Kuala Lumpur - Hari 3: Aquaria KLCC

Lepas saja melawat Petrosains, cari makan yang termudah dan berpatutan di KLCC.... apa lagi KFC ja la. Tak mau keluar dari KLCC sebab nak terus pi ke Aquaria.

Ambil tiket untuk Aquaria sahaja, harga boleh tahan la. Tapi OK la ikan laut ada dalam bangunan.

Disebabkan demam kristmas masih ada, kanak-kanak diberi hadiah bersempena Kristmas. Lelaki diberi topi merah ada lampu lip-lap dan perempuan diberi tanduk rusa merah macam cekak. Habis anak orang Islam jadi Santa Claus. Mungkin depa tak perihatin kot dengan benda-benda cam nie. Kalau Hari Raya aku rasa depa bagi keris atau tengkolok atau ketupat....hahahahahaa.

Masuk ke dalah kami disambut dengan ikan pirana. Nasib kami baik sebab masuk hampir jam 4 petang masa untuk jamu ikan pirana. Tunggu sat, ada petugas yang memberi penerangan tentang ikan tu dan selepas itu upacara bagi makan ikan. Makan memang gelojoh... sekejap ja lauk habis.
Inilah rupa ikan pirana.
Masuk dalam akuaria tidak di benarkan mengambil gambar menggunakan flash. Ikan boleh terkejut. Tapi ada juga kawasan-kawasan yang dibenarkan ambil gambar, kawasan tak ada ikan.

Macam-macam ikan ada, kalau nak tau pi tengok sendiri. Masa aku pi ni Aquaria ada salji sebab sambut kristmas, ada di hias dengan kapas putih.

Tarikan utama ialah konsep underwater world. Kita akan berdiri atas eskalator yang akan bawa kita melalui lorong bawah akuarium. Disamping itu ada juga akurium-akurium biasa dan juga haiwan lain selain ikan.


Ini dia sotong yang dok teka bolasepak piala dunia.


Habis sahaja melawat, keluar lepak di luar KLCC. Orang tua pun nak jadi Santa Claus.

Waktu operasi Aquaria: 10.30 pagi - 8 malam
Harga tiket untuk rakyat tempatan:
Dewasa RM 35.00; Kanak-kanak RM 25.00; Warga Emas RM 25.00

Maklumat lanjut mengenai Aquaria KLCC : http://www.aquariaklcc.com/

Posing kejap.

Kuala Lumpur - Hari 3: Petrosains KLCC

Hari ke tiga diteruskan lagi dengan aktiviti jalan-jalan sambil belajar. Lama dok dengar mengenai Petrosains. Kali ini tercapai hasrat anak-anak kesana. Petrosains buka setiap hari dari pagi sampai petang sahaja kecuali hari Isnin tutup.
Sampai KLCC perking kat bawah. Naik atas terus ke Petrosains. Masih awal lagi lebih kurang jam 10.30 pagi. Orang pun tak berapa ramai lagi. Isteri aku beli tiket dan beratur untuk naik gondola.
Gondola tu boleh muat empat ke lima orang kot. Stroler pun boleh masuk sekali. Gondola ini akan bawa kita melalui terowong yang memaparkan gambar-gambar manusia dan alam sekitar merentasi masa. Selepas itu kita akan berjalan melalui ruang-ruang aktiviti sains. Untuk budak-budak dan pelajar memang baik untuk pembelajaran.

Berbagai aktiviti boleh dicuba dan ada sukarelawan yang membantu atau memberi penerangan.

Anak kecil kau tangkap gambar kereta hologram....ishhh tetiba hilang.
Boleh lihat, boleh cuba...
Masuk pula dalam alam dinosour.
Perjalanan bahagian ini banyak menceritakan aktiviti kejadian minyak dan bagaimana minyak di keluarkan, maklum lah PETRONAS punya.
Posing di pelantar minyak...

Antara kativiti yang boleh dicuba. Boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang, boleh cuba-cuba, semua untuk pembelajaran ( macam lagu Suhaimi Meor Hasan).

Jadi driver kereta F1 pulak...
Sampai ke Petrosains ni macam-macam boleh dipelajari dan semua berkonsepkan sains, memang sesuai untuk bebudak. Kami ambil masa tiga jam lebih untuk habis, tu pun bukan habis sepenuhnya sebab ada juga yang di langkau kebanyakannya yang kena baca.....hahaha malas baca.

Kepada ibu bapa yang bawa anak-anak kalau datang sini pastikan anda memperuntukkan masa yang panjang sebab banyak yang boleh anak-anak pelajari. Jangan dok kalut nak keluar sebab ada aktiviti yang kena ambil giliran sebab pengunjung ramai dan juga ada aktiviti yang perlu pemahaman. Mungkin bagi orang dewasa aktiviti ini ada yang nampak membosankan tetapi bagi anak-anak, mereka amat seronok. Mereka mungkin dapat menghubungkan apa yang di tunjukkan bersamaan dengan apa yang mereka pelajari disekolah atau aktiviti harian.

Kalau sekadar nak masuk sebab nak cerita kat orang kampung kami dah sampai Petrosains tak payahlah. Apa yang dipaparkan bukan untuk dilihat sahaja dan terus berlalu tetapi banyak yang boleh dicuba. Ingat parking kat KLCC bukan murah woooooo.

Waktu operasi : 9.30 pagi - 5.30 petang ( Sabtu/Ahad/cuti am tutup 6.30 petang)
Harga tiket dia macam-macam ketegori aku senarai umur ja lah: 56 keatas RM 6.00; 18-55 RM12.00; 13-17 RM7.00; 5-12 RM4.00; 4 tahun kebawah percuma

Maklumat lanjut boleh layari laman web Petrosains.

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing

Kuala Lumpur- Hari 2: Sunway Lagoon

Hari kedua di Kuala Lumpur, lawatan sambil mandi di Sunway Lagoon. Tempat berkelah orang bandar. Nak cari air terjun dan pantai asli terlampau jauh jadi, ini dia alternatifnya. Tiket masuk boleh tahan la. Kalau warga negara murah sikit.

Acara yang dijalankan ialah mandi, mandi dan mandi sampai kecut. Cerita lain tak ada dan tak tau apa nak di ceritakan.






Dah semua kecut....boleh balik.

Waktu operasi: 11 pagi - 6 petang; Sabtu/Ahad/Cuti Am: 10 pagi - 6 petang

Harga tiket untuk pekej 3 parks ( yang kami ambil ) untuk rakyat temapatan: Dewasa RM60.00 dan Kanak-kanak/warga emas RM 48.00

Maklumat lanjut : http://www.sunwaylagoon.com/index.asp

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing

Kuala Lumpur - Hari 1 : Restoran Intai-Intai

Selepas lalu di Zoo Negara, perut pun dah lapar, memang dah masa makan pun. Lalu ke sebuah restoran yang dari luar tak tahu pun ada restoran kat situ. Aku ikut ja, abang ipar yang bawa. Melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari zoo menghala ke pusat bandaraya.

Restoran terletak disebelah kiri jalan. Tanda yang jelas adalah sebuah pusat servis kereta yang besar, Imavest. Banyak kereta Honda di situ... pusat servis Honda kot. Kona masuk depan pusat servis itu sehingga ke hujung bangunan, ada selekoh ke kiri, haaaa kat depan tu pintu masuk restoran. Restoran Intai-intai.

Betul la nama dia nak masuk kena intai-intai dulu sebab tersorak dan juga kena hati-hati sebab lorong sempit dan parking juga susah. Parking tu mungkin waktu siang saja susah, sebab kena berebut dengan kereta yang diservis di situ, malam mungkin mudah.


Parking saja di mana kosong, janji jangan halang keluar masuk kereta lain sudah. Didalam kawasan restoran parking amat terhad.


Masuk sahaja dalam kawasan restoran, anda seolah-olah telah berada di suatu dunia lain. Bukan lagi di kota yang sibuk, bising dan hutan batu tapi anda dihidangkan dengan suasana yang sungguh nyaman dikelilingi oleh pokok yang hijau dan sebuah tasik. Tempat makan dibina disekeliling tasik tersebut.



Masa aku sampai tak ramai orang, mungkin malam lebih meriah.

Restoran ini menghidangkan masakan ala Thai dan juga Melayu.


Ini dia makanan yang di pesan. Tom yam seafood.... memang feberet Siti Sarah. Dalam ada sotong, udang ketam. Rasa sedap. Nak komen lebih-lebih aku tak tau sebab tak berapa suka tom yam. bagi lidah aku sedap cukup masamnya.
Yang ini susah nak cari kat kedai, gulai daging hijau... betul ka nie?? atau gulai hijau daging, apa-apa ja lah tapi dalam bahasa orang putih green curry beef. Nak komen aku tak tau sebab pertama kali makan dan bagi aku sedap. Dalam dimasukkan kacang panjang, terung belanda, terung, daging dan entah apa-apa lagi lah. Rasa lemak-lemak.

Inilah dia Ayam Pandan, isi ayam dibalut dengan daun pandan. Baru betul. Yang selalu aku lihat kat kedai di sebut ayam pandan juga tapi yang bezanya diambil seketul ayam di ikat dengan daun pandan seperti ikat reben kat hadiah tuu. Bila buka, ayam tu akan tergumpal bentuk piramid. Tapi bentuk itu tak kekal lama sebab apa lagi makan la.

Ini pula kerabu apa entah, aku dah lupa.

Ini pula kangkong goreng. Menu yang menjadi poojaan semua. Kangkong ini digoreng tepung rangup ( ada kalainan sedikit dari kebiasaan dimana selalu kita lihat orang buat bayam goreng tepung atau kaduk goreng tepung ). Kangkong ini memang rangup dan ia datang bersama sambal. Sepinggan aku sorang hadap saja. Tapi kena kontrol sebab orang lain pun nak makan gak.

Yang bawah ni tak payah cerita la, telur goreng.

Kailan ikan masin. Rasa OK sedap.
Harga jangan tanya, aku makan sahaja. Orang lain bayar. Yang pasti tempat ini menjanjikan suasana yang selesa dan seolah-olah berada di luar kesibukan kota.
Untuk maklumat lanjut restoran ini layari laman web Restoran Intai-intai ini.

Alamat:
Restoran Intai-Intai
Lot 378 Backyard
Jalan Ampang Ulu Kelang (MRR2)
68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4252 2252

Lokasi:


View Restoran Intai-Intai in a larger map

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing

Kuala Lumpur - Hari 1 : Zoo Negara

Hari pertama di Kuala Lumpur . Lawatan sambil belajar di Zoo Negara. Sampai awal pagi di zoo, tak mau berebut tempat parking. Memang awal pun kawasan parking masih lengang. Sementara orang tak ramai, pakat-pakat posing depan pintu zoo.
Tiket masuk boleh tahan juga lah, warganegara ada Mykad murah sikit. Mahal pun tak apa duit tu buat makanan haiwan. Kalau bawa kamera video kena bayar RM 15.00. Ingat aku masa ke Zoo Taiping, video kamera percuma tapi kamera pegun ( still camera ) kena bayar pula.
Lepas saja pintu masuk, kat kawasan ni ada banyak sangkar-sangkar burung, monyet dan entah aku pun lupa dah disamping kedai-kedai cenderamata dan haaa... nie yang aku suka nie kedai Hari-Hari mau.


Pada jam 11.00 pagi diadakan pertunjukan haiwan. Kira kami sampai tu ngam-ngam pertunjukan baru nak mula. Layan dulu.... ada pertunjukan anjing laut, ikan lumba-lumba, burung helang dan ada beberapa ekor lagi la.
Habis saja pertunjukan ronda-ronda sekitar kawasan tu dan singgah di salah sebuah kiosk. Apa yang menarik dalam gambar peti sejuk kiosk ini adalah harga minuman. Air mineral harga RM 2.50 ( OK la boleh minum dengan harimau sambil menderma) tapi fresh oren twister, Coca-cola, 100 Plus harga RM 3.00 , beza lima kupang ( 50 sen) saja. Tepuk dada tanya selera. Kalau terlebih gula dalam badan jangan ambil frsh oren ini.
Selapas hilangkan dahaga masuk pula ke Akuarium Tuanku Abdul Rahman. Dalam tu dibuat macam lorong yang kiri kanan ada akuarium ikan. Tapi tak macam Aquaria lah, ada ikan lalu atas kepala.
Kalau nak lawat semua apa yang ada dalam zoo nie, jalan sorang-sorang OK lah, kalau berengke dengan bebudak baik naik tram yang disediakan. Bayaran RM 3.00 ( dewasa) dan RM 2.00 ( kanak-kanak) dan bawah dua tahun percuma. Harga ini untuk Mykad saja.
Tram ini akan berhenti di sebuah lokasi di tengah zoo rasanya, untuk kita berjalan-jalan melihat binantang dengan lebih dekat. Tapi kami terus saja maklumlah satu tram geng kami saja dan kebanyakan yang tua tak berminat melihat binatang. Jadi kami melintas sahaja depan binatang-binatang tu. Dapat lihat harimau, gajah, zirafah sambil lalu saja. Tak sempat nak posing depan mereka.

Pemandu tram memang ringan mulut, bercerita tak habis-habis mengenai haiwan dalam zoo ni. Lawak habissss. Aku lihat tram lain diam jaaa. Kira pemandu tram nie boleh dapat anugerah cemerlang.

Nanti pi sana kena masuk zoo sekali lagi, nak lihat haiwan tu bagi puas hati.

Waktu operasi : setiap hari 9 pagi - 5 petang
Harga tiket rakyat tempatan: Dewasa RM 20.00; Kanak-kanak/Warga tua RM6.00

Maklumat lanjut: http://www.zoonegaramalaysia.my/

Pautan lain dalam siri Kuala Lumpur 28/12/2010 - 1/1/2011:

1. Kuala Lumpur Hari 1 : Zoo Negara
2. Kuala Lumpur Hari 1 : Restoran Intai-intai
3. Kuala Lumpur Hari 2 : Sunway Lagoon
4. Kuala Lumpur Hari 3 : Petrosains KLCC
5. Kuala Lumpur Hari 3 : Aquaria KLCC
6. Kuala Lumpur Hari 5 : Pusing-pusing