Dah lama tak pekena kat Kiosk Bertam. Makan kat kiosk nie dok mana-mana pun boleh dan oder kiosk mana-mana pun tak pa. Kali nie ke Anjung Satay. Yang menjadi tarikan kat sini ada dua iaitu satay kajang dan mee tulang ( yang ditulis kat papan tanda tuu).
Apa lagi oder satey 15 cucuk ayam ngan daging dan mee tulang. Nak test. Pesanan boleh kata cepat juga sampai. Nie dia satay ngan mee tulang.
Satay kajang, kuah kacang pucat bersama sedikit sambal |
Mee tulang |
Satey kajang??, pasai pa dia nak letakkan nama Kajang. Apa salahnya kalau letakkan Satay Bertam ka. Isteri aku tanya pakcik jaga kedai tu, satay nie dari Kajang ka? Dia jawab resipi seperti satay kajang. Dalam kepala aku bila disebut satay kajang akan terbayang Satay Haji Samuri. Dari lidah aku la, jauh beza dari Satay Haji Samuri. Mungkin tokey satay lain kat Kajang yang aku tak pernah makan yang dia tiru kot. Tak pa lah mungkin cara dia untuk melariskan jualan.
Bagi pendapat aku satay nie tak berapa sedap tambahan pula kuah kacang yang diberi nampak pucat dan diletakkan sedikit sambal. Kacang pula tak berapa hancur, nampak-sebiji-sebiji. Kalau cicah susah melekat kat satay. Harga OKlah kalau tak salah RM0.70 kot.
Apa-apa pun terserah, lain lidah lain rasa, selamat merasa. Lokasi di Kiosk Bertam.
View Kiosk@Bertam in a larger map
No comments:
Post a Comment