Galaksi Puteri Bola-bola : Pengisian Tengahari

Walau dah berkali-kali makan kat sini tapi baru kali nie bawa kemera. Jadi baru boleh tulis. Sebab apa dah berkali-kali makan kat sini? Tak tau ka? Tentulah sedap.

Dulu aku ada tulis makan kat tempat nie, tapi masa tu waktu malam. Malam tempat nie menyediakankan makan goreng-goreng, ala-thai dan western. Nak tau lawat sini. Kali nie aku datang siang pula untuk makan tengahari. Siang menu bertukar ke ala-kampung.
Macam-macam menu ada, gulai, kari, asam pedas, masak cabai, ayam/ikan goreng, bakar, sup, ulam, sambal, air asam dan macam-macam lagilah. Dengan kata mudah banyak pilihanlah.

Yang boleh kata pasti, setiap kali datang kat sini mesti ambil daging bakar, air asam dan sup daging. Daging bakar, boleh kata lembut juga tapi yang mabeles rasa rempahnya memang terbaik.
Daging bakar telah digunting
Jangan lupa cicah dengan air asam.
Sup daging pula yang syoknya dalam sup ada tulang dan juga urat. Aku kalau sup setakat ada daging ja, tak boleh pi. Dia kena ada daging urat dengan lemak dan tulang baru mabeles. Memang kena dengan selera aku.
Sup daging
Parking luas kat depan kedai. Walau parking luas jangan cucuk kereta tak tentu hala. Susun la elok-elok orang lain pun nak parking gak.

Dibuka setiap hari untuk makan tengahari. Lokasi seperti kat bawah.

View Puteri Bola-Bola in a larger map

No comments:

Post a Comment