Majlis Ihtifal KAFA Bertam Perdana 2016

tok tok tap tap tap... dok ketuk meja, dinding dan apa saja yang boleh ketuk sampai sakit telinga. Dua tiga hari ini asyik ketuk saja. Bila ditanya katanya dia akan buat persembahan di KAFA untuk penyampaiana hadiah. Katanya dia juga akan naik pentas. Nak kata nombor 1,2 atau 3 dia tak dapat pun. Entahlah.

Dapat surat jemputan, pada pagi 30hb Julai 2016 akan diadakan Hari Ihtifal KAFA cawangan Bertam Perdana. Oklah kena datang sebab Ammar buat persembahan. Cikgu juga minta peserta yang buat persembahan pakai jubah putih. Selak dalam almari tak ada jubah putih. Tak kan nak beli. Isteri aku tanya kawan-kawan dia dan dapatlah sehelai pinjam. Sendat jugalah maklum terlebih saiz, pakai jugalah.

Awal pagi aku hantar dia ke KAFA dulu, mungkin dia nak buat persiapan. Kami datang kemudian.

Aku datang dengan Firas dan Fatini dulu. Isteri akan sampai kemudian. Semasa kami sampai hampir jam 9 pagi. Ibu bapa dah ramai ada dalam dewan. Kami dapat duduk dibelakang dewan saja. OKlah dengan dua bebudak kecik senang nak keluar masuk.

Dapat buku aturcara. Lihat nama Ammar tak ada pun untuk tahun 5. Macam mana dia boleh kata dia dapat hadiah? OKlah layan persembahan dia pun jadilah. Layan gambar acara yang berlangsung. 
Ibu bapa memenuhi dewan KAFA.

Bacaan Al Quran

Ucapan Pengerusi KAFA Bertamn Perdana, En Mohamad Hisyam
Perasmian oleh Penyelia KAFA Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Ustaz Jafri.
Selesai sahaja ucapan perasmian oleh Ustaz. Acara pertama ialah Qasidah oleh pelajar Tahun 5. Muhammad Ammar berqasidahlah. Gendang yang diketuk kawannya tu lah yang dia dok gila ketuk kat rumah. Selepas Qasidah disusuli dengan Kalam Jamaie oleh pelajar Tahun 1.

Muhammad Ammar & The Geng ber Qasidah.
Kalam Jamaie.
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah menunjukkan pencapaiana terbaik untuk tahun 2016. Disamping untuk tempat 1,2 dan 3 untuk setiap kelas dan hadiah untuk Sahsiah Terbaik.

Habis sahaja persembahan Ammar tadi. Aku pergi jumpa dia. Dah habis persembahan boleh balik la. Nama dia pun tak ada dalam buku aturcara penerima hadiah. Dia kata dia akan naik pentas. Macam biasalah dah nak merajuk. Tak apalah kami tunggu sampai habis program.

Sampai saja ke tahun lima selepas beberapa pelajar terima hadiah tetiba nama Ammar dipanggil. Masa tu aku ada di luar dewan. Kalut masuk. Dapatlah ambil sekeping gambar dia. Baru tahu dia dapat hadiah untuk Sahsiah Terbaik.
Harap Sahsiah terbaik bukan di KAFA saja tapi mesti di setiap masa.

Acara pentutup oleh pelajar Tahun 2 dengan tajuk Doa Pilihan dan diikuti oleh persembahan Qasidah oleh pelajar Tahun 3.

OKlah sampai disini dulu. Sebelum balik dapat bekal nasi seorang satu pek. Alhamdulillah ada makanan.
Ahmad Firas nak rasa air oran cikgu buat sebelum balik.

Disini kami ingin mengucapkan ruibuan terima kasih kepada guru-guru dan pihak pengurusan KAFA Bertam Perdana yang telah mengajar agama dan juga menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak kami. Moga dengan ilmu yang diperolehi menjadi anak-anak yang soleh.

Roti Bakaq Teloq Meleleh Kepala Batas

Nak sarapan apa di Kepala Batas? Kepada yang dah meluat pagi-pagi makan roti canai kedai mamak di Kepala Batas. Asal pagi saja makan roti canai... asal makan roti canai saja dari pagi sampai malam. Maka ada satu pilihan gerai yang menarik dan sedap untuk bersarapan di Kepala Batas.
Roti Bakaq Teloq Meleleh Kepala Batas.

Kali ini kita perkena Roti Bakar pula di Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh. Biasalah orang utara dia punya "Q" lebih sedikit.

Gerai ini hanya menyediakan berbagai set roti bakar. Roti bakar ini di kahwinkan dengan beberapa bahan seperti telur, cheese, papperoni, sosej, kacang merah dan hirisan daging dan disiram dengan sos lada hitam dan madu dan sebagainya. Pilih saja dari menu yang diberi.
Menu Roti Bakaq Teloq Meleleh.
Tanda saja yang mana berkenan dan beri kepada mereka.

Dibawah antara roti bakar yang pernah kami makan untuk beberapa kali datang ~ koleksi yang sempat diambil gambar. Nama roti bakar ini aku dah lupa, kadang-kadang nampak sama tetapi isi berlainan.



Kepada yang tak boleh makan roti bakar, ada juga diletakkan atas meja nasi lemak bungkus. Nasi lemak berlauk bilis dan telur saja. Nasi lemak ini memang sedap, terasa seperti orang dulu-dulu masak. Aku kalau sampai ke sini mesti sambar sebungkus dua. Tapi jangan harap sangat sebab unit terhad. Siapa cepat dia dapat.
Nasi lemak mabeles. Unit terhad. Yang ni aku suka, terasa macam dulu-dulu punya nasi lemak cuma tak ada timun.

Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh ini rasanya berbentuk franchise sebab kami pernah melihat gerai lain yang nama dan konsep yang sama. Gerai ini boleh kata sentiasa penuh dengan pengunjung terutama waktu pagi sehingga kadang-kadang kena tunggu orang bangun dulu baru dapat duduk.


Bagi aku roti bakar disini memang sedap. Roti benggali yang tebal dibakar dengan mentega, garing diluar dan lembut didalam ditambah dengan bahan-bahan lain memang terangkatlah. Boleh datang selalu.
The making of roti bakar.
Nak sampai ke sini mudah sahaja sebab sebab gerai ini terletak bersebelahan Telekom Kepala Batas. Kawasan parking pun luas dan mudah sebab kawasan ini gerai ini sahaja yang ada. Sedikit maklumat dibawah.

Roti Bakaq Teloq Meleleh
Jln Tun Hamdan Sheikh Tahir
(Bersebelahan Telekom Kepala Batas atau seberang jalan bertentangan dengan Shell)

No Telefon: 013-2003377, 013-2007733

Dibuka hari Selasa hingga Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.
Tutup hari Isnin.

GPS:
5.516712, 100.431682
5°31'00.2"N 100°25'54.1"E

Lokasi dari Google Map:



Hari Sukan KAFA Bertam Perdana

Update cerita lama. Hari sukan yang dianjurkan oleh Kelas KAFA Bertam Perdana pada hari Sabtu 9hb April 2016. Anak aku Muhammad Ammar belajar disitu waktu petang. Rasanya tahun lepas kalau tak silap tak dibuat Hari Sukan. Hari Sukan ini diadakan di Padang Permainan Bentara. Dibelakang bangunan kelas KAFA mereka atau Surau Al Muhtadin sahaja.

Hari sukan ini lebih kepada acara sukaneka sahaja. Tak adalah lari 100x100 atau lontar peluru. Walau sukaneka tapi meriah. Layan gambar aktiviti yang dijalankan.
Isi air dalam botol guna span.

Tak pecah lagi?. Adik perempuan sebelah kiri dah tutup telinga.
Demo ambil gelang getah dengan straw. Khusyuk.

Pelajar pula buat. Bersungguh.
Ammar masuk lari dengan kaki kena ikat. 

Pulun sampai jatuh. Janji seronok.
Pertandingan makan pisang. Ammar masuk tapi kalah. Dia makan skima sangat sebab tu lambat hahahaa.

Kerusi beracun untuk ibu-ibu.

Penyampaian hadiah. Macam-macam bekas plastik ada.

Boleh kata setiap yang masuk acara akan pulang dengan hadiah.

Itulah sedikit sebanyak acara dalam Sukan KAFA cawangan Bertam Perdana. Memang meriah dan hadiah pun banyak. Boleh kata semua pelajar dapat hadiah. Terima kasih kepada guru-guru dan pihak pengurusan KAFA yang telah menganjurkan HAri Sukan yang meriah ini.


Western Hot Bytes Bertam

KEMAS KINI: 26/3/2019
Warung ini telah tutup
Harap maklum

****9/8/2016****
Makan-makan lagi di Bertam Perdana. Sebuah gerai kecil berada di hujung jalan bersebelahan Kedai Motor Chin Chuan Motor. Gerai ini walau pun kecil tetapi pengunjung boleh tahan ramai. Ada beberapa kali datang tapi tengok dari tepi sahaja sebab meja penuh.
P_20151215_215958
Hidangan yang disediakan semuanya masakan barat, western. Jangan minta tom yam, nasi goreng patprik bagai, memang tak ada. Berbagai pilihan masakan western seperti Chicken Chop, Lamb, Beef Steak, Burger dan Hot Dog. Yang menariknya kepada yang terlampau lapar atau nak rasa saiz besar disediakan King Size XXL. Layan menu dulu.
P_20151215_213513
Menu Western Hot Bytes Bertam.
Ini dia yang kami pernah makan disini. Boleh kata semua makanan disini sedap dan berpatutan dengan harga. Chicken chop termurah boleh didapati disini dengan harga RM5.00.
P_20151215_214745
Beef + egg burger. Burger ini sedap tapi daging burger yang digunakan tak berapa kena dengan selera aku (daging warna merah yang selalu diguna untuk kebab). Kalau boleh guna daging asli lagi sedap.
IMG20160101205526-1
Special Chicken Chop. Dua ketul ayam + telur+ cheese + coslow + french fries. Ayam garing diluar dan dalam lembut, dagingnya pun tebal. Terbaik.
IMG20160101205433-1
Chicken Chop + spaghetti. Ayam (kecil) + spaghetti + coslow + french fries.
IMG20160101205448-1
Chicken Chop termurah RM5.00. Ayam 2 ketul (kecil) + coslow + french fries.
Kekurangan sedikit makan disini ialah minuman panas tidak disediakan. Tetapi berbagai jenis minuman sejuk disediakan seperti Milo, teh, Nescafe, F&N, Coke, Sarsi dan lain-lain.

Tempat makan di buat terbuka di hadapan gerai. Memang seronok makan tempat terbuka nie. Bolehlah makan santai-santai bersaksikan bulan bintang. Jika hujan boleh pindah ke kaki lima kedai motor sebelah.
IMG20160101205554-1

Kepada yang nak merasai masakan western disini bolehlah datang. Gerai ini dibuka malam sahaja. Gerai ini di hujung jalan bersebelahan Chin Chuan Motor. Telefon 019-4734000.


GPS:
5.517903, 100.451729
5°31'04.5"N 100°27'06.2"E



Labu Sayong dan Medan Laksa & Cendol

Hampir tengahari kami check out dari Syamille Agrofarm & Resort. Hari terakhir di Perak. Takkan nak balik terus ke Penang. Jadi Sekali lagi kami ke tempat pembuatan Labu Sayong. Kami ketempat yang sama kami datang semalam. Alhamdulillah kali ini dibuka bukan setakat bahagian jualan tetapi juga bahagian bengkel pembuatan. Layan bengkel ini.
Bengkel dan Pusat Jualan Labu Sayong Mehans Entrprise.
Demo membuat labu sayong

Tabah yang dibancuh.

Acuan-acuan membuat labu.

Kakak ini ramah melayan soalan kami. Di ceritakan pembuatan labu sayong dari mula sampai habis. Menurutnya, mereka hanya membuat labu sayong yang warna putih sahaja. Labu yang siap akan dibakar dalam oven dengan suhu tertentu. Untuk mendapatkan labu berwarna hitam mereka menghantar ke tempat lain untuk dibakar dengan sekam padi. Mereka tidak buat labu sayong warna hitam disini sebab pencemaran debu dari bakaran sekam padi menganggu penduduk setempat.
Labu sayong yang telah siap.

Rasanya banyak lagi bengel pebuatan Labu Sayong di Kuala Kangsar ini. Tapi yang ini sahaja aku jumpa. Bengkel ini bukan sekadar membuat labu sayong untuk jualan biasa sahaja tetapi juga menerima tempahan untuk majlis-majlis.

Mehans Enterprise
No 98 Sayong Lembah,
Kuala Kangsar, Perak

Telefon: 017-549 9942, 018-5718843

GPS:
4.771635, 100.948008
4°46'17.9"N 100°56'52.8"E


Dah berpuas hati dapat lihat cara buat labu sayong kami ke Jalan Laksamana sekali lagi ~ Dataran Sungai Perak. Nama pun Jalan Laksamana.. Laksa kat mana? Kali ini ke Medan Cendol Dan Laksa Kuala Kangsar untuk makan pertang.
Medan Cendol dan Laksa Kuala Kangsar.

Masuk ke dalam medan selera ini ternampaklah berderet peniaga yang menjual kebanyakannya cendol dan laksa dan ada sedikit-sedikit menu lain. Pengunjung pun ramai juga. Mungkin semua memang hantu laksa dengan cendol kot.

Tak tau mana nak duduk. Boleh kata pengunjung setiap lokasi lebih kurang sama sahaja. Hantam sajalah labu. Apa lagi pesan cendol dan laksalah. Ini dia dah sampai.
Cendol biasa. Cara jualan cendol disini berbeza sedikit. Yang biasa aku makan, bila disebut cendol biasa maka bahan dalam cendol itu secara automatik akan ada cendol, kacang merah atau jagung. Tetapi disini bila disebut cendol biasa maka dalam cendol itu ada cendol sahaja. Kalau nak dimasukkan benda lain seperti jagung atau kacang perlu diberi tahu denga tambahan sedikit bayaran.

Laksa. Kuah ceroi saja tetapi sedap. Ceroi tu cair la.

Oklah makan disini bagi aku biasa-biasa saja. Mungkin bagi orang Perak dah sedap tapi bagi aku ada yang lebih sedap di Kepala Batas ~ mulut masing-masing.

GPS Medan Cendol dan Laksa:
4.772392, 100.944140
4°46'20.6"N 100°56'38.9"E

Selepas makan, pergi ke kedai kraftangan disebelah , beli tudung lauk (tudung saji) dan beberapa bends lain sebelum bertolak balik.

Alhamdulillah selesai suatu perjalanan merangkumi lawatan ke tempat yang pernah mewarnai sejarah tanah air, makan-makan, kraftangan dan menikmati keindahan alam. Mungkin apa yang dihargaai oleh kita sebagai orang dewasa masih tidak dapat dihayati oleh generai muda. Tapi peluang diberi untuk mereka melihat dan merasainya diharap meninggalkan sedikit kesan.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]

1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar