Restoran Hussain Nasi Kandar

Dalam jam 9 pagi sampai ke hospital Metro Sungai Petani. Anak aku Ahmad Firas, batuk tak habis-habis sebulan lebih. Dah ke klinik biasa ambil ubat lepas makan ubat hilang kejap batu tu lepas tu datang balik. Jadi hari ni ke Metro cuba hospital mahal pulak. Tunggu doktor lama juga, pembantu kat situ bagi tahu doktor lawat pesakit. Tunggu saja lah. Lebih kurang jam 11 baru ada doktor. Setelah di periksa, dia kata kena makan ubat dan juga kena bubuh asap ( entah apa nama dia aku pun dah lupa ) sebab banyak kahak dan ada infection.

Kami ke bahagian kecemasan, lalu anak aku diberi sedut macam wap, lebih kurang 10 minit. Mula-mula sampai nak biru anak aku guna topeng penyedut. Lepas tu di tanggal topeng dari paipnya dan guna paip saja letak dekat hidung supaya tak lemas. Wap tu untuk mencairkan kahak.

Habis saja beri wap dibawa ke bahagian fisioterapi. Ditepuk-tepuk belakang anak aku lebih kurang 10 minit ( kalau orang tua-tua mesti marah nanti budak-budak jadi benak). Ditepuk supaya kahak yang terlekat longgar. Selepas itu hidung anak aku disedut, banyak gak kahak yang keluar.

Habis proses hampir jam 2 tengahari, anak kecil aku bagi saja susu terus tidor, letih dan mengantuk.

Perut dah lapar. Kalau ke kedai nasi kampung masa ni kira pi cuci pinggan ja lah. Kedai mamak sajalah kalau nak makan nasi. Teringat aku masa kerja di IKM Sungai Petani pernah makan kat Hussain Nasi Kandar. Teringat ayam negronya. Kami pun bertolak ke situ.

Masa aku sampai hampir jam 2 lebih orang beratur panjang. Macam-macam lauk ada.

Restoran ini menyediakan 3 jenis ayam goreng, ayam goreng biasa, ayam goreng nepal ( aku punya feberet) dan ayam goreng tandori. Harga pun 'A" punya seketul RM 4.90 kecuali ayam goreng biasa.

Ini aku punya, ayam goreng nepal, acar rampai ngan bendi.
Ini isteri aku, ayam goreng tandori, sayur bayam.
Nasi kandar ni yang aku rasa makan selesa sebab pinggan besar, senang nak guea ( macam mana nak eja adun nasi dengan kuah atas pinggan guna tangan - 'ramas' macam rakus sangat). Kedai nasi kandar lain kebanyakan guna pinggan kecik macam piring ja. Mungkin nak bagi nampak banyak kot.

Ini saja ja nak tunjuk, cawan untuk air suam digunakan cawan besi.
Ada gak kuih / cucuq india seperti idli dan vadai.
Hussain Nasi Kandar nie bagi aku memang bersih dan pekerja dia cepat membersihkan meja. Bilik air pun bersih kata isteri aku.
Dapat makan dengan khusyuk, si kecil dah tidor. Makanan di sini sedap, kuah campur atas nasi pun sedap. WI-fi disediakan tetapi kena ambil password dari kaunter. Lokasi lihat bawah.


View Hussain Nasi Kandar in a larger map

3 comments:

  1. pasai pa gmbq saya x dak..? haha saya pun keje HNK jgak..tp brnti dh..smbung bljaq..wow..minat sungguh ngan nasi kndq hussain,...apa2 pun trima ksih...:)

    ReplyDelete
  2. cam mana HNK amik kau keja...muka tak cam mamak pun...hahahah...selamat belajar.

    ReplyDelete
  3. haha...saja try mintak...last2 dpt..haha..mmg jauh pun..muka x mcm mamak..haha...apa2 pun thanks...;;))

    ReplyDelete