Thailand : Krabi - Island Hopping

Hari ke dua di Krabi. Hari nie serupa orang putih kata main course atau orang melayu kata kepala hidang. Benda utama kalau sampai Krabi nie mesti lakukan. Apa lagi kalau tak melompat pulau-pulau yang ada kat sini ~ island hopping la tuuu.

Pagi nie aktiviti island hopping pulau-pulau sekitar Au Nang. 8 pagi pakat-pakat gegas naik bas. Kami dibawa ke pantai Noraparathara dulu. Tempat nie bolehlah nak tengok pantai Ao Nang sambil beli cenderahati. Tour guide nasihat untuk island hopping kena pakai topi sebab cuaca yang panas maklumlah takut hitam, sun burn ~ aku burn ngan tak burn sama ja dan dia kata kalau boleh bawa juga beg kalis air untuk isi barang-barang seperti kamera. Topi kat sini murah dari kat Ao Nang.
Topi kat sini murah dari Ao Nang.
Bergaya dengan topi baru

Habis shopping serba sedikit kami nak bas semula untuk ke jeti. Kali nie tukar bas, naik bas lain pula. Naik bas tak dak tingkap, nie baru terasa macam dok Thailand. Bukan  jeti pun cuma pantai untuk mengambil penumpang ke pulau-pulau.
Naik bas nie baru terasa dok kat Thailand
Menaiki bot. Pantai kat sini pun dah menarik, macam mana pulak kat pulau-pulau tuu?

Perjalanan bermula dengan meniki bot. Ada empat lokasi persinggahan dalam pelayaran nie. Chicken Island, Tup Island, Poda Island, Phra Nang Cave di Raily Beach dan snorkeling. Dalam perjalanan ke pulau-pulau nie pun dah memang cantik pemandangannya ( serupa pulau-pulau yang selalu nampak ketika nak ke Langkawi ). Layan gambar kat bawah nie....



Lokasi pertama yang dikunjungi pantai Phra Nang. Pantai nie dikelilingi bukit batu kapur. Selain mandi manda boleh juga lakukan aktiviti panjat tebing curam. Dan ada satu lagi tarikan kat sini yang tak ada di tempat lain..... jeng... jeng... jeng...

Pantai Phra Nang

Wall Climbing

Nie dia yang orang dok pi sana tengok. Cari sendirilah maklumat benda-benda nie.


Tinggal dulu benda pelik-pelik kat pantai Phra Nang. Perjalanan diteruskan ke Pulau Poda. Dari jauh pun nampak memang putih bersih dan air jangan dok kata la, boleh nampak pasir kat bawah.
Poda Island


Kat pulau nie air memang jernih. Tour guide kata kat pulau nie pelawat boleh pusing-pusing kat pantai saja. Tak boleh masuk ke tengah atau darat pulau Poda nie, lagi pun kawasan tengah di pagar. Lupa pulak sebab apa, kalau tak silap jika melepasi pagar, akan dikenakan bayaran atau denda.
Air yang jernih terasa bot tu dok atas angin

Kat sini ada beberapa biji bot tradisional di hias boleh kata cantik juga. Bot nie diguna oleh nelayan atau pun sebagai prob nak bagi cantik pantai pulau nie, entahlah. Sebab bila cari kat internet gambar Poda Island nie mest gambar bot nie ada. Bolehlah  posing-posing berlatar belakang bot dan pulau macam gambar kat bawah tu.

 Walau telah dijanjikan untuk snorkeling tapi dah tak tahan tengok air, apa lagi dengan tindakan tanpa kawalan aku telah merendamkan diri aku dalam air. Puas hati aihhh.


Keluar dari air, dok sekejap saja dah kering sebab panas dan angin. Perjalanan diteruskan ke suatu kawasan yang aku tak pasti tempatnya. Kali ini kami diberi peluang untuk snorkeling. Apa lagi terjun lah.

Tapi tak menarik sikit sebab tak terfikir nak ambil roti dari hotel tadi. Kalau tidak boleh bagi ikan makan. Boleh berenang dengan ikan-ikan.
Snorkeling

Dekat 40 minit berendam dalam air, naik semula. Perjalanan diteruskan melintasi Chicken Island. Pulau yang ada bentuk kepala ayam. Pulau nie kami lintas saja sambil ambil gambar.
Chicken Island

Destinasi terakhir ialah ke Tup Island. Sampai Pulau Tup nie dah tengahari. Kerana seronok dok melompat pulau, lapar pun boleh terlupa. Tapi bila sampai saja ke sini dah disediakan makanan, baru perut berbunyi. Layan dulu perut.

 Makan secara bufet mungkin disediakan oleh chalet kat sini. Pakat-pakat cedok, walau lauk simple saja tapi dengan perut dah berbunyi semua kira sedap.
Menu biasa-biasa saja tapi terasa amat sedap.

Selesai makan, baru boleh lihat keindahan kat sini. Kat sini ada dua buah pulau yang dihubungkan oleh beting pasir. Ketika air surut beting pasir nie akan jelas kelihatan dan kita bolehlah  menyeberangi ke pulau sebelah sambil berendam-rendam dalam air.

Tup Island

Lebih kurang jam 2 petang kami sampai semula ke tanah besar. Memang terbaiklah island hopping nie. Balik rehat dulu.

Kat Ao Nang nie ada satu pasar malam yang boleh kata sertatu peratus peniaganya orang Islam. Nanti entry akan datang.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Thailand Disember 2013 ]

1- Thailand : Trang
2- Thailand : Krabi
3- Thailand : Krabi ~ Island Hopping
4- Thailand : Krabi ~ Pasar Malam Muslim
5- Thailand : Hat Yai


Thailand : Krabi

Selepas sarapan lebih kurang jam 8 pagi kami bertolak ke Krabi. Boleh tahan lama juga dok dalam bas. Setelah dua tiga kali bas berhenti untuk sembahyang dan isi minyak hampir jam 5 petang kami sampai ke wilayah Krabi.

 Benda yang wajib dibuat ketika sampai ke Krabi ialah ambil gambar dengan Mr Crab dulu. Ini gambar wajib, kalau tak dak mesti orang kata pi ke Mauruitus atau Maldives. Berhenti sekjap saja untuk bergambar dengan Mr Crab dan melihat keindahan muara sungai Krabi.
Bersama Mr Crab ~ terover la pulak. Gambar yang perlu ambil bila sampai ke Krabi

Naik bas semula perjalanan diteruskan ke Pekan Krabi untuk ke Pasar Malam Krabi saja. Dalam 5 minit sampailah ke pasar malam. Boleh tahan luas juga pasar malam nie. Pasar malam nie dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad. Layan saja gambar kat bawah nie.

rumpai laut.


Bunga sabun

Cantik dipandang tapi tak pasti sedap di mulut lagi.
Pisang bakar
Macam-macam di jual dari makanan, pakaian, kraftangan, hiasan, cenderahati sampai ke cangkul. Kat pasar malam nie ada juga beberapa gerai Muslim yang jual makanan, jadi insyallah halal.

Nasi beriyani.
The making of Pan Cake.
Pan cake, dibuat seperti roti canai. Dalam dimasukkan pisang. Selepas digoreng diletakkan susu pekat pula kat luar. Boleh kata sedap tapi tak boleh makan banyak-banyak sebab manis dan berminyak.

Entah apa kebenda tapi memang berwarna-warni.
Kebanyakan makanan kat sini di letakkan tanda nama dengan harga sekali dalam tulisan Thai dan ada yang mesra pelancong ditulis juga bahasa inggeris.





Kat pasar malam nie tak lama sebab mengejar masa. Naik semula bas ke Ao Nang untuk makan malam dan juga ke hotel. Destinasi dituju Restoran Hasna atau Hasna Palace sebab kat situ ada restoran dan juga hotel. Kami tak check in kat situ, cuma makan malam saja.
Restoran Hasna
Restoran Hasna nie kepunyaan Muslim jadi insyallah makanan kat sini halal.Sesampai kami, hidangn telah tersedia, tunggu di telan saja.
Menu makan malam kailan ikan masin, ikan 3 rasa atau masam manis, telur goreng, ayam rempah dan dalam mangkuk tu sayur keladi kalau tak silap. Tak berapa ingat, dah lama.
Pengunjung ke restoran nie boleh kata ramai dan boleh nampak ramai orang Malaysia yang tengah menyantap kat sini. Terasa macam dok kat Malaysia. Suasana dalam restoran nie memang selesa, bersih dan disertai dengan halal mungkin menjadi sebab destinasi makan yang sesuai untuk rakyat Malaysia.

Dua ekor kerang 250g.
Kat restoran nie disediakan makanan  laut seperti ikan-ikan segar, siput dan sebagainya yang boleh dipilih untuk dimasak atau dibakar.
Selesai makan, perjalanan diteruskan ke hotel kami ~ macam aku punya. Dekat saja, dalam 20 minit sampai ke Hotel Krabi Heritage. Untuk ke hotel nie bas kena lalu lorong kecil antara deretan kedai. Boleh tahan cantik juga hotel nie.

Gambar dalam Krabi Heritage Hotel ja buat masa nie sebab luar dah gelap, malam.
Selesai simpan barang, mandi-manda, mana boleh dok kat dalam bilik ja. Datang jauh-jauh kalau setakat nak dok dalam bilik layan aircond dengan TV baik dok rumah ja. Dekat jam 10 malam aku keluar semula, lihat sekitar Ao Nang.

Aktiviti malam sungguh meriah dengan pelancong dan kedai-kedai yang dibuka. Macam-macam kedai dibuka seperti makanan, kraftangan, pub, cendera hati, pakaian, urut, tattoo. Malam kat sini sungguh hidup seperti kat Batu Ferringhi jugalah. Waktu siang pelancong mungkin lebih kepada pantai dan pulau-pulau dan malam baru mereka berada kat darat nie sambil lepak-lepak.


Di kiri kanan jalan ada banyak restoran yang halal merujuk kepada logo kat papan tanda restoran. Kalau nak masuk tengok dulu kedadaan kedai untuk pastikan kesahihannya. Ada juga kat depan restoran ada gadis penyambut tetamu yang pakai baju serupa mak yong berkemban tapi bila kita lalu siap bagi salam lagi. Pilihlah yang mana sesuai.

Seperti kawasan pelancongan lain juga, tempat nie ada perkhidmatan sewa motor dan kereta, boleh lah pandu sendiri pusing-pusing. Perkhidmatan untuk island hopping atau nak scuba pun boleh didapati di sini. Selain tu juga terdapat banyak travel agen kat sini.
Kereta dan motosikal untuk disewa
Salah satu travel agen yang ada.
Banyak dijual pakaian seperti baju, beg, topi dan hiasan  sebagai cenderahati di jual sepanjang jalan Krabi nie. Ada yang biasa-biasa dan ada yang pelik-pelik dan tak sanggup nak beli.
Hiasan macam nie pun boleh jual. Mau beli ka?


Entah siapa la mamat nie???

Sepanjang dok pusing-pusing nie boleh lihat banyak peniaga Muslim yang berniaga menggunakan motosikal ditepi jalan. Antara yang di jual ialah pan cake dan juga mee goreng. Dah letih pusing-pusing pekena padthai sepinggan.


 Padthai kalau tak silap aku. Sama tapi tak serupa koay teaw goreng. Sayur banyak. Boleh kata sedap juga.
Pan cake macam terkenal kat sini dan kebanyakan peniaga Muslim yang mengusaha perniagaan nie. Pan cake kat sini seperti roti canai kat Malaysia. Tepung akan di tebar dan dalamnya di letakkan bahan-bahan yang boleh dipilih seperti pisang, cheese, nenas dan sebagainya dan selepas itu di goreng atas plat. Selapas siap akan di potong-potong dan diletakkan atas kertas dan baru dimasukkan dalam beg plastik. Boleh kata semua peniaga menggunakan kaedah yang sama ~ nampak macam franchise

Ada berbagai pan cake
Dah la tu, dah lewat dah. Selesai malam pertama di Krabi. Balik tidor dulu.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Thailand Disember 2013 ]

1- Thailand : Trang
2- Thailand : Krabi
3- Thailand : Krabi ~ Island Hopping
4- Thailand : Krabi ~ Pasar Malam Muslim
5- Thailand : Hat Yai