Waranti TESCO

Tak tau arah nak pi mana, kami ke TESCO Sungai Petani ( yang baru ). Sampai la ke bahagian elektrik. Terfikir nak beli DVD Player untuk TV atas. Pergi bahagian DVD, berbagai jenis ada dari berjenama hingga tak ada nama.

Pilih punya pilih ambil la jenis Pensonic, harga boleh tahan la. Bawa ketempat testing dulu, beri staf mereka test. Lalu terbaca satu notis yang ditulis di situ.
Barangan yang dijual ada dua kategori iaitu Class A dan Class B. Class A terdiri dari barangan elektrik berjenama seperti Sony, Toshiba, Samsung, Pensonic dan macam-macam lagi dan Class B pula terdiri dari barang yang tak berapa ada nama seperti Agip, Cenfonix dan beberapa nama yang aku tak kenai. Aku tanya staf yang bertugas apa yang dimaksudkan dengan Class tu. Lalu dia jawab Class A terdiri dari barangan yang berjenama dan waranti TESCO tidak tanggung, jika berlaku kerosakan pelanggan kena hantar sendiri ke pusat servis. Manakala Class B pula terdiri dari barang yang jenama TESCO, jika rosak TESCO akan ganti baru atau perbaiki ketika waranti.
Dengar saja dia cakap macam tu aku pun tukar la ke jenama TESCO. Senang sikit kalau rosak hantar balik ke TESCO saja lagi pun murah. Selepas setahun rosak kira beli lain ja.

Keratan Akhbar - Puncak Mutiara Cafe

Menjamu Selera di Puncak Mutiara Cafe


BUKIT MERTAJAM 17 Mac - Apabila mendengar cerita rakan-rakan tentang restoran di ladang kambing, penulis tertanya-tanya apa istimewanya menjamu selera di kawasan berbau hamis itu.
Namun sebaik menjejakkan kaki ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelet dekat sini, hati penulis mula tertawan dengan suasananya yang menarik dan mendamaikan.

Restoran milik penuh Mutiara Kristal Corporation Sdn. Bhd. itu dibuka sejak 2008 dan berkeluasan lebih dua hektar meliputi pusat ternakan kambing, kolam memancing ikan dan kawasan tanaman.

Ia beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 2 pagi dan menawarkan pelbagai jenis hidangan sama ada makanan ala kampung, ala Thai, Barat dan Cina.

Menurut pengurusnya, Shukri Hussain, sesuai dengan suasana terletak di kawasan ternakan kambing yang mula beroperasi sejak enam tahun lalu, pastinya hidangan istimewa adalah berasaskan daging kambing.

"Selain itu kami juga menyediakan beberapa menu hidangan ayam kampung dan burung puyuh yang dipelihara sendiri di kawasan ini," katanya.

Tambah Shukri, apa yang istimewa di Puncak Mutiara Cafe adalah suasana tempat makan yang berkonsepkan pondok dan pelanggan boleh memilih beberapa jenis pondok yang disediakan.

Jelasnya, terdapat 76 pondok dan tempat makan dengan konsep bersila, pangkin, meja bulat dan meja batu di sediakan di situ.

Lebih menarik pondok-pondok itu dinamakan dengan nama baka kambing seperti Boer, Jamnapari, Dopper, Faral, Kalahari, Saanen dan Kadjang.

"Konsep pondok ini lebih digemari pelanggan kerana menimbulkan suasana santai dan romantis bagi mereka yang datang berpasangan selain menimbulkan nostalgia cara hidup Melayu masa lampau.

"Itulah yang membuatkan restoran ini istimewa di hati pelanggan dan mereka akan terus datang untuk kali kedua dan seterusnya," ujarnya.

Malah jelasnya, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang pernah beberapa kali mengunjungi restoran ini memuji konsep yang ditampilkan itu.

Ditanya sejarah pembukaan restoran itu, Shukri memberitahu, ia bermula apabila pelanggan yang datang membeli kambing mahukan tempat makan untuk mereka melepaskan lelah.

Katanya, ramai pelanggan datang dari luar Pulau Pinang malah ada dari Kuala Lumpur, Melaka serta Johor dan mereka menghabiskan sehari suntuk untuk memilih kambing-kambing yang dibekalkan di situ.

"Atas desakan mereka, kami membina dua pondok yang menyediakan hidangan teh tarik dan juga mi goreng untuk hidangan mereka.

"Bermula dari situ, kami mula membina lebih banyak pondok dan hasilnya, wujudlah Puncak Mutiara Cafe yang pertama seumpamanya di negara ini," katanya.

Antara kemudahan yang disediakan di restoran itu selain pondok adalah bilik berhawa dingin termasuk kemudahan karaoke, surau dan tandas yang selesa serta tempat letak kereta.

Selain itu terdapat kolam ikan yang membolehkan pelanggan memancing sendiri ikan-ikan seperti baung, patin, rohu, talapia, keli dan pacu.

"Pelanggan boleh menyewa joran dengan caj RM5 sehari dan ikan yang ditangkap boleh dibeli dengan harga yang amat berpatutan dan lebih murah daripada harga pasaran.

"Pelanggan juga boleh menikmati buah-buahan seperti rambutan, nangka, durian dan dokong dengan harga yang berpatutan pada musim buah-buahan," kata Shukri lagi.

Mengenai kandang kambing yang menjadi nadi utama Puncak Mutiara Cafe, Shukri menjelaskan kini terdapat hampir 800 ekor kambing pelbagai jenis dipelihara di situ.

Kambing-kambing itu diimport dari Australia dan Indonesia untuk pasaran tempatan dan menjadi pilihan untuk kenduri-kendara serta korban dan akikah.

"Harga yang kami tawarkan untuk kambing-kambing ini amat berpatutan dan pelanggan boleh memilih untuk membawa pulang kambing hidup atau menyembelihnya di sini," katanya.

Pelanggan yang ingin menjamu selera di Puncak Mutiara Cafe digalakkan membuat tempahan awal melalui telefon atau laman web mereka www.puncakmutiara.com kerana ia sentiasa penuh terutama pada hujung minggu dan musim cuti.


***Petikan dari Utusan Online pada 13/3/2010***

P/s: nanti akan aku pi ke sana

Power window lagi....

Hari nie aku pi servis kereta kat PERODUA Servis Center kat Seberang Jaya. Macam biasa, tukar apa yang perlu di rukar dan yang pasti boleh kata setiap kali pi servis mesti aku minta perbetul power window. Dah banyak kali dah suruh depa perbetul. Dari masih ada waranti sampai habis waranti. Lepas servis ada la boleh pakai tiga ke empat hari lepas tu akan ada masaalah balik. Bila turun susah nak naik, kena tekan dua tiga kali. Kira kaedah cuba jaya la tu.

Kali ni aku tanya staf kaunter kenapa power window Myvi aku tak elok-elok?. Dia jawab " Itu masalah common". Aikkkk...masalah common jawabnya. Jadi masalah tu kira ada dalam buku manual la, sebab masalah itu akan sentiasa ada dan adalah normal.

Aku takkan nak pi marah penjaga kaunter tu pula, dia tak bersalah. Yang perlu selesaikan masalah ni mestilah orang-orang atasan PERODUA seperti Bahagian Kejuruteraan yang sentiasa menghadapi masalah ini dan Bahagian Pembelian sebab dari ceruk mana mereka beli alatan. Mesti mereka ada statistik kerosakan alatan kenderaan bawah jenama mereka. Kalau dah terlampau kerap sangat sesuatu alatan tu rosak atau tak berfungsi, rasa aku PERODUA patut mengambil tindakan memperbetulkan keadaan. Jangan perkara kecil menyebabkan orang hilang kepercayaan umpama rosak bawang kerana jmabak. Jangan biar pelanggan yang terpaksa menanggung kos pembaikan untuk barangan tak berkualiti PERODUA bekalkan. Ikuti contoh kereta buatan negara lain seperti TOYOTA dan HONDA, mereka tak takut mengaku kesilapan yang berlaku dan mereka sanggup menarik balik kenderaan yang terlibat untuk dibuat pembaikan atau penukaran, secara percuma lagi. Tak hilang bisa ular menyusur akar. Kalau barang bagus pelanggan tetap ada.
Beli kereta bukan dengan air lior. Walau kereta PERODUA Myvi tu boleh kata kenderaan dalam tahap mampu milik tapi jangan pula beri barangan murahan kat pembeli. Lepas tu kalau kurang pembeli, kata lah pula rakyat Malaysia tak menyokong barangan tempatan ( berapa peratus alatan dalam kereta tempatan adalah buatan tempatan??) . Lu pikir la sendiri...

Tak jadi lagi malam nie...

Kata orang tua-tua jika nak tahu bilakah isteri yang tengah sarat nak bersalin, ambil sanggul fatimah ( gambar atas sanggul fatimah yang masih kering ia kuncup ) rendam dalam air. Jika ia kembang menunjukkan masa dah hampir nak bersalin, jadi cepat-cepat ke hospital.
Malam nie isteri aku dah sakit-sakit, lagi pun masa nie dah hampir dengan tarikh due yang doktor bagi. Jadi isteri aku rendam sanggul fatimah dalam air. Tunggu lama juga baru kembang. Bila dah kembang, tak bersalin lagi. Mungkin petua nie mesti dilakukan dengan kaedah tertentu kot. Kami main taram ja. Tak pa tunggu lagi.

Original Chicken Chop Shop

Selepas anak aku hadiah kad dengan duit seringgit dan hari kedua isteri aku bawak balik kek birthday, ini hari ketiga isteri aku bawa makan kat Original Chicken Chop Shop. Mula-mula nak pi pada 11hb tapi jatuh hari Khamis jadi tak jadi la. Esok nak pi keja lagi jadi pi hari Jumaat malam, baru selesa sikit makan tak perlu sibuk-sibuk nak balik.
Restoran Original Chicken Chop ini rasanya sebelum ini kami dah pi dua kali. Tapi masa tu tak berapa cantik, mungkin dalam proses ubahsuai. Kali ni pi memang cantik dikelilingi pokok macam dalam taman.
Oleh kerana isteri aku belanja, apa lagi belasah la. Aku order lamb chop, isteri aku order chicken chop, anak-anak aku order chicken chop juga dan sepinggan chicken nugget.
Lamb chop yang di order aku rasa kurang panas, kalau panas berasap lagi best.

Chicken Nugget tak macam yang kita beli kat pasaraya, ada bentuk hati, drum stick dan sebagainya. Yang ini rasa aku tak ada bentuk, mungkin buatan sendiri. Tapi bagi aku tepung dia tebal, jadi rasanya kurang sikit bagi aku.
Restoran ini menyediakan masakan western disamping tu ada juga lain-lain makanan seperti nasi goreng. Restoran ini berdekatan dengan aidy's cafe yang pernah aku pi dulu, tapi ia terletak di blok perniagaan Telok Air Tawar Indah. Betul-betul bersebelahan dengan simpang masuk dari Jalan Telok Air Tawar ke Lorong Telok Air Tawar. Kalau datang malam memang jelas kelihatan sebab diterangi lampu lip-lap dan sign cahaya dari lampu neon. 
Klik untuk paparan lebih besar

Selamat Hari Jadi XX

Selamat hari jadi untuk akuuuu. TQ kepada isteri aku hadiah kek cheese. Kek beli ja....tokey kek dah sarat, tak dapat buat sendiri.



Hadiah dari anak-anak

Malam nie anak perempuan aku, Siti Sarah bagi kat aku sekeping kad hari jadi yang dia buat sendiri. Dua ke tiga hari dia buat kad tu secara sembunyi-sembunyi untuk bagi kat aku. Ketika bagi aku baca la kad tu. Anak lelaki aku Muhammad Ammar sedih sebab nama dia tak ada dalam kad tu. Lalu kakaknya pun tulis nama mereka berdua pada kad tu dibaris terakhir. Duduk tak berapa lama selepas kakaknya bagi kad kat aku, tak disangka-sangka Muhammad Ammar telah mengambil duit seringgit dari tabungnya dan diberi kat aku sebagai hadiah hari jadi.