Bangunan dia berbentuk seperti seberkas padi yang telah di potong (orang panggil mengerat) sebelum dipukul (zama dulu orang memukul padi untuk meleraikan biji padi dari tangkai. La ni orang pakai mesin tak dak dah nak berkas padi ni). Motif-motif padi digunakan disekitar muzium.
Kesian bini aku yang tengah sarat. Untuk memasuki muzium ni kena naik tangga ketingkat dua. Tak pasti lah OKU (Orang Kelainan Upaya yang diusulkan oleh USM) nak naik macam mana.
Setelah membeli tiket kita akan memasuki ruang legar yang menempatkan mural yang berbentuk bulatan rasanya sebanyak 4 buah yang mengandungi latarbelakang pemandangan sawah padi. Ada ruang tonton dan tiang-tiang yang mengandungi info mengenai padi.
Tarikan utama adalah ditingkat atas, tingkat 3. Lagi sekali kena menaiki tangga. Yang istimewa tangga ini seolah-olah kita menyusuri gua keatas dengan ada batu-batu dan stalaktit.
Sampai keatas memang best. Kita akan berada seolah-olah dipuncak bukit. Ada platform bulat dimana disekeliling disediakan kerusi. Platform ini akan berputer 360 darjah. Disekeliling merupakan suatu kubah yang dilukis pemandangan sawah dan kampung dengan mengambarkan aktiviti petani terutama pesawah.
Dari maklumat yang aku dapat dari laman web Tourism Malaysia gambar mural nie dilukis oleh 60 orang Korea. Orang Malaysia tak ada pelukis yang berbakat ka??. Lukisan nampak hidup, pandai orang Korea mengamati kehidupan Orang Melayu terutama pesawah.

Dalam mural itu terdapat berbagai cuaca yang ditunjukkan seperti panas dan hujan dan aktiviti seperti menanam padi, menternak haiwan dan berniaga.
Habis satu pusingan, kami turun kebawah melalui tangga yang kami naik tadi dan turun satu tingkat lagi, kali ini disediakan tangga dan lif. Ditinggkat paling bawah (bangunan ini ada tiga tinggkat saja) ditempatkan segala macam alatan menanam padi, yang moden dan tradisional.
Melihat alat-alat tu mungkin kita dapat mengenang kembali kisah silam waktu kecil-kecil dulu- aku la tu. La nie memang dah tak jumpa alatan-alatan tradisional yang digunakan disawah. Semua pakai mesin.
Ada juga tempat untuk menguji minda seperti menyusun puzzle dan tempat untuk mengambil gambar dengan pakaian petani.
Hasil-hasil dari padi banyak ditunjukkan terutama barangan berasaskan makanan. Terdapat juga sebuah kedai cenderamata ditingkat bawah.
Habis pusing didalam, kat luar juga menarik disediakan arca-arca berbentuk binatang. Keseluruhan muzium ini menarik, sesuai untuk mengetahui tentang penanaman padi dan sejarahnya. Terutama rakyat negeri Kedah yang dianggap sebagai Jelapang Padi Malaysia.
Waktu operasi 9 pagi hingga 5 petang dibuka setiap hari dan bayaran masuk Rm 3.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak) dan kemera atau kamera talipon RM2.00. Lokasi boleh lihat peta dibawah ( sila klik utuk gambar lebih jelas, jika tak berjaya save gambar map kedalam komputer-buka dari komputer).

No comments:
Post a Comment