Wednesday, September 23, 2015

Nasi Kandar Kg. Malayu Air Itam

Kalau tanya orang Penang kat mana nasi kandar yang sedap pasti akan tersenarai dalam carta Nasi Kandar Kampung Melayu yang terletak di Air Itam.

Aku pertama kali sampai ke sini. Orang kata Nasi Kandar nie di buka awal pagi dan tak sampai tengahari dah habis. Aku cari nasi kandar nie dah hampir tengahari. Harap-harap tak tutup lagi. Kalau tutup pun aku dah tahu lokasinya, nanti kalau nak pi sana taklah kesesatan yang amat melampau.
Nasi Kandar Kg Melayu Air Itam.
Boleh tahan pening juga jalan nak masuk, tersesat dua tiga kali. Nasi Kandar nie terletak ditingkat bawah rumah flat, suatu kawasan yang sesak. Parking amat terhad jadi pandai-pandailah kona sana kona sini cari parking.

Alhamdulillah, dengan bersusah payah dan bersungguh sampai juga dan masih beroperasi walau dah hampir tengahari.
P_20150516_121935_HDR
Masa sampai orang dah tak ramai seperti yang di sebut-sebut, mungkin dah lewat. OKlah tak sesak sangat lagi bagus. Apa lagi pi beratur dulu.
P_20150516_120112_HDR
Lauk tak banyak pilihan tapi sesuai untuk penggemar nasi kandar tegar. Kari ikan dan ayam, sambal sotong, daging hitam dan lain-lain.
Masa aku sampai ada lebih kurang 10 orang yang beratur depan aku. Tapi beratur tak lama sebab ada dua ke tiga orang bertugas ambil lauk. Pilihan lauk tak berapa banyak sehingga berderet-deret dan kebanyakan kuahnya pekat-pekat, menepatilah sebagai nasi kandar.
P_20150516_120441_HDR
Apa yang aku makan memang sedap. Kuah terasa kelainan, tak seperti nasi kandar yang mempunyai rangkaian yang banyak tuuu. Selain dari nasi kandar, ada juga roti canai.

P_20150516_120409_HDR

Yang menarik selain dari kesedapan nasi kat sini ialah nasi kandar nie menjadi tumpuan berbagai kaum, melayu, india, cina semua ada. #sehatisejiwa dengan nasi kandar.

Nasi Kandar Kg Melayu dibuka  dari jam 6.30 pagi hingga tengahari (lauk habis) dan hari tutup tak ditetapkan. Alamat di:

Block A1-29-31, Kg Melayu,
Air Itam Pulau Pinang.

Telefon:  019-575 5877, 012-583 9771

GPS : 5°24'01.5"N 100°17'03.7"E
           5.400410, 100.284350





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...