Restoran Mashitah Tomyam. Sign board tak ada lagi |
Kat bawah aku letakkan menu yang ada disini. Disini boleh ala cart dan juga disediakan hidangan set. Bagi pendapat aku disini kalau oder set lagi jimat dan berbaloi. Layan menu kat bawah
Menu set pun berbaloi. |
Siakap Stim Limau |
Daging masak merah |
Kailan ikan masin dan telur dadar. |
Menu diatas merupakan set RM 47.00 cuma kangkong belacan ditukar ke kailan ikan masin dan aku lupa ambil gambar tomyam campur.
Sup tulang antara menu yang sedap. Yang ini memang terbaik. |
Lala masak pedas. |
Telur bistik. Disini telur goreng di letakkan sos bistik. |
Kerabu mempelam. |
Keseluruhan makan disini memang sedap dan berbaloi, boleh datang berkali-kalai lagi. Layanan yang ramah dan juga ruang makan dijaga dengan bersih. Makan pun sampai cepat.
Cuma aku tak berapa berkenan dengan tempat basuh tangan, tak mesra kanak-kanak sebab dibawah tempat basuh tangan ada longkang tiada penutup. Takut-takut kanak-kanak terjatuh kedalam longkang.
Kepada yang nak datang ke Restoran ini, dibawah aku letakkan maklumat.
Restoran Mashitah Tomyam
No 6 Jalan Serdang 1
Pusat Perniagaan Serdang
Kepala Batas
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 malam.
No Telefon: 017-2747388, 012-4328918
GPS:
5.505349, 100.436207
5°30'19.3"N 100°26'10.3"E
Lokasi dari Google Map.
No comments:
Post a Comment