Kashmir Tomyam Cafe dan Azraai Tomyam disebelah. |
Tempayan roti nan. |
Parking kereta di hadapan kedai dan kami duduk di hadapan Azraai Tomyam. Lalu datang tokey kedai tomyam, kami buatlah pesanan dari kedai dia dan juga kedai sebelah. Tapi tokey kedai tu cakap, makanan dari kedai sebelah mereka tak hantar ke sini. Dia nasihat kalau nak makan menu kedai sebelah, kena duduk di meja mereka. Nanti dia akan hantar makanan yang di pesan kesebelah.
Ingatkan boleh duduk sesuka hati dimana-mana. Rupanya kedai ini ada tak sama bulu. OKlah jadi kami pun pindah meja ke hadapan kedai sebelah. Biarlah dengan krisis yang mereka hadapi. Ini yang kami oder dari kedua-dua kedai.
Roti Nan bersama Ayam Tandoori. Roti yang lembut dan ayam pula terasa rempahnya. |
Nan Chese Leleh. Dia punya Cheese memang banyak, tak tahulah berapa keping cheese yang dia letak. |
Beriyani Ayam. Bagi citarasa aku beriyani disini tak berapa menjadi sangat. |
Beriyani Kambing. |
Roti Canai dari Azraai Tomyam. Roti tak berminyak dan kuah dal yang sedap. Gambar bihun sup tak diletakkan sebab dah di buang sayur oleh anak aku. |
Kekurangan sikit disini ialah tempat parking sebab amat terhad dihadapan kedai. Kepada yang nak datang ke Kashmir Tomyam Cafe dan Azraai Tomyam, gerai ini terletak dipersimpangan Jalan Alor Semadom dan Jalan Tun Razak atau lebih senang gerai ini terletak bersebelahan Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Setar atau Surau Kampung Alor Semadom.
GPS:
6°08'21.1"N 100°22'37.0"E
6.139209, 100.376958
Kashmir Tomyam:
Dibuka setiap hari dari tengahari hingga malam. Menyediakan roti nan, beriyani, capati dari tengahari hingga malam manakala nasi campur untuk makan tengahari sahaja.
Telefon:
019-457 7885
Lokasi dari Google Map:
No comments:
Post a Comment