Restoran Perchik, Bertam indah

PERHATIAN:

26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran Perchik ini telah di tutup.

**** 27/1/2011 ****

Makan-makan di Kepala Batas lagi. Dulu lot kedai sebuah kedai runcit. Tapi kini dah bertukar jadi restoran. Restoran Perchik. Nampak nama dia saja dah tentu semua yang ada kat sini kena perchik.

Aku sampai pun rasanya dah lewat dah, jam 9 malam. Orang tak berapa ada. Suasana dalam kedai suram. Bukan suram macam eksklusif tapi macam tak meriah.

Aku dengan isteri oder nasi ayam perchik, anak-anak nasi ayam madu dan nasi goreng udang.
Nasi ayam perchik
Nasi ayam madu
Nasi goreng udang
Aku Nasi ayam perchik, boleh kata sedap juga. Sup yang diberi sedap, sup daging. Nasi ayam madu, anak aku tanya sebab apa ayam putih ja? Mahu tak putih yang diberi isi ayam saja, kulit dah tak ada jadi tak terasa madunya lah. Nasi goreng udang pula cuma nasi goreng standard dan diletakkan 3 ekor udang bersama sup, mudah.

Keseluruhan apa yang kami makan kira boleh tahan sahaja, tak ada yang cemerlang. Restoran nie juga sediakan menu lain seperti char koay teow, mee/buhun/ koay teow goreng dan bandung dan ada lah lagi beberapa menu.

Restoran nie luas tetapi tak berapa tersusun dan terasa kosong mungkin disebabkan hiasan yang terlampau simple di suatu kawasan yang luas.

Lokasi lot hujung kawasan perniagaan Bertam Indah dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah. Lokasi dari Google map.

View Restoran Perchik in a larger map

Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011

Selepas memperkatakan pasukan bolasepak Malaysia telah menumpaskan Indonesia dengan sepakan penalti dan telah termaktub Malaysia mendapat ibu segala pingat dalan Sukan SEA, pingat emas.

Ini berita terkini ( tak terkini sangat ) mengenai 5 gadis orang Islam di Sarawak yang menyertai pertandingan ratu cantik Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 yang dianjurkan oleh Syarikat Alaric's Productions.

Berbagai berita keluar mengenai penyertaan orang Islam dari segi pakaian kurang sopan, peserta Islam diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak, diminta menarik diri tapi akhirnya mereka menyertai juga pertandingan itu.

Apa yang boleh di pelajari dari peristiwa ini ?  Ketika ini Majlis Agama Islam boleh keluarkan fatwa tetapi perlaksanaan terserah kepada individu dan juga undang-undang syarak yang terletak atas bahu negeri masing-masing. Untuk kes ini undang-undang tidak boleh diambil sebab tidak lagi dikuatkuasakan.

Mungkin kita bertanya kenapa di sini tak boleh masuk pertandingan sedangkan di negeri lain boleh. Ini disebabkan sebahagian penguatkuasaan undang untuk orang Islam terletak diatas bahu setiap negeri dalam Malaysia. Oleh itu berlakulah ketidak seragaman disemua negeri.

Kenapa tidak kita fikirkan sekarang untuk menyelaraskan undang-undang untuk orang Islam dan samakan di setiap negeri. Ini mengurangkan berlakunya kelambatan dari segi proses undang-undang yang melibatkan antara negeri dan juga permasaalahan umum seperti pertandingan ratu cantik dapat ditanggani dengan lebih baik.

Hak Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing mungkin boleh di bincangkan kemudian. Ini bukan mengenai individu atau kuasa tetapi adalah memartabatkan pegangan kita supaya perlaksanaan lebih berkesan dan pantas.
Gambar hiasan

Satu lagi persoalan yang timbul. Cuba kita lihat yang terbaru Sukan SEA atau sukan-sukan lain. Kalau acara renang, terjun papan anjal,  jimnastik, luncur ais atau yang sekutu dengannya kebanyakan pakai  bikini atau di beri nama ikut kepada penggunaannya seperti untuk renang diberi nama saintifik "suimsuit". Yang lelaki pulak dalam acara angkat berat dan bina badan pakat pakai spender. Pakat satu stadium tengok tak termasuk ;lagi yang kat TV. Dok atas gelanggang melompat terlipat sana terlipat sini. Bila dapat pingat emas pakat semua sorak tak kira rakyat biasa atau menteri. Yang nie nak kira macam mana ?? Siapa boleh tegur??

Begitu juga undang-undang yang longgar untuk artis-artis yang berpakaian kurang sopan tak kiralah nyanyian atau lakonan atau entah apa yang depa buat. Yang dok nampak jika sesuatu perkara itu ada menteri jadi dia boleh lembut sikit. Sukan ada menteri, hiburan ada menteri, ratu cantik tak ada menteri. Perlaksanaan biar seragam.

Fikir-fikir......

Hari Ihtifal 2011 - Belakang Tabir

Selesai sudah Hari Ihtifal 2011 pada 19 November 2011 yang dianjurkan oleh Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL yang diadakan di Dewan LPPKN Bertam.
Mula-mula program ini mengkehendaki setiap orang yang akan hadir membayar RM 15.00 untuk dewasa tak kira ibu bapa atau datok nenek atau bibik dan kanak-kanak RM10.00 tetapi dikecualikan kepada anak-anak yang menuntut / transit di Khalifah atau Cikal.

Ramai ibu bapa yang tak bersetuju. Kenapa perlu dibayar ?  Dari makluman yang diterima duit itu untuk kos makanan yang spesial dan juga persediaan-persediaan yang perlu di sewa untuk menjadikan majlis kali ini meriah.

Oleh kerana ramai ibu bapa yang tak bersetuju sebab kos yang tinggi lagi pun ibu bapa yang datang betujuan untuk melihat anak-anak mereka naik pentas menerima hadiah atau membuat persembahan. Tak perlulah makan hebat-hebat dan stage yang ganas macam Festival Filem Malaysia.

Dari pandangan peribadi aku dan juga pandangan orang lain yang aku boleh terima ialah:

1- Dewan yang digunakan sempit. Ada ibu bapa yang kena berdiri walau ada kerusi yang kosong tapi tak selesa sebab sempit. Jika boleh dapatkan dewan yang lebih besar.

2- Teater muzikal tak dapat nak di paham mesej apa yang hendak disampaikan.

3- Anak-anak yang masuk menari dalam teater tak tau dari kelas mana dan sekejap sahaja atas pentas. Sebelum ini setiap kelas contohnya PG akan membuat persembahan tersendiri.

4- Jika boleh untuk persembahan digunakan suara dari anak-anak tadika sendiri.

5- Masih lagi teater, pakaian yang dikenakan ketika pementasan kadang-kadang tak mencerminkan sebuah tadika Islam.

6- Lebihkan menggunakan tenaga kreativiti dari pengajar seperti dari segi pakaian. Tak perlulah sewa sebab ibu bapa nak lihat kreativiti anak-anak dan juga inisiatif dari guru-guru untuk menjayakan program. Contoh buat pakaian dari kotak atau barang terpakai.

7- Pengacaraan majlis kalau boleh ambil di kalangan anak-anak tadika. Mungkin tidak semantap pengacara import tetapi keletah mereka boleh menghidupkan majlis disamping memupuk keberanian anak-anak. Kekurangan kalau anak-anak jadi pengacara tak dapatlah depa nak ulang sebut mengenai kos-kos yang tadika tanggung.

8- Kurangkan penggunaan alat-alat kesan khas seperti lampu dan asap. Bukan tak cantik, tetapi menambahkan kos ( kalau mampu, teruskan).

9- Dalam pengacaraan majlis tak perlulah diulangkan tentang kos-kos yang perlu ditanggung tadika kepada ibu bapa. Diharap sebelum perlaksanaan sesuatu program penilaian kemampuan dapat dipastikan dahulu, ukur baju di badan sendiri. Aku ada juga tanya ibu bapa yang ada anak-anak di tadika lain, ada apa-apa bayaran untuk hadir hari anugerah? Ramai kata tak ada pun. Tak perlulah aku nyatakan tadika mana tetapi cawangan dia memang berlambaklah.

10- Adakan persembahan bercerita terutama dalam bahasa Inggeris. Kalau tak ada cerita nabi-nabi dalam bahasa inggeris hentam sajalah cerita Cinderella, Sleeping Beauty.

11- Majlis untuk anak-anak tak perlulah formal sangat. Kita datang dengan gembira dan kita hendak lihat anak-anak pun gembira. Kanak-kanak tetap kanak-kanak, mereka manusia biasa, kalau terlari sana-terlari sini tu perkara biasa ( yang tak mau anak-anak yang dok diam saja ) lainlah kalau konvokesyen universiti, yang tu untuk orang dewasa. Jadi teguran tu perlu lihat situasi.

12 - Makanan tu nak sedia atau tak kepada hadirin terpulanglah, yang datang tu nak lihat anak-anak buat persembahan dan menerima hadiah. Tapi untuk anak-anak yang kena buat persembahan dan kena datang awal perlulah di sediakan makanan. Makanan untuk anak-anak perlulah bersesuaian dengan tempoh masa mereka terpaksa menunggu di belakang pentas sehingga tamat. Kanak-kanak ni aktif jadi makan cepat dicernakan. Ishhhh... apa melalut ni, tentu yang menguruskannya lebih faham. Aku pernah hadiri satu hari anugerah tadika di adakan kat hotel, tiada bayaran diminta dan tak disediakan makanan pun kepada hadirin, ibu bapa tak komlen pun. Janji dapat melihat anak-anak atas pentas.

13 - Kemeriahan sesuatu acara bukan terletak kepada berapa banyak kos yang dilaburkan tetapi bagaimana kita menguruskan acara itu dan menarik perhatian hadirin. Jika tadika tentulah persembahan dan keletah anak-anak menjadi perhatian dan hadirin juga ingin melihat kreativiti yang dihasilkan.

Mungkin konsep penswastaan yang diterapkan oleh Tun Mahathir sudah memasuki tadika. Jadi untuk memeriahkan suasana dijemput pemain import dan segala macam alat yang diharap dapat menaikkan suasana. Oleh itu diserahkan kepada pemain import ini mengambil alih sebahagian tugas yang sepatutnya diuruskan oleh tadika.

Ini saja yang aku terfikir, nanti aku tambah kalau ada lain-lain atau pembaca boleh tambah yang mana difikirkan perlu.

Renung-renungkan dan  selamat beramal.

Hari Ihtifal 2011

Setelah sekian lama berlatih , hari ni akan berlangsung upacara graduasi dan penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL. Kali ini Dewan LPPKN Kepala Batas yang baru sebulan dirasmikan menjadi tempat berlangsungnya Hari Ihtifal 2011.

Tahun ini anak-anak di minta berada di Dewan LPPKN seawal jam 7.00 pagi. Jadi kami bersiap macam nak pi sekolah juga. Kali ini makan pagi disediakan jadi tak berapa kalut sediakan makan pagi, cuma minum susu saja lepas tu hantar depa ke dewan. Nak masuk dewan awal sangat jadi kami dengan si kecil Firas pi makan kat kantin Hospital Kepala Batas.

Jam 8 pagi lebih kami ke dewan semula. Kereta hampir penuh di luar dewan. Sampai ke dewan di beri buku cenderamata yang ada nombor cabutan bertuah. Masuk ke dalam dewan terasa sempit. Cari kerusi. Duduklah mana yang selesa, maklumlah bawa putra raja yang tak berapa paham bahasa lagi, si kecil.
Kali ini berbeza sedikit dengan tahun lepas sebab kali ini ada jualan makanan, buku, pakaian dan pekej foto di luar dewan.

Hampir jam 9 pagi acara bermula. Kali ini juga berbeza sebab persiapan lebih grand continental dari biasa. Kali ini ada DJ import, sistem lampu, videoman, fotoman, prop dan costume yang di import, penasihat persembahan yang diimport juga.

Acara di mulai dengan DJ memperkenalkan diri dan juga di beritahu kepada ibu bapa supaya tak lalu di kawasan depan dewan untuk ambil gambar.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Arif Hilmi.

Diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh dua orang Qari kecil iaitu adik Sharifah Safia Zahra dan adik Amir Husain.

Tanpa berlengah masa acara penyampaian sijil tamat atau graduasi di berikan. Anak aku Muhammad Ammar tergolong dalam orang-orang telah tamat pengajian darjah 0 di tadika Khalifah intelek.
Selepas itu disusuli dengan penyampaian hadiah kepada yang mendapat nombor terkecil. Siti sarah mendapat tempat ke dua.

Hadiah kemuncak kepada anak-anak yang berakhlak mulia, pelajar harapan, pelajar cemerlang dan lain-lain yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Acara diteruskan dengan bacaan yasin oleh enam orang adik-adik dari Tahfiz.

Diikuti oleh laungan azan.

Habis sahaja acara anak-anak nie dia ceramah motivasi oleh Ustaz Abdullah Khairi selama 20 minit. Beliau menekankan kepada pentingnya mendidik anak-anak dengan sabar kerana itulah harta yang akan membantu kita di akhirat kelak.

Habis sahaja motivasi oleh ustaz anak-anak pra-tahfiz CIKAL mendendangkan lagu tema Imam Muda 2 ( HambaMu) dengan penuh bersemangat.

Yeahhhhh.... terimalah acara kemuncak iaitu teater kanak-kanak berjudul " Siti Di Alam Fantasi ". Teater ini pernah di pertontonkan di Istana Budaya. Ini versi yang telah dipendekkan sebab yang original rasa aku lebih 2 jam. Cerita telah dipendekkan jadi tak berapa nak paham jalan ceritanya. Teater ini menggunakan kostum / pakaian khas yang banyak. Layan sajalah gambar kat bawah ini.
Muhammad Ammar jadi ulat


Teater ini diakhiri dengan memperkenalkan cikgu yang mengajar koreografi untuk setiap segmen / haiwan dan disudahi dengan di minta ibu bapa berdiri menyanyikan lagu 1Malaysia.

Selesai sahaja teater. Cabutan bertuah dijalankan. Antara yang bertuah ialah kamilah sebab dapat buku.

Acara diteruskan dengan dikir barat oleh kanak kanak Pra-Tahfiz Cikal. Anak perempuan aku, Siti Sarah ambil bahagian. Tapi muka tak berapa nampak sebab dok belakang.

Sekali lagi cabutan bertuah dan acara pun tamat lebih kurang jam 12 tengahari.  Makan telah disediakan untuk semua yang di pack.

Untuk tahun depan ada promo akan dibuat teater Aladdin pula.



Akhir sekali aku ucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz CIKAL yang telah mengajar dan bersabar dengan telatah anak-anak aku. Jasa semua guru-guru hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

D'ANN Asam Pedas

Lagi jalan-jalan cari makan kat Kepala Batas. Dah dok kat sini jadi cari makan kat sini ja la. Tak dak kerja nak pi cari makan jauh-jauh. Minyak kereta bukannya makin turun.

Hari nie kita makan nasi kampung pula. Tengahari mesti kena nasi kampung baru kenyang. Pi ke D'ANN Asam Pedas. Lokasi lot perniagaan di Jalan Bertam 1, bersebelah Perbadanan Bekalan Air (PBA) Kepala Batas.

Kedai nie baru lagi dibuka, rasanya awal tahun ni. Sampai sana apa lagi yang pertama diambil dah tentu nama kedai ni. Asam pedas. Aku ambil kuah saja, lauk asam pedas aku tak berapa suka sebab lembek. Masa aku datang ada asam pedas ikan pari yang pekat dimasak ikut cara Melaka atau Johor dan asam pedas ikan temenung yang nie rasanya cara orang utara kot sebab ceroi atau masak pindang (kalau betul lah ).

Asam pedas Melaka tak berapa pekat dan ada sedikit kurang kalau di banding dengan yang pernah aku makan kat Melaka, jangan tanya kurang apa, aku pun tak tau nak jawab. Tapi kira OK lah, bagi yang ketagih nak pekena asam pedas ni.

Lauk-lauk lain macam biasa lah seperti sup ayam, kari ikan, telur masin dan banyak lagi lah dan juga ulam-ulaman. Rasa macam mana? Aku tak tau, takkan nak makan semua sekali. Kena bela jin boleh kot.

Restoran dijaga bersih dan parking pun mudah di hadapan kedai.

Lokasi dari google map.

View D'ANN Asam Pedas in a larger map

Restoran Miezuri Briyani House

Kali ini jalan-jalan cari makan kat Kepala Batas. Saja nak ubah selera sikit pagi nie. Selalu dok lalu depan kedai nie, tengok orang ramai makan kat situ. Restoran nie terletak kat kawasan perniagaan Bertam Indah. Restoran Miezuri Briyani House.

Walau sampai pagi, bersempena dengan nama kedai jadi nasi briyani dengan lauk semua dah sedia untuk di tokak. Sampai di sana, orang boleh tahan la ramai. Apa lagi oder nasi briyani la.
Briyani ayam

Briyani kambing
Nasi briyani dia memang sedap dan lembut dan beras panjang (Briyani Basmathi ). Lauk yang disediakan memang kena dengan nasi briyani. Set nasi briyani nie terdiri dari nasi briyani, lauk dan acar timun.  Lauk untuk set briyani di sediakan 3 jenis sahaja iaitu ayam ros, daging kari dan kambing briyani. Kambing yang disediakan boleh tahanlah besarnya. Itu sahaja, jangan dok minta dalca, papadam, sotong macam kedai mamak pula.


Disamping nasi briyani ada nasi lemak untuk makan pagi, jadi Muhammad Ammar dengan Siti Sarah makan nasi lemak tapi depa pilih lauk nasi briyani.

Harga kat restoran nie ok lah. Set briyani ayam dandaging RM6.00 dan set briyani kambing RM 7.50 (ikut saiz). Nie menu dia ( klik untuk paparan lebih besar).

Makanan ringan selain dari nasi atau tak mau makan nasi ada disediakan capati. Yang buat capati pun macam import ja.

Capati kat bawah nie, kami datang hari lain pula. Nak makan semua pada hari sama kena bela jin baru habis.
Capati dengan daging cincang
Set capati diberi kuah dal. Daging cincang oder asing. Capatinya boleh tahan la lembut dan bila kena dengan kuah cincang mabelassss.

Suasana restoran bersih tetapi sesak sikit dengan meja dan kerusi. Layanan memang mesra dan cepat. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Masa pula dari 7 pagi sehingga habis ( yang jaga restoran cakap lebih kurang sampai jam 3 petang ). Nie dia alamatnya :

20A Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Blog rasmi Restoran Miezuri Briyani House.

Nak mudah lagi nie map dari Google



View Miezuri Briyani House in a larger map

Perasmian LPPKN Kepala Batas

Baru ada masa nak tulis, dah lama berlaku. Perasmian Pusat Keluarga, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN) Kepala Batas pada 15 hb Oktober 2011 lepas.

Bukan sesaja nak pi perasmian nie, tapi anak aku Muhammad Ammar ada ambil bahagian dalam persembahan bersama dengan bebudak Tadika Khalifah Intelek.

Awal pagi kena keluar rumah dah. Sarapan dulu kat Bob Noorly kat Bertam Putra, selepas selesai hantar Ammar ke LPPKN. Biasalah penganggkutan dan sarapan pagi pihak tadika tak sediakan. Sampai lebih kurang jam 9 pagi. Banggunan LPPKN baru berwarna hijau.

Sampai sana hantar Ammar kepada pihak tadika untuk bersiap dan mekup.

Sementara depa dok bersiap, aku jalan-jalan kat luar. Ada beberapa permainan yang disediakan untuk bebudak dan juga emak dan bapa budak.

Acara mancing ikan. Kumpul 3 ikan dapat hadiah beg tapi
mesti ibu bapa dengan anak.
Yang best disediakan makan pagi untuk semua orang, kalau tau pihak LPPKN sediakan kami terus ja mai sini, jimat.
Makan pagi disediakan.

Cemuih dah dok pusing-pusing kat luar, jadi kami masuk dalam dewan ada lah kat kul 10 pagi. Lama lah juga dalam jam 11 pagi baru menteri datang. Tuuu pun dok buat acara kat luar dulu cam melawat pameran. Hampir jam 12 tengahari baru menteri masuk dewan dan acara bermula. Kesian kat mak cik - mak cik yang datang sejak awal pagi untuk terima bantuan ada yang dah ada kat sana jam 8 pagi hanya nak dapat RM 300.00. Kalau nak derma tu bagi saja lah tak payah la tahaq depa nie sebab nak tunggu menteri dan nak ramaikan majlis.

VVIP yang datang Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Perasmian oleh Pak Lah walau pangkat Datuk Seri Sharizat lebih tinggi. Masuk saja VVIP terus dengan lagu NegaraKu dan diikuti oleh Lagu 1Malaysia ( orang tetap berdiri menyanyi lagu 1 Malaysia nie ).  Rasanya nie kali pertama tadika nie buat persembahan depan menteri.

Alhamdulillah acara tadika menjadi pembuka majlis. Kalau di letakkan acara tu yang terakhir, jenuh mengepung si kecil Firas dalam dewan tu.


Haaaa.... nie dia acara Ammar masuk jadi ulat bulu.

Mula-mula cikgu Tikah suruh beli seluar ketat tu. Tapi kami kata mana ada masa nak pi beli lagi pun kami nak cari kat mana, jadi kami suruh saja pihak tadika beli. Cikgu Tikah kata RM 8.00. Kami OK saja lah. Tapi akhir-akhir cikgu Tikah kata tak perlu bayar sebab seluar tu depa nak simpan. Masa dok dalam dewan adalah bersembnag dengan ibu bapa yang anak dia masuk pertunjukan tu juga. Kami tanyalah dia mengenai seluar tu. dia kata cikgu Tikah minta RM 7 sahaja. Aikkk pasai pa kat kami minta RM 8 ?? Harga seluar ikut harga pasaran macam harga emas kot, ada naik-turun.

Selesaai sahaja acara bebudak tu, mula pula acara VVIP. Aku tunggu sekajap saja selepas Dato Sharizat naik pentas. Kami pun balik. Ada kenduri.

Update 30/4/2013: Oleh kerana ramai yang lokasi LPPKN Kepala Batas nie, jadi aku letakkan Google Map kat bawah. Ia terletak dekat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara dan UDA. Moga dapat membantu.


View PPKN Kepala Batas in a larger map