Ini bukan cermin mata gelap tapi cermin kenderaan gelap. Aku bukan nak tulis urusan JPJ yang membuat peraturan cermin gelap kenderaan. Urusan JPJ aku tak campur, sebab mereka ada sebab untuk menentukan tahap kegelapan cermin kenderaan.
Aku cuma nak tulis mengenai orang yang pakai kenderaan cermin gelap. Cuba bayangkan anda sedang berada di tepi jalan tiba-tiba sebuah kenderaan bercermin gelap lalu di tepi. Anda melihat kenderaan tersebut dan dia pun bergerak perlahan di hadapan anda dan terus berlalu.
Tak berapa lama anda mendengar khabar angin bahawa anda di cop sebagai sombong. Anda pun menjalankan siasatan kebodoh-bodohan anda yang tak seberapa. Kalau CSI dalam satu hari boleh siap satu kes. Dapat lah maklumat bahawa sombong yang dimaksudkan ialah anda buat dekkkk saja kat seorang Bang Mat ini yang telah melintas depan anda. Bang Mat ini adalah kawan anda. Bila pula dia melintas depan anda? Siasat-punya siasat dapatlah tahu Bang Mat ini telah melintas di hadapan anda dengan kereta baru sambil melambai tangan serupa orang gila dalam kereta tetapi tak dapat dilihat oleh anda disebabkan cermin gelap.
Jadi jika kenderaan anda bercermin gelap sangat jangan terasa hati jika orang di luar buat dekkk saja dengan anda. Ini adalah kerana orang kat luar:
1- Tak nampak anda melambai kepadanya.
2- Nak senyum atau angkat tangan takut pemandu pula yang tak perasan, jadi syok sendiri ja.
3- Takut jika senyum atau angkat tangan kepada orang yang salah. Mana tahu yang dalam kereta tu isteri atau anak dara kawannya. Kan jadi umpatan pula.
4- Mungkin tak tahu itu kereta kawannya. Mana nak ingat nombor, macam-macam nombor kena hafal masa nie. Nombor kad penegnalan, no. pin ATM, tarikh lahir, tarikh kawin dan macam-macam lagi la.
Moralnya jangan kecik hati bila orang buat dekkk ja jika kereta anda yang bercermin terlampau gelap melintas.
No comments:
Post a Comment