Thursday, January 20, 2011

Pantai Merdeka

Awal pagi lagi kami bertolak dari rumah ke ke Pantai Merdeka. Cuti Thaipusam. Orang belah Pulau Pinang dapat cuti tapi orang Kedah kena kerja. Sampai di sana orang tak berapa ramai lagi, tetapi geng-geng kayuh basikal dah ada dah.

Kawasan pantai ni memang bersih. Kami hampar tikar bawah pokok macam cerita orang putih lah piknik.

Masa aku sampai rasanya hampir jam 9 pagi. Nak pi bilik air, masih tutup lagi. Nasib baik masih tahan. Jam 10 pagi lebih baru buka.

Pantai dijaga dengan baik. Tapi air tak lah jernih, sebab kawasan teluk berlumpur. Masa aku sampai dah ada orang yang berendam. Kebanyakan sebab nak kutip siput dalam lumpur.

Anak-anak aku warm-up dulu di tepi pantai sambil cari siput.


Lepas warm-up, apa lagi berendam la. Aku pun sekali. Sebelum aku kesini ada kawan aku dah ke sampai. Dia kata pantai kat sini sempit. Masa aku sampai OK ja, luas tapi semakin lama semakin menyempit. Masa tengahari air pun dah sampai ke tebing. Mungkin dia sampai lewat atau dah tengahari.

Lama jugalah berendam. Habis berendam, lepas mandi anak aku pi tapak permainan pula. Puas hati la depa hari nie.
Kawasan Pantai Merdeka nie semua kemudahan ada seperti bilik air, chelet atau resort, tapak permainan kanak-kanak dan Food Court. Masa aku sampai ada satu kedai makan dah buka untuk makan pagi. Dah sampai tengahari banyak kedai makan dibuka untuk makan tengahari. Dihadapan food court ada gerai-gerai kecil yang jual macam-macam seperti buah-buahan, mainan dan sebagainya. Gerai-gerai ni buka waktu tengahari sampai ke petang kot, masa pengunjung ramai.

Rojak kat sini memang sedap, garai kecil di hadapan food court dan antara yang paling tepi ke arah tempat letak kereta. Puas hati RM 2.00, kuah pekat.
Bergambar kenang-kenangan di Pantai Merdeka.
Nak kena pi lagi ni, bukan sebab nak mandi tapi nak lepak-lepak, tidor atas tikar bawah pokok sambil menikmati udara sejuk pagi sambil makan rojak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...