Waktu keluar dari Tol Alor Setar Utara, ternampak satu baner tertulis Muzikal Fountain Show di Taman Jubli Emas. Pertunjukan dibuat dari jam 8.30 mlm pada 10 hingga 16 September 2010 .
Lebih kurang jam 8.30 mlm kami bertolak ke Taman Jubli Emas yang berada di Jalan Suka Menanti. Sampai di sana lebih kurang jam 9.00 mlm. Orang yang datang tak berapa ramai, parking pun senang. Aku pacak kamera atas teres tangga, snap tiga empat das sambil tu anak-anak dan isteri aku pi tengok air pancut lebih dekat lagi.
Air pancut itu berfungsi mengikut alunan muzik bersama dengan permainan cahaya warna-warni.
Lepas puas ambil gambar kat atas teres aku pi la kat anak-anak dan isteri aku berhampiran air pancut. Tiba-tiba saja dah tak ada air pancut lagi. Mungkin rehat sekejap. Kami ambil keputusan pusing-pusing di sekitar tiba-tiba lampu disekitar pula di dipadam. Laaa... dah habis rupanya. Lebih kurang jam 9.30 mlm. Untuk kenang-kenangan, pacak kamera snap la kami sekeluarga berlatar belakang menara tengkolok tapi tak ada air pancut lagi.
Masa nak keluar, ada satu kumpulan yang datang tetapi hampa sebab pertunjukan dah habis dan pintu pun dah nak ditutup. Ini mungkin disebabkan maklumat yang ada pada baner cuma diletakkan masa mula sahaja iaitu 8.30 mlm tapi tak diberitahu bila tamat. Aku pun rasa keciwa juga, sudah la datang dari jauh dapat tengok lebih kurang 20 minit saja. Tak puas lagi. Ada juga dengar rungutan dari pengunjung yang baru sampai dah kena balik, pertunjukan tamat. Lain kali pihak penganjur perlulah meletakkan maklumat terperinci sebab pertunjukan itu cuma sejam sahaja. Kasihan pengunjung yang lewat.
Pertunjukan yang diadakan mungkin sempena Hari Raya, menyambut kepulangan anak-anak Kedah dari perantauan. Kenapa perrtunjukan tidak dilakukan setiap hari atau hari cuti? sebab kemudahan dah ada. Masuk adalah percuma.
Maklumat dibawah diperolehi dari http://razifphotos.blogspot.com/
Sedikit "Introduction" tentang Taman Jubli Emas
Taman Jubli Emas diilhamkan oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Taman Jubli Emas yang merancang untuk membina satu mercu tanda Jubli Emas di Bandaraya Alor Star bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 15 Julai 2008.
Sebuah kolam pancutan air berirama dibina mengelilingi Mercu Tanda Jubli Emas. Memiliki rekabentuk yang tersendiri bagi menggambarkan kemakmuran Negeri Kedah di bawah Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Lambang bulatan dibahagian tengah menggambarkan Negeri Kedah yang makmur. 14 bintang pula menggambarkan pemerintahan oleh 28 orang Sultan. Setiap penjuru bintang mewakili pemerintahan 2 orang Sultan.
Pancutan air berirama pula menggambarkan rakyat Negeri Kedah yang dedikasi, rajin, bersemangat waja memajukan sosio ekonomi Negeri Kedah di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
No comments:
Post a Comment