Selamat Datang Castrol dan selamat Tinggal P******s

Hari ini selamat tinggal Pxxxxxxs dan selamat datang Castrol.  Cisss berani berpaling tadah. Macam dah berpatah arang berkerat rotan pula. Ini bukan berpaling tadah tapi himpitan ekonomi semasa.

Dah berbelas tahun pakai kereta.  Asal servis tukar minyak pelincir atau minyak hitam mesti pilih Petronas.  Tapi kali ini Castrol ada tawaran menarik. Tawaran ini aku baru tahu dari mekanik tempat servis.
Tawaran untuk servis yang menggunakan minyak pelincir Castrol.

Tawaran memang menarik dan sukar untuk tak berpaling tadah.  Sini aku ceritakan tawarannya. Untuk minyak semi sintetik, jika dibuat 4 kali servis serta tukar minyak pelincir Castrol dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir semi sintetik percuma.

Untuk yang menggunakan minyak pelincir Castrol fully syntetic,  selepas dibuat 3 kali servis serta tukar minyak pelincir dalam 2 tahun kita boleh tebus sebotol minyak pelincir fully syntetic percuma.

Kalau kita guna minyak pelincir campur-campur macam dalca, sekejap gred tinggi sekejap tukar gred rendah, bila nak tebus dia akan bagi yang gred rendah. Takkan nak campur-campur kan.

Memandangkan kegunaan kereta boleh kata dua ke tiga kali setahun atau melebihi 5 kali dalam dua tahun maka tawaran ini amat berbaloi. Uihhh boleh tahan jimat, harga sebotol minyak yang semi sentetik pun dah cecah RM 120.00.

Kad Proof Of Purchase - POP.

Kalau nak dapat tawaran ini bukan setakat beli minyak pelincir Castrol di mana-mana.  Tawaran ini untuk servis yang dilakukan di pusat-pusat servis atau bengkel yang berdaftar dengan Castrol sahaja. Selepas servis minta kepada mereka kad bukti pembelian (proof of purcas- POP) dan juga ID pusat servis. Kemudian SMS ikut arahan seperti gambar di atas. Boleh sahaja minta pusat servis yang SMS. Cukup limit bolehlah tebus sebotol minyak pelincir.
Tawaran minyak pelincir Castrol percuma.

Ok lah harap tawaran in berterusan dan kalau boleh Petronas pun buat tawaran yang lebih menarik lagi. Boleh aku buat U turn.

Nasi Bamboo Sungai Klah

Cerita makan-makan yang tak dirancang. Dah terlanjur balik dari KL dan berkebetulan dah tengahari maka singgah dulu ke sebuah tempat makanayang agak femes. Isteri aku yang cari. Dari lebuhraya keluar melalui tol Sungkai.

Keluar lebuhraya belok ke kiri mengikut arahan WAZE sehingga masuk ke satu simpang kecil. Uihhh macam pelik saja. Nampak disitu signboard Felda Hotspring. Ikut jugalah selalunya tempat makan sedap boleh jadi tersorok sikit. Jauh juga masuk rasa macam tak yakin saja, jalan tu pun jarang-jarang sekali berselisih dengan kereta lain. Maka kami patah balik dan cari sekali lagi tetapi kali ini guna Google Map pula. Kali ini terus ka arah kanan lebuhraya.
Dari jauh nampak kereta dan motor bersusun.

Dalam suku kilometer dari simpang tol Sungkai dan selepas melintasi anak sungai baru ternampak sebuah kedai makan di kiri jalan, Nasi Bamboo Sungai Klah. Kelihatan kereta dan motor memang banyak di hadapan kedai, macam ada kenduri saja. Waze telah bagi ajaran silap tadi. Kami pun belok masuk mencuba nasib kalau-kalau ada kosong. Restoran ini terletak rendah sedikit dari aras jalan, kena turun gon lah.
Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah

Alhamdulillah dapat juga parking. Cepat-cepat masuk kedalam restoran nak booking tempat tempat lagi pun di luar panas terik. Restoran ini berkonsep terbuka dengan dipayungi bumbung. Dalam kedai meja bersusun bukan main banyak tapi dengan manusia yang ramai, meja terasa amat kurang. Kena cepat-cepat booking mana yang sempat. Cuaca panas diluar tak dapat dikurangkan dalam kedai dengan beberapa biji kipas yang dipasang. Ahmad Firas dan Nor Fatini dah mula meragam.
Pengunjung ramai macam kenduri.

Disini berkonsep layan diri, semua kena ambil sendiri. Selepas dapat tempat duduk, suruh anak-anak duduk disitu takut orang rembat pula. Kami pula pi pilih masakan apa yang nak disantap. Tempat pertama dituju ialah menu yang menjadi nama kedai ini, mestilah nasi buluh. Nasi buluh datang dengan nasi yang dibungkus dengan daun dan disumbat dalam buluh, ulam, telur masin, sambal dan kari dan serbuk apa entah aku pun tak tahu ~ serbuk ikan.
Disini berkonsep layan diri, beratur.

Set nasi buluh. Nasi dalam buluh, kuah kari, ulam, terlur masin, sambal.

Selain dari nasi buluh ada juga nasi bakar dan tapai pulut daun getah.

Makanan disini dibahagikan ke beberapa bahagian mengikut jenis. Setiap bahagian kena bayar asing-asing. Selepas ambil set nasi buluh, kami bayar dulu sebelum ke bahagian lain pula. Semuanya berkonsep layan diri.

Bahagian yang kedua ialah bahagian bakar, berbagai menu bakar seperti ikan talapia, siakap, baung, kerang bakar dan juga kambing bakar. Setiap hidangan di letak siap-siap didalam piring dengan harga tertentu. Pelanggan cuma sambar sepiring dan bayar sahaja.
Kambing bakar. Ada lemon lagi.


Setiap hidangan di letakkan dalam piring. Pelanggan cuma pilih saja piring mana yang berkenan.
Ikan kelah bakar. Nasib baik diletakkan tanda harga. Tersilap sambar kempis poket.

Bahagian yang ketiga kami sampai ialah lauk campur. Berbagai lauk pauk ala kampung di sediakan seperti masak lemak, sup kambing, kari, kerabu, ayam goreng, ikan masin, sambal dan ulam-ulaman. Tengok lauk pauk ini boleh rambang mata. Tak tau nak pilih yang mana.

Masakan ala kampung.

Berbagai menu masakan ala kampung. Tak tau mana nak pilih. Dari Sup kambing, masak lemak kambing salai hingga kerabu semua ada.

Yang terakhir sekali tentulah minuman. Alhamdulillah semua dah diambil dan terhidang. Jom makan. Ahmad Firas dan Nur Fatini masih lagi merengek kerana panas. Tak apalah makan dulu nanti masuk kereta kena ekon.

Ini dia set nasi buluh. Nasi, kuah kari, telur masin, ulam, sambal dan sambal ikan (kalau tak silap). Satu set harga RM2.50.
Nasi dibungkus dengan daun kalatia. Rasa nasi ini macam biasa saja. 


hidangan tengahari kami.Ayam bakar, iakan bakar, kambing bakar, kerabu, masak lemak kambing salai dan sambal kicap.

Saja nak tunjuk masak lemak kambing salai. Daging bukan main banyak. Rasa memang terbaik, kuah melekat dan daging pun banyak.

Bagi aku keseluruhan makan disini memang sedap dan ada rasa. Tak sia-sia tersesat. Boleh datang lagi. Tempat makan yang luas dan bersih tetapi kerana pengunjung yang ramai terasa meja yang disediakan seperti sedikit. Parking juga banyak di luar kedai tetapi seperti diatas juga oleh kerana pengunjung yang ramai kena berebut.

Selain dari masakan ala kampung disini juga terdapat booth yang menjual seperti air kelapa muda, coconut shake, madu, kerepek, kuih, cenderahati dan sebagainya (gambar tak ambil). Kepada yang hendak datang ke Nasi Bamboo Sungai Klah, ini sedikit maklumat.

Alamat:
Nasi Bamboo Sungai Klah
Lot 53 Tanjung Balai,
Jalan Slim River
Sungkai, Perak,

No Telefon:
0165269967, 0164508964.

Waktu operasi:
Dibuka pada setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang dan tutup hari Isnin.

GPS:
3.991616, 101.313116
3°59'29.8"N 101°18'47.2"E

Lokasi dari Google Map.






Kuliah Ilmu Disember 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan Disember 2016 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Cargas Cafe Bayan Lepas

Kali ini kalau nak makan kena cergas, sebab nak makan kat Cargas Cafe. Dah lama terbaca tentang cafe ini. Kali ini baru dapat terjah. Aku sampai tak sampai jam 12 tengahari lagi orang dah ramai. Memang betul kena cergas.
Cargas Cafe. Gambar dari Google Street View.
Bila aku sampai lihat orang sudah beratur panjang juga. Tapi tak gerak-gerak. Aku pun konpius kenapa barisan tak jalan. Nasi ada, lauk pun boleh kata banyak juga. Tanya brader yang beratur disitu, dia kata ayam goreng dah habis, mereka beratur untuk tunggu ayam goreng panas. Tuuuu dia penangan ayam goreng panas punya pasal sanggup tunggu.
Beratur menunggu ayam goreng panas.
Aku pertama kali datang pun tak boleh lepaskan peluang. Beratur sama menunggu ayam goreng panas. Apa yang istimewanya???

Pekarja dalam restoran ini muka seperti mamak tapi masakan yang dihidangkan campur antara masakan ala nasi kandar dan melayu. Masakan seperti kari, masak lemak, kicap, sambal, sayur dan ulam pun ada.
Aku nak ambil gambar pun sukar sebab orang bertolak-tolak. Ini saja yang aku dapat ambil.

Berbagai sayur-sayuran.
Untuk makluman kepada pengunjung yang baru seperti aku nie. Restoran ini layan diri. Kepada yang nak ambil lauk taruh atas nasi, sila ambil nasi di kaunter disebelah dulu. Mana tau penat-penat beratur dah sampai giliran tengok tak ada nasi, dah kena keluar barisan pergi ambil nasi disebelah.

Sementara menunggu ayam goreng siap, ada yang mencedok kuah dan sayur keatas nasi dulu. Ada yang dah tak larat tunggu pergi cedok lauk lain dan beredar, mungkin tak boleh tunggu lama disitu kot.

Semakin ramai yang bertanya dimana ayam goreng terhebat ini. Tokey kedai (tak pastilah tokey ka tak) beritahu dalam 10 minit lagi. Ada juga yang dah biasa di sini yang terus ke dapur mengambil ayam goreng. 

Puas beratur tiba-tiba ayam goreng pun tiba. Tuuu.. dia orang macam hilang akal sekejap. Dengan pantas berebut mengepit ayam satu persatu. Aku pun dengan pantas juga menyambar seketul. Sekejap sahaja ayam yang dibawa tadi hampir hilang dari pandangan. Baru kelihatan kegembiraan diwajah sang penunggu ayam. Selain dari ayam goreng menu yang menjadi tarikan ialah kari ikan, Kuah dia memang terbaik.
Ayam goreng panas yang menjadi buruan.
Lepas ambil apa yang patut memenuhkan pinggan, sila kekaunter untuk dikira. Masa tengahari ketika ramai orang keluar rehat, meja kosong yang sekosong-kosongnya untuk kau sorang memang sukar dapat. Jadi duduklah kat mana yang boleh. 
Suasana restoran yang selesa dan bersih.
Yang menarik nya Cargas ini dikunjugi oleh semua bangsa, ada Melayu (dah semestinya), India dan Cina dan dari berbagai status pekerjaan  dari petani sehingga pekerja kilang dan korporat. Semua pakat berebut sama sahaja. Cafe ini juga akan membungkus kepada yang oder dalam kuantiti yang banyak. 

Masakan disini memang banyak pilihan dan memang sedap. Kebersihan juga dijaga dengan baik dan pekerja yang ramah. Harga bagi aku masih murah dibanding dengan kenaika harga barang dan GST.
Ini yang aku ambil Ayam Goreng yang menjadi idaman, begedil, timun dan sambal. Ayam berempah  memang sedap dan boleh tahan besar, rapuh diluar dan lembut didalam. Harga sepinggan RM7.50.
 Sedikit kekurangan untuk datang ke Cargas Cafe ini ialah dari segi pakir kenderaan. Untuk motor tak ada masalah sebab di tepi kedai ada ruang untuk pakir. Untuk yang berkereta kena pandai-pandai cari, sebab pakir terhad. 

Cargas Cafe ini terletak di lot tepi deretan kedai-kedai lama di tepi jalan utama Bayan Lepas. Sedikit maklumat restoran seperti dibawah.

Alamat :
Cargas Cafe
978 Main Road
Bayan Lepas, Pulkau Pianang.

Telefon:
012-426 1169
013-408 5138

Waktu Operasi : 
8.30 pagi hingga 4 petang
Dibuka setiap hari dan tutup hari Jumaat.
Kepada yang nak datang tu jangan datang lewat sangat sebab makanan cepat habis.

GPS:
5.294700, 100.258409
5°17'40.9"N 100°15'30.3"E

Lokasi Cargas Cafe dalam Google Map:




Kuliah Ilmu November 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan November 2016 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Kuala Kedah With Love - 2

Sambung balik. OKlah selepas puas berjalan di Kota dan dah berpeluh hingga ke kaki, kami menjala ikan pula. Tempat yang menjual hasil laut yang segar dari ladang.

Pasar Nelayan Kg Seberang Kota

Tak jauh dari Kota Kuala Kedah (tak jauh pun tapi kena naik kenderaan lah). Kami sampai ke Pasar Nelayan Kg Seberang Kota.
Pasar Nelayan LKIM Kg Seberang Kota

Disini ada sebuah komplek LKIM. Dimana ada sebuah jeti untuk nelayan-nelayan menurunkah hasil laut. Dalam komplek ini juga terdapat ramai peniaga yang menjual hasil laut yang segar dari ladang.
Nelayan sedang membawa naik hasil laut.

Berbagai hasil laut yang segar dijual dari ikan, udang, ketam, sotong, siput dan sebgainya. Kalau di market biasa harga boleh kata mahal tapi disini harga memang murah dan dapat yang segar. Kepada yang hendak datang membeli hasil laut disini saya syorkan datang jangan awal pagi sebab para nelayan belum balik lagi. Seeloknya datang dalam jam 11 pagi ke atas.
Berbagai hasil laut segar dan murah.

Selain hasil laut berbagai barangan keperluan dijual di luar komplek.

Diluar komplek LKIM ada sederet peniaga yang menjual hasil-hasil lain seperti rempah, sayur, ulam, buah-buahan dan sebagainya. Parking tak ada masalah sebab berhampiran komplek ada disediakan tapak parking yang luas atau boleh saja parking di tepi jalan, tapi tak digalakkan sebab jalan agak sempit.

GPS ke Pasar Nelayan LKIM Seberang Kota:
6.110765, 100.287742
6°06'38.8"N 100°17'15.9"E


Pasar Nelayan Kubang Rotan

Selesai membeli disini kami pergi pula ke sebuah lagi komplek menurunkan ikan LKIM. Kali ini di Pasar Nelayan Kg Kubang Rotan. Disini juga tempat nelayan menurunkan hasil laut. Jadi bolehlah dapatkan segala hasil laut yang segar dan murah disini. Disini juga kalau nak dapatkan hasil laut yang segar seeloknya datang dalam jam 11 pagi.

Pasar Nelayan LKIM Kubang Rotan

Hasil laut yang segar dan murah.

Berbagai sayuran dan rempah ratus dijual disini.

Berbanding dengan Pasar Nelayan Kg Seberang Kota, disini lebih menarik sebab disamping hasil laut terdapat banyak gerai jualan sayur-sayuran, rempah, jeruk maman pun ada. Gerai menjual ayam dan daging pun ada. Tapi harga aku tak pasti yang mana lebih murah.

GPS ke Pasar Nelayan LKIM Seberang Rotan:
6.123114, 100.293440
6°07'23.2"N 100°17'36.4"E

OKlah setakat itu dulu jalan-jalan Kuala Kedah.

Kuala Kedah With Love - 1

Kali ini jom kita terjah Kuala Kedah pula. Apa yang menarik di Kuala Kedah ni? Ada dua yang menarik disini. Satu tentang sejarahnya dan kedua tentang hasil lautnya.

Kota Kuala Kedah

Masa balik kampung berkesempatan melawat kedua-duanya. Ketika ini Ahmad Firas baru seminggu bersunat. Boleh lah jalan-jalan berkain pelikat (Boleh nyanyi lagu Kain Pelikat la la la la Anuar Zain dengan Ellina). Oklah kita mula satu-satu. Hari masih pagi, kami terjah dulu ke Kota Kuala Kedah. Dah lama dok Kedah inilah rasanya aku sampai kesini. Sesampai saja disini, mudah sahaja masuk. Tak jumpa seorang pun hulubalang atau soldadu penjaga kota. Kami masuk sajalah.
Ahmad Firas masih berkain pelikat, baru bersunat.

Masuk ke dalam kota ini tidak dikenakan apa-apa ufti, percuma. Ketika ini, rasanya kami sajalah pelawat yang ada. Jadi jalan sajalah ke dalam kota. Masuk tempat sejarah kena ceritalah sikit sejarah Kota ini.

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar.
Tembok yang mengelilingi Kota Kuala Kedah.

Pada mulanya semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602-1620) kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh  dengan mendapat bantuan dari pihak Portugis. Pada 1619 kota ini di musnahkan oleh Armada Aceh pada dan Portugis di usir. Kota ini dibaiki semula tetapi sekali lagi pada tahun 1770 kota ini di serang dan dimusnahkan oleh Armada Bugis.
Muzium Koata Kuala Kedah.

Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1970-1778), kota ini di bina semula. Baginda menitahkan Hafiz Sab, seorang ulama dari India yang dilantik menjadi Kadi Besar Kedah dengan gelaran Dato' Maharaja Kadhi melukis plan dan merekabentuk kota ini diatas tapak asal. Beliau bertanggungjawab membawa buruh-buruh dari India untuk membina Kota tersebut.
Rumah Api dibina didalam Kota pada tahun 1891 yang dikenali sebagai Rumah Pelita. Kos pembinaan di biayai oleh Kerajaan Thailand.

Pembinaan tembok kota ini menggunakan batu bata merah yang dibuat oleh tukang-tukang batu dari India. Batu bata merah ini merupakan adunan bahan-bahan tempatan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput, telur putih dan manisan lebah. Tanah pula dari Bandar Alor Setar dan ketika ini tempat membuat batu bata ini dikenali sebagai Bakar Bata.


Disampiung kota dibuat juga sebuah pintu gerbang bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini siap dibina pada tahun 1780 ketika pemerintahan Sultan Mukarram Shaha (1778-1797)

Kota ini dilengkapi dengan meriam katak dan meriam badak berendam yang dibeli dari Belanda dan British. Didalamnya juga disirikan sebuah Istana.
Tak banyak artifek yang di pamerkan.

Disamping dijadikan kota ini sebagai pusat pertahanan , kota ini juga dijadikan npusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845). Semasa pemerintahan baginda kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada tahun 1821.
Didalam muzium ini di letakkan pengkisahan sejarah Kota Kuala Muda. Kena rajin baca baru tahu.

Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api.

Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Menurut penduduk tempatan, dahulu terdapat sebuah sekolah yang dijadikan tempat pelajar menimba ilmu dan pejabat guru besar didalam kota ini. Tetapi sekolah itu telah di pindahkan ke Kampung Seberang Kota. Muzium yang dapat dilihat ketika ini merupakan Pejabat Guru Besar (dibina semula mengikut bentuk asal).
Bersama abang yang menjaga Muzium. Sungguh ramah.

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah". Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Kepada yang berminat nak melihat tinggalan keagunang Negeri Kedah bolehlah melawat kesini.

Alamat:
Muzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota
06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman

Telefon: 04-741 2152

Waktu melawat:
Setiap hari, Isnin - Ahad 9 pagi - 6 petang

Bayaran Masuk: Percuma

GPS:
6.108508, 100.286448
6°06'30.6"N 100°17'11.2"E

Ada beberapa link yang menceritakan Koat Kuala Kedah ini:

1- http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kota-kuala-kedah
2- http://war-story.blogspot.my/2009/12/kota-kuala-kedah.html
3- http://catatanberkat.blogspot.my/2013/12/sejarah-kota-kuala-kedah-kuala-kedah.html
4- http://www.sinarharian.com.my/rencana/kota-kuala-kedah-benteng-pertahanan-1.69760
5- http://www.jurnalmalaysia.com/?p=3785