Kenduri 3 dalam 1

Ini merupakan kenduri 3 dalam satu yang kami adik beradik buat. Yang lebih kerja abang aku la, dia dok kat rumah bapa. Kenduri bersempena 3 perkara. Kenduri doa selamat atas kepulangan bapa dan mama dari Makkah, kenduri arwah mak aku dan juga kaum muslim dan musliman yang telah meninggalakan kita dan kenduri kesyukuran diatas pencapaian gilang gemilang anak penakan aku Tasha iaitu anak sulong abang aku dalam peperiksaan yang lepas.

Antara yang hadir kebanyakan sedara mara dan kawan-kawan. Kawan-kawan bapa dan mama aku ramai-ramai. Kawan abang aku sedikit-sedikit. Kawan adik aku kadang-kadang. Kawan aku tak dak langsong hahahaaaa.

Majlis dimulai oleh kata aluan oleh Pak Su Halim dan diikuti dengan tahlil.


Antara lauk yang ada. Kawan-kawan bapa dan mama yang hadir. Sedara mara sebelah bapa aku. Nama aku tak ingat, nanti kena tanya bapa aku dulu.

Salah seorang kawan bapa dan mama semasa pergi haji hari tu. Staf USM bahagian Arceology. Ini abang ipar dan adik beradik belah isteri aku.
Ini pokok bunga depan rumah bapa aku. Jadi tempat sangkut payung.

No comments:

Post a Comment