Semenjak-menjak boleh naik basikal, rasa basikal yang dok ada semakin kacik terutama basikal anak lelaki aku. Basikal kakak ok lagi tapi break dah tercabut.
Hari nie bawak basikal depa kat kedai basikal di Kepala Batas. Mula-mula nak tread-in basikal Ammar, nak ambil baru. Basikal Sarah nak repair saja, tambah tongkat dan repair break, sais 12" rasa aku ok lagi bagi dia naik.
Tokey tu cakap basikal lama tu ( 2 buah yang rasaaya sais 10" kot) dia nak angkat RM 30 ja, dia kata basikal kecik-kecik susah laku. Dok tengok-tengok basikal yang baru, tokey tu tunjuk la basikal yang kira ok la sais tayar 20" dan harga berpatutan. Dok belek-belek lepas tu rasanya baik tread-in basikal Sarah sekali, beli baru terus kat dia. Tanya tokey tu basikal kakak yang besar sikit tu berapa?, dia cakap boleh angkat RM 30 ja. Tokey tu tak nak naikkan lagi harga, tapi dia kurangkan harga basikal baru sebanyak RM 10 sebuah. OK lah, malas layan.
Jadi hari ni depa dapat la basikal baru yang ada break dan tongkat. Nak naik kena ginjat sikit.
Kotoq sikit pun dah kena lap.Masa pi beli Ammar sorang ja ikut ke kedai. Waktu bawa balik, basikal Sarah disembunyi dalam bilik dia. Selepas Sarah balik tiution kami cakap basikal dia tak leh repair, kami jual dan beli basikal adik ja. Apa lagi sebek la. Ibu suruh simpan tudung kat dalam bilik. Kami kat bawah standby apa dia nak kata, tapi senyap ja. Kami tanya la dia pasai pa?. Dia tanya basikal dalam bilik dia sapa punya. Diberitahu dia punya, muka ceria balik la. Kira surprise la tu.
No comments:
Post a Comment