Dalam bahasa inggeris sustainble kalau dalam bahasa malaysia lestari. Perkataan baru. Jangan cari perkataan nie ketika zaman Hang Tuah atau zaman P.Ramlee memang tak jumpa punya. Ia direka untuk digunakan zaman ini ( dicipta dalam era 80-an). Satu perkataan yang menjuruskan kepada mengekalkan kelansungan dan keseimbangan kehidupan didunia ini termasuk manusia, haiwan, tumbuhan, iklim, persekitaran dan sebagainya. Sebab setiap yang ada di muka bumi ini dicipta tuhan bukan untuk saja-saja tetapi ada manfaat kebergantungan satu sama lain. Cukup la tuu...membebel panjang pulak.
Sekarang bila sebut lestari, apa yang terbayang di kepala hotak kita? Dah tentu pokok merimbun macam hutan dan udara yang segar nyaman walau ditengahari remang. Itu yang dibayangkan. Sekarang jika dibina bangunan maka akan dicari kaedah untuk melestarikan bangunan tersebut seperti pencahayaan semula jadi ( tak mahu guna lampu elektrik dan sebolehnya mahu cahaya matahari masuk ), menggunakan alatan jimat tenaga walau alat tersebut berlipat kali ganda harganya, pengudaraan semula jadi ( penggunaan penghawa dingin dan kipas diminimakan ), mengunakan alatan yang tak mengeluarkan toksik dan dapat dikitar semula dan sebagainya.
Dalam pejabat, perkara mudah untuk melestarikan pejabat maka penggunaan kertas dikurangkan, peralatan elektrik digunakan secara berhemah, mengitar semula barangan seperti kertas dan kotak dan untuk membangkitkan suasana hijau dan jadikan ada taman dalam pajabat. Di sediakan satu ruang yang akan di rimbuni oleh pokok, sejuukkkkk mata memandang. Maka lestarilah pejabat. Wallahhhh macam mejik pula.
Diluar pejabat pula staf diminta berbasikal ke tempat kerja untuk mengurangkan asap. Kalau nak pergi kelain pejabat boleh jalan kaki sahaja atau naik basikal. Jangan tebang pokok disekitar pejabat.
Itu yang dilihat. Maka disetiap syarikat besar ditubuhkan satu unit yang akan memantau kelestarian. Mengaudit cara pengoperasian syarikat dan memberi makluambalas untuk meningkaktkan kelestarian. Kerja siang malam, mesyuarat sana-sini, seminar dalam dan luar negara untuk mencari kaedah dan cara terbaik mengurangkan penggunaan tenaga, mencari bahan yang boleh dikitar semula untuk menjaga alam sekitar.
Dalam proses melestarikan tempat kerja apa yang nampak ialah bahan kitar semula dan tanam sebanyak mana pokok yang boleh, jangan tebang pokok sehingga kita lupa bahawa manusia yang bekerja juga perlu lestari. Perjalanan kehidupan manusia bukan bersangkutan dengan kerja sahaja, bukan dengan kehijauan alam sekitar sahaja tetapi sesama manusia lain atau dengan kata mudah bermasyarakat dan dengan tuhan. Memang itu pun fitrah manusia yang normal. Kerja siang-malam, kalau mati ada pengarah syarikat nak datang mandikan mayat kita? atau baca talkin? ada? Paling kuat datang ziarah satu bas lepas tu balik. Esok keluar memo jawatan baru.
Syarikat-syarikat perlu ada keprihatinan dalam soal ini. Dimana boleh diujudkan polisi kerja yang menitik beratkan kemaslahatan pekerja. Sekarang bijak-bijak pandai dan yang memandai telah membuat kajian-kajian tentang bebanan kerja dan implikasinya ( dah ada rujukan kajian pun ada yang dok nak buat lagi kajian, mungkin nak isi KPI dia kot ). Telah dibentangkan dalam seminar-seminar dan dibukukan tetapi perlaksanaan tiada. Yang menariknya perkara ini hanya menjadi satu slogan yang ditampal di dinding pejabat atau dicetak buku/buletin untuk bacaan sahaja. Ditulislah slogan syarikat mesra pekerja, insanikorporat (yang melambangkan syarikat korporat yang berjiwa insan ) dan sebagainya. Tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Pernah dengar perkataan "Jangan tanya apa yang syarikat berikan tetapi tanyalah apa yang anda berikan kepada syarikat". Maka pekerja pun bekerjalah bertungkus lumus siang dan malam mengikut arahan majikan utnuk meningkatkan kehebatan syarikat. Dengan slogan itu maka keringat pekerja di perah dengan janji-janji tak pastilah ditepati atau tidak.
Syarikat perlu ada keprihatinan bahawa benda yang menjadi pekerja di syarikatnya itu manusia ( robot pun kena rehat juga ). Walau dia hanya manusia kecil ( tak ada ringkasan perkataan apa-apa pun depan namanya ) dia tetap mempunyai tanggungjawabnya. Tanggungjawabnya bukan sekadar mancari nafkah sahaja tetapi juga tanggungjawab terhadap ahli keluarga, masyarakat dan tuhan. Ada juga yang berkata "Awak kena pandailah membahagikan waktu", tapi kalau kerja tak mengenal waktu, siang dan malam apa yang nak di bahagikan?
Sudahlah tuuu panjang sangat pula tulis kali nie. Apa-apa pun, cuba renung-renungkan dan fikir-fiirkan kelestarian tu apa kebendanya ?
No comments:
Post a Comment