

Sebelum dapat kesekolah baru ini beliau dan rakan-rakan yang tinggal di Bertam Perdana akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah sementara sekolah baru ini siap sepenuhnya. Kelas yang akan didudukinya pun dah diketahui. Ketika dia dapat surat ini cikgu dia kata mereka akan berada di SK Bertam Indah cuma 6 minggu sahaja tetapi lepas dua ke tiga hari dia dapat maklumat lagi kata 6 bulan pula. Tak kisahlah janji belajar.
Pelajar yang akan berpindah ke SK Bertam Perdana dikumpul dari sekolah yang berada disekitar Kepala Batas dari tahun 1 hingga tahun 3 dan mereka akan ditempatkan di kelas khas sementara tunggu SK Bertam Perdana siap.
Anak makcik yang bawa van anak aku kesekolah juga kena tukar ke sekolah tu, jadi pengangkutan tak jadi masalah sangat.
Gambar baner dalam bentuk panorama Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana aku buat menggunakan beberapa keping gambar yang diambil dari balkoni rumah aku dan dicantumkan menggunakan perisian Hugin, yang boleh didapati secara percuma. Dibawah adalah gambar-gambar yang masih tak bercatum. Lama aku cari kat internet, nak cari software untuk buat gambar panorama, kebanyakan kena bayar, alhamdullilah jumpa juga yang free.
