Mak Cun - Full Drama

Mak Cun drama bersiri menceritakan usahawan yang cuba mengangkat produk kampung tapi jangan harap aku nak letak link download drama ni. Buat malu orang utara dan juga aku lah. Kenapalah drama nie menggunakan loghat orang utara? adakah orang utara perangai cam tu? entahlah. Tapi yang pastinya boleh menjatuhkan maruah orang utara.

OKlah, drama Mak Cun ni mempunyai jalan cerita yang bagus menceritakan jatuh bangun Mak Cun untuk menaik taraf produk tradisional kampung iaitu bedak sejuk keparingkat yang lebih tinggi. Digarapkan ide inovasi kepada produk yang biasa menjadi lebih bersesuaian dengan arus semasa.  

Untuk menambah cabaran dalam perniagaan diselitkan persaingan dikalangan masyarakat setempat. Diletakan watak Zennat Manisa yang memberi perkhidmatan suntikan kolagen sebagai pesain utama yang mempunyai sifat hasad dengki.

Untuk menyedapkan cerita di selit dengan watak Pak Akob yang di pegang Dato Rahim Razali dan juga anak Mak Cun iaitu Atol yang bercinta dengan anak Manissa.

Bagus cerita nie. Susah nak jumpa drama yang mengetengahkan usahawan yang bermula dari bawah. Mencari inovasi membangunkan produk. Drama yang banyak disogok sekarang asyik dengan drama usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan kereta mewah, rumah besar sehingga dari episod pertama hingga terakhir kita tak tahu pun apakah produk yang menjadi teras perniagaanya.

Tugas di pejabat cuma sain dokumen dan kilik kertas dan fail kehulu kehilir. Bila tugasan di luar dikatakan berjumpa client atau lawat tapak projek. Untuk menampakkan syarikat sah maju adalah dialog seperti ini.

"Tahun ini kita akan buka cawangan baru di Dubai dan UK"

Tak mainlah buka cawangan di Vietnam atau Thailand.

Yang pasti anak usahawan atau usahawan muda nie asyik dok  bercinta saja. Kat pejabat cerita cinta, suka hati saja keluar waktu kerja jumpa kekasih. Kat rumah cerita tu juga. Mak bapa tak tanya perkembangan perniagaan tapi bagaimana hubungan cinta.

Anak dara dan tetuna boleh keluar siang malam sesuka hati janji mak bapa suka ~ ini drama Melayu bukan drama Islam, mak bapa suka dah kira beradab. Mungkin ini yang berlaku dalam masyarakat sekeliling. Macam mana nak bagi tauladan kepada penonton.

Nak kembangkan perniagaan mudah saja, kahwinkan anak kontraktor nie dengan anak kontraktor tu. Macam mana melayu nak maju. Sel otak tak berhubung, pemikiran aras rendah.

Berbalik kepada kisah Mak Cun. Cerita menarik, jatuh bangun usahawan dan kecekalan seorang janda untuk membangunkan perniagaan dan cabaran-cabaran yang di hadapi terutama dari Manisah sebagai pesaing. Tapi apa yang lebih ditonjolkan ialah duda gatal yang ingin mengorat usahawan janda. Cerita laila majnun nie telah mendominasi hampir 50% jalan cerita. Lebih sudu dari kuah.

Siang malam cerita bagaimana Pak Akob cuba mendekati Mak Cun. Sehingga boleh berdua-duaan dalam rumah. Terlampau banyak adengan nie sehingga naik muak. Moral apa yang nak tunjukkan? Dua orang tua menunjukkan teladan.

Ada yang kata sekadar hiburan, bergelak ketawa dengan anak beranak. Tak terfikirkah moral yang ditunjukkan sedikit sebanyak boleh diserap oleh masyarakat.

Cerita-cerita lain seperti percintaan Atol dan lain-lain juga ditambah menjadikan perisa dalam drama ini.

Aku sangat mengharapkan drama melayu yang boleh mengangkat cerita-cerita yang bermoral dan membuat sel-sel otak berhubung. Nak tambah perisa boleh tapi jangan sehingga perisa menjadi hidangan utama.

Biar drama-drama ini menjadi wadah  atau agen-agen perubahan dalam pemikiran masyarakat. Bukannya menjadi pak turut saja. Kalau boleh menjadi contoh dan motivasi kepada penonton. Menjadi pendorong untuk melahirkan usahawa berjaya dan mendidik akhlak mulia.


1 comment: