakan tak pahit).
- Goreng sehingga bawang merah hampir garing.
- Ambil bahan-bahan tadi dan ditabur atas ikan masin.
- Goreng pula cabai kering sehingga garing dan di letakkan atas ikan masin.

Mudah saja, dah siap.

Masak Kicap Ayam

Ini bukan kedekut tapi dah makan dua kali, jadi sedikit ja lah yang tinggal. Masak kicap ayam. Masak dengan pengawasan isteri aku.

- Panaskan minyak
- goreng ayam yang telah di garam kunyitkan
-ketepikan ayam goreng
- Guna minyak tadi
- Tumis dengan bawang merah, bawang putih dan halia
- Masukkan rempah masak kicap, boleh beli peket.
- Masukkan kicap manis secukup rasa.
- Setelah mendidih masukkan ayam tadi.
- Rasa kalau tak cukup masin atau manis tambah la apa patut.
Mudah saja.....

Pilihanraya Kecil Membazir

Semenjak Pilihanraya Umum yang lepas pada 8hb Mac 2008 telah berlaku beberapa pemilihan untuk pilihanraya kecil dan yang terbaru ialah di Parlimen Hulu Selangor. Dari laman web Pilihan Raya Umum Malaysia dapat dilihat bahawa telah berlaku 9 pilihanraya kecil dimana 6 darinya disebabkan oleh kematian sehingga hujung tahun 2009.
gambar hiasan dari internet.

Bila berlaku kematian kepada penyandang, berpusu-pusu lah parti politik berkempen meletakkan calon. Bila letak calon semestilah bersama dengan wang pertaruhan. Dah duit pertaruhan sepasal, ditambah dengan kos-kos poster, baner, duit sagu hati kepada penyokong, upah panjat pelekat poster, belanja kat pondok kempen tiap-tiap malam sekurang-kurangnya teh tarik roti canai, baju dan topi parti mesti ada untuk para penyokong, jemputan penceramah kena hulur juga, kalau yang datang berpangkat semestinya claim duit minyak walau bekerja untuk parti, duit minyak kepada pengundi yang datang dari jauh, ternampak rakyat miskin dikawasan tu kena beri bantuan supaya wartawan dapat ambil gambar bersama cek sebesar pintu ( walau dulu dia merayu tak pernah dapat ), polis yang terpaksa berkawal 24 jam, majlis perbandaran menjaga kebersihan, media yang membuat liputan, pihak SPR yang menjayakan pilihanraya dan bermacam lagi. Sementara nak sampai hari pemilihan berapa agaknya yang telah di perhabis untuk pilihanraya kecil?.

Aku tulis bukan apa, cuma nak lihat kepada pembaziran yang dilakukan disebabkan kematian wakil rakyat. Aku tahu kematian tu kerja Tuhan. Kalau boleh kita minimakan, yang aku maksudkan kematian disebabkan penyakit dan usia.

Cuba bayangkan berapa kos untuk buat pilihanraya kecil yang terpaksa kerajaan tanggung. Sila rujuk M Star Online yang telah memaparkan nilai yang terpaksa ditanggung untuk mengadakan pilihanraya kecil. Buka sikit, sekurang-kurangnya 3 juta terpaksa dibelanjakan. Jika duit itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat lagi baik. Ditambah juga dengan duit yang parti keluarkan untuk berkempen, mereka ini guna duit itu untuk membangunkan kawasan yang mereka pegang. Banyak manfaatnya. Berapa puluh rumah kos rendah dapat dibangunkan.

Lagi satu jika kurang berlaku pilihan raya kecil, bapak-bapak menteri boleh lah beri tumpuan yang lebih untuk membangunkan negara bukan dok pikir macam mana nak tawan sesuatu kawasan dan berkempen saja. Sekurang-kurang habis sebulan dok berkempen sebelum pilihanraya, kerja lain tak jadi. Buang masa, kadang-kadang menang sorak kampung tergadai.

Untuk mengurangkan masalah ini boleh di cadangkan umur untuk bakal menjadi calon biarlah muda dan bertenaga seperti bawah 45 tahun dan kalau boleh dibuat ujian stamina dulu. Ajal maut tuhan sahaja yang tahu tetapi mengikut hukum akal jika tubuh sihat insyallah panjang unur. Nanti bila telah dilantik senanglah nak kena teh tarik dengan roti canai malam-malam dan mesyuarat sampai ke pagi. Yang tua-tua jangan kecik hati, boleh menjadi pembimbing supaya yang muda tak tersesat. Kalau dapat projek besar kongsi-kongsilah dengan golongan tua.