Konvokesyen Baitul Ummi 2016

26hb November 2016 hari Sabtu hari bersejarah buat Ahmad Firas kerana beliau akan graduate. Cheewahhh macam grad dari uiversiti pula. Hari ini dia akan naik pentas sebab dah tamat belajar di Tadika Baitul Ummi.
DSC_0066
Pentas yang cantik tunggu untuk di meriahkan dengan keletah anak-anak.
Majlis Konvolesyen dan Hari Anugerah Baitul Ummi 2016 diadakan di hadapan Madrasah Al Aminiah cawangan Bertam. Seawal jam 8.30pagi kami dah berada di bawah khemah yang disediakan. Kami antara yang terawal. Sungguh bersemangat.

Diluar khemah ada di buat pameran oleh pihak Bomba dan juga khemah jualan. Kalau lapar bolehlah membeli belah disitu sambil lihat-lihat pameran kereta bomba dapatlah penerangan dari Abang Bomba I Love You. Pameran-pameran lain seperti dari Kelinik Kesihatan dan juga Team Motor Besar.
DSC_0083
Abang Bomban I Love You
DSC_0085
Gerai-gerai jualan utuk yang masih belum  bersarapan.

Kepada yang nak khusyuk mengikuti program konvokesyen seperti dalam universiti, senyap jerrr, MC ada buat pengumuman dua tiga kali kepada ibubapa yang membawa anak kecil. Mereka boleh meninggalkan anak-anak di sebuah rumah transit sementara majlis berjalan. Tapi kalau tak ada anak-anak majlis tak meriah. Bebudak nie kadang-kadang menambahkan kemeriahan majlis.

Dalam 9.30 pagi acara pun bermula. Dimulai dengan Nyanyian lagu NegaraKu dan Negeri Kita. Selepas nyanyian lagu, acara diteruskan dengan bacaan doa dan bacaan ayat Al-Quran dari adik di Maahad Madinatul Ilmi.
DSC_0412
Selesai bacaan Quran, Pengarah Baitul Ummi Ustaz Mohd Fazrol Hakimi memulakan ucapan. Antara yang diucapkan ialah hajatnya untuk membina taman ilmu di kawasan Bertam iaitu di sekitar Madrasah Al Aminiah. Beliau ingin mambeli rumah-rumah kedai disitu untuk mejadikannya sebagai One Stop Islamic Center.
DSC_0414
Ucapan pembukana oleh Ustaz Fazrol hakimi.
Yang masuk kehati ialah ingin menjadikan pelajar-pelajar bukan sebagai Huffaz yang meghafal Al-Quran sahaja tetapi sebagai Mahfuz iaitu orang yang yakin dan menyerah segala-galanmya kepada Allah.

Selasai pengetua memberi ucapan, SS Dato Dr Wan Salim Mufti Pulau Pinang merasmikan majlis ini.
DSC_0426
Perasmian program oleh SS Dato Dr Wan Salim Mufti Pulau Pinang.
Semasa SS Dato Mufti memberi ucapan, pelajar yang akan meneriam sijil tamat dan juga yang akan membuat persembahan dah bersiap di belakang pentas.
DSC_0422
Ahmad Firas dan geng bersiap sedia untuk naik pentas. Siap berjubah konvokesyen.
Selesai ucapan SS Dato Mufti. Acara pertama ialah persembahan. Layan gambar di bawah.
DSC_0427
DSC_0436

Selesai persembahan, acara penyampaian sijil konvokesyen kepada yang dah tamat pengajian. Penyemapaian Sijil Konvokesyen untuk pelajar 6 tahun. Ahmad Firas dan rakan-rakan beliau naik pentas menerim sijil dari SS Dato Mufti.
DSC_0447
Ahmad Firas menerima sijil konvo dari SS Dato Dr Wan Salim.

Selesai penyampaian sijil tamat untuk tahun 6, acara persembahan di teruskan lagi. Acara untuk majlis ini diselang seli antara persembahan dan juga penyampaian sijil.
DSC_0452
Jenuh cikgu mengawal.
DSC_0453
DSC_0455

Anak aku seorang lagi, Nur Fatini juga naik pentas untuk pelajar tamat 5 tahun.
DSC_0459
Nur Fatini menerima sijil tamat 5 tahun dari Abang Moto Besar. Cam manalah dia tengok gambar ni ketika besar nanti dengan seluar singkat.

DSC_0461
IMG20161126114757
Ahmad Firas bersiap sedia utnuk persembahan nasyid. Seronok sungguh dia dengan kawan-kawan.
DSC_0463
Nur Fatini dan geng buat persembahan Bahasa Mandarin. Cikgu Bahasa Mandarin, Lok Sir.
DSC_0478
Bersemangat sungguh Ahmad Firas dok bernasyid. Persembahan Tahun 6, Kisah Nabi Yunus.


DSC_0501
DSC_0510
Persembahan Tahun Lima, The Very Hungry Caterpillar. Nur Fatini buat persembahan. Perkataan yang kami konpius kat rumah apa yang di ulang-ulang di rumah "But it still hungry"  kai konpiun "but" atau "bat".


IMG20161126112826
Nur Fatini bersama sijil konvo tahun 5.
DSC_0493
Ahmad Firas bersama sijil konvo.


Acara terakhir ialah penyuempaian cendera hati kepada staf Baitu Ummi disudahi dengan jamuan makan nasi. Alhamdulillah ilmu dapat kenyang pun dapat.
DSC_0543
Bersama cikgu-cikgu.
Cikgu Baitul Ummi 2016

Akhir sekali terima kasih kepada cikgu-cikgu dan juga staf Tadika Tahfiz Baitul Ummi yang telah mendidik anak-anak kami. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa cikgu-cikgu semua.


No comments:

Post a Comment