Adalah dalam dua minggu lepas sampai Jusco Perai. Pusing-pusing belilah minyak wangi dari salah satu kiosk kat situ. One Drop Perfume kat rumah dah nak habis. Aku pilih Munif Hijjaz, belilah dua botol untuk isteri aku sama. Pilih jenis nie senang sabab tak ada alkohol.
|
Gambar hiasan sahaja. |
Dah sampai rumah, belek-belek kotak tak ada pun logo halal dari JAKIM, aku belek juga kotak One Drop yang masih bersisa, pun tidak ada logo halal. Jadi macam mana syarikat minyak wangi ini mendakwa dirinya sendiri sebagai halal? Banyak minyak wangi mengiklankan dirinya boleh dibawa sembahyang sebab tidak ada alkohol. Alkohol sahajakan yang boleh menentukan kehalalannya? Rasa aku minyak wangi telah melalui berbagai peringkat proses sehingga dibotol untuk dipasarkan. Oleh itu setiap bahan yang digunakan perlu diambil kira.
Berbagai lagi produk minyak wangi keluaran tempatan / bumiputra yang mendakwa dirinya halal tetapi tidak ada logo pengesahan dari JAKIM. Kenapakah syarikat-syarikat ini tidak mendapatkan pengesahan halal dari JAKIM? Sedangkan produk mereka telah lama berada dipasaran. Dimana silapnya?
Apa-apa pun aku kena yakin dengan dengan produk yang dikeluarkan oleh bumiputra. Insyallah apa yang dikatakan itu benar.
No comments:
Post a Comment