Gerai Makanan dan Minuman Maj ~ terkenal dengan capati. Terletak di deretan bangunan lama. Waktu pagi boleh kata orang datang tak putus-putus terutama pekerja-pekerja sekitar dan pelancong pun ramai datang maklumlah dah femes, kadang-kadang kena tunggu meja kosong.
|
Gerai Makanan MAJ |
Kalau datang pagi kat sini jangan dok oder roti canai, tosei atau roti bakar memang tak ada. 100% yang datang pagi semua makan capati. Ia datang bersama kuah biasa atau boleh pilih sama ada sardin, kari kambing atau kima daging atau dalca.
|
2 keping capati dengan kambing |
Disini capati di masak atas dua dapur gas. Mula-mula selepas doh dicanai ia akan di letak atas dapur pertama dan kemudia diubah ke dapur kedua dan dibalik-balikkan. Tak pasti kenapa. Kerja masak nie memang pantas rasanya setiap roti ambil masa setengah minit saja.
|
Dua dapur gas |
|
Orang kuat Kedai Maj. Yang pakai baju hijau pelayan yang ceria. |
Capati memang lembut. Aku kalau sampai mesti oder capati dengan kari kambing. Daging lembut dengan kuah yang mantap. Kalau pemakan capati tegar, kena oder lebih sebab kalau nak tambah selepas tu mungkin lambat, orang ramai. Harga biasalah standard kedai mamak. Tapi memang berbaloi.
|
Menu Gerai Maj |
Gerai Makanan Maj nie merupakan sebuah gerai yang boleh kata usang jugalah dicelah-celah bangunan lama di Pulau Pinang. Ia terdiri dari satu kedai dan di buat tambahan bumbung disebelahnya untuk tempat makan.
|
Sentiasa penuh |
|
Lebuh Ah Quee |
Dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Ahad. Pagi capati dan tengahari nasi kandar ( dengar cerita nasi kandar dia pun sedap juga ~ tak pernah cuba lagi ).
Lokasi terletak bersebelahan Tokong Kew Leong Tong dan betul-betul di persimpangan Lebuh Ah Quee dan lorong Pitt. Dihadapanya terdapat Hotel Tower Budget. Senang lihat Google Map ket bawah.
View Gerai Makanan Maj in a larger map
No comments:
Post a Comment