Masakan Dalam Pantang : Rasam

Nie dia bahan dan cara buat rasam anak aku cakap sup mamak.

Bahan-bahan :
1 sudu lada hitam
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu halba campur
Beberapa ulas bawang purih tak buang kulit
3 ulas bawang besar dipotong.
3 biji tomato
2 tangkai daun kari
air asam jawa secukup rasa.
Beberapa biji cabai kering
1 sudu kecil kunyit serbuk
Sedikit minyak masak.


























Cara buat :















1- Tumbuk Lada hitam, jintan manis dan putih sehingga lumat.















2- Masukkan bawang putih dan tumbuk sekali. Tak perlu lumat sangat.




























3-Potong tomato dan masukkan dalam semangkuk air dan ramas secukup rasa.















4- Ramas asam jawa untuk medapat airnya. Ambil airnya sahaja.















5- Masukkan air asam jawa dan bahan-bahan yang ditumbuk kedalam tomato yang diramas tadi.















6- Panaskan minyak dalam periuk.





























7- Setelah minyak panas masukkan halba campur, bawang besar yang telah di hiris, daun kari, cabai kering. Goreng hingga naik bau.















8- Masukkan air asam bersama bahan-bahan didalamnya kedalam periuk.
















9- Sebelum mendidih masukkan kunyit kedalam masakan.
10- Tambah garam secukup rasa.















11- Jangan bagi mendidih, sebelum mendidih tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Best makan rassam dengan ikan goreang dan papedom, tu aku la.

No comments:

Post a Comment