Kacang Pool Haji Larkin, Johor Premium Outlet dan Abah Beriani House

Pagi esoknya, terus check out hotel dan bermulalah perjalanan sekitar Johor Bahru. Sekarang nie apa yang penting?? tentulah kena menyorok dulu ~ sarapan pagi la tu. Tempat-tempat makan disini kesemuanya berpandukan kepada sumber internet dari review blogger-blogger dan juga rancangan TV.

Sarapan apa yang sedap? tempat ini dah lama berada dalam agenda sebab pengaruh TV. Pagi ni cari dulu Kacang Pool Haji. Ada dua lokasi yang diperolehi. Kami ke tempat yang asalnya ujud kacang pool nie iaitu di Medan Selera Bomba Larkin. Berpandukan kepada Waze dalam jam 10 pagi kami sampai.
Medan Selera Bomban Larkin

Medan selera ini berada berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Dalam medan selera ini cuma ada beberapa gerai sahaja yang di buka. Tetapi pengunjung boleh tahan ramai, nak cari meja kosong pun sukar.  Disini boleh kata syurga makanan juga sebab berbagai sarapan pagi di jual selain dari kacang pool, ada pek nga (lempeng), nasi campur, soto dan sebagainya.
Kacang Pool Haji ~ pelanggan bertur tunggu giliran.

Untuk makluman kedai Kacang Pool Haji ini dibuat layan diri. Masa kami sampai orang memang ramai jadi kena beratur panjang juga. Tapi servis cepat sebab roti dan telur sahaja yang di masak disitu, kuah dah sedia ada.
Kacang Pool Haji. Kuah kacang pool dah sedia masak, cuma roti dan telur sahaja yang dibakar. Haji tak jumpa cuma hajah saja yang ada.

Kuah kacamg pool dicicah dengan roti bakar. Bakan panas-panas memang sedap.
Soto dari gerai sebelah.

Lempeng. Pertama kali makan lempeng cicah kuah asam pedas (asam pedas johor ~ pekat).

Alhamdulillah dah kenyang dan juga sedap. Cuma tempat ini kekurangan parking kereta. Tapi kalau sedap, tak jadi masalah. Kepada yang nak rasa kesedapan kuah kacang pool bersama roti bakar dan juga makanan-makanan lain boleh datang ke sini. Dibawah aku bagi lokasi dan alamat.

Kacang Pool Haji
Medan Selera Larkin
Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5)
Taman Larkin, JB
(Berhampiran Balai Bomba Larkin dan Wisma PERKESO)

Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 1 pagi.

GPS:
1.485567, 103.749967
1°29'08.0"N 103°44'59.9"E



Lepas ni nak ke mana pula. Kita pi shoping-shoping kejap. Tempat yang ramai dok update katanya sangat murah dan berbaloi. OKlah kita ke Kulai. Seperti biasa berpandukan kepada Waze, hampir sejam kami pun sampai. Ini dia Johor Premium Outlet. Kita terjah sini dulu. Rasa-rasa bonet kereta masih ada ruang kalau nak borong disini. Maklumlah murah sangat-sangat orang kata.

Johor Premium Outlet

Dapat bergambar pun jadilah di Johor Premium Outlet.

Hampir sejam setengah berada di sini. Lenguh tangan mengusung barang. Hahahahaaa tak beli satu apa pun. Murah cara barangan berjenamalah. Jadi tengok-tengok sajalah.

Hari pun dah lewat satu tengahari. Penat berjalan, perut pun mula berbunyi. Kami ke luar dari outlet ini dan mencari kedai makan. Sampai JB mesti kena rasa nasi beriyani gam yang sinonim dengan JB. Dari Kulai kami ke Bandar Baru Uda JB. Katanya ada sebuah restoran yang menyediakan nasi beriyani gam yang menarik. Dalam jam dua petang kami sampai ke Abah Beriani House.
Abah Beriani House, Bandar Baru UDA.

Masa kami sampai orang boleh kata ramai juga. Kebanyakan duduk di luar penuh tetapi meja di dalam kedai masih banyak yang kosong. Kami pilih didalam sajalah.

Sampai saja kami seperti tak dilayan. Angkat tangan pun mereka buat macam tak nampak. Pelayan kehulu kehilir mengambil pesanan tapi meja kami dia tak singgah pun. Ishhhh... kami nie halimunan ka? Lama juga baru seorang pelayan datang ambil pesanan.
Dok tunggu pelayan ambil pesanan.

Menu Abah Briyani.

Kami pilih Nasi Beriani Gam Kambing dan Ayam seorang sepinggan, kecuali Nur Fatini dan Ahmad Firas kena kongsi nasi kami saja. Set nasi beriyani ini semua sama, lauk saja berbeza samaada ayam atau kambing. Set datang dengan papadom, acar timun dan telur pindang.
Nasi beriani kambing datang bersama telur pindang, acar timun dan papadam. Kamping tertanam dalam nasi, lupa nak keluarkan masa ambil gambar ~ saiz tak berapa besar.

Alhamdulillah kenyang. Keseluruhan apa yang kami makan boleh kata OK saja bukan mabeles sebab ada nasi beriyani gam yang lebih sedap di Kepala Batas. Harga pula boleh kata mahal berbanding dengan saiz hidangan.  Kepada yang nak datang dibawah ada alamat dan no talifon.

Abah Beriani House
12, Jalan Padi Emas 6/1,
Bandar Baru Uda,
Johor Bahru, Johor
Dibuka setiap hari dari 11pagi - 9.30 malam

Telefon: 012-7337007

GPS:
1.499889, 103.708349
1°29'59.6"N 103°42'30.1"E



Nak check in hotel atau nak jalan-jalan lagi? Jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. OKlah kita jalan dulu ~ sampai hotel malas nak keluar dah. Kali ini ke Legoland. Ishhh... apa kejadahnya ke sini petang-petang, dah nak tutup. Saja nak tengok pintu masuk. Kalau nak masuk pun tak berbaloi sebab ada anak-anak yang masih kecil, mesti banyak benda yang tak boleh main.
Main buih sabun depan legolang pun jadilah.

Sampai ke Legoland, hala ke tempat parking. Saja keluar untuk ambil gambar. Jalan punyalah jauh tapi tak nampak pintu masuk lagi ~ rasanya tersilap pintu. Berhenti sekejap, bebudak main buih sabun dan lepas tu balik check in hotel.

[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]

1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau

Restoran ZK

Dalam perjalanan ke Johor, singgah dulu di KL. Sampai pagi di KL, melawat dulu adik beradik yang masuk hospital di HUKM. Hampir tengahari, perut dah berbunyi. Nak makan apa? Teringat dalam satu slot Majalah 3 ada buat review sebuah kedai mamak yang katanya sangat femes dengan kari kepala ikan.

OKlah dengan berbekalkan panduan dari Waze untuk cari restoran ini. Maklumlah jalan di KL nie manalah aku tahu ~ memang fail. Boleh tahan juga panduan jalan oleh Waze ini, apa pun alhamdullillah sampai juga. Ini dia Restoran ZK.
Restoran ZK

Sebuah kedai di end lot. Meja di dalam penuh jadi ada ruang berbumbung disediakan di sebelah restoran. Kami duduk diluar. Disini boleh oder atau pilih sendiri. Menu yang disediakan tak banyak pilihan, tapi yang terpenting kari kepala ikan.
Kari kepala ikan.


Kami pilih beberapa lauk untuk makan hidang. Kami pilih kari ikan ~ bukan Kepala Ikan sebab terlampau besar. Selain itu ayam goreng, sayur  dan kuah campur sahaja.  Tanpa diminta datang sepiring papadom dan sambal kicap (kicap dengan hirisan bawang dan cabai) mungkin untuk dipadan dengan ayam.
Kari ikan datang dengan tauhu dan bendi. Pertama kali makn kari yang ada tauhu.



Apa lagi semua dah terhidang, Bismillah... dan makan. Apa rasanya makan di restoran yang katanya femes ini? Bagi aku, kari dia menag sedap, boleh datang lagi. Lain-lain seperti ayam dan sayur biasa sahaja.



Rujuk kepada resit yang diterima, harga standard kedai mamaklah. Harga sayur seperti terlampau mahal sebab sepiring sayur togeh sahaja dan kuah campur sepiring pun di caj. Dalam resit tak tertulis papadom dan juga sambal kicap ~ mungkin dalam pekej.


Kepada yang nak merasa kari ikan yang sedap, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.

Restoran ZK
No 76 Jalan Kg Attap
Kuala Lumpur

No Tel: 03-22739786

Beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

GPS:
3.137165, 101.695590
3°08'13.8"N 101°41'44.1"E

Lokasi dari Google Map.


Alhamdulillah, kenyang. Selepas kenyang perjalanan diteruskan ke rumah Mak Cik di Kampung Pandan. Duduk sekejap, lewat petang perjalanan diteruskan ke Johor.

Pada mulanya nak tidur semalam di KL, rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan di paginya. Tetapi perancangan telah bertukar, mata pun tak mengantuk ~ kena kopi kat rumah Mak Cik. Lewat petang perjalanan diteruskan ke Johor Bahru.

Satu masalah timbul, nak tidur mana? untuk hari ini hotel kat JB tak booking. Ketika nie lebih kurang jam 8 malam. Isteri aku cari kat internet dan jumpa sebuah hotel di Permas Jaya yang masih ada kekosongan dan nampak OK. Telefon hotel tersebut dan alhamdulillah masih ada sebuah bilik yang kosong. Duduklah berhimpit-himpit sikit dalam bilik tu, sekadar nak tidor malam ini sahaja.

Keluar dari tol JB, guna semula Waze untuk ke hotel. Lalu depan ke Hotel Renaissance JB (sebut pi lah) dan terus ke sebuah kawasan perniagaan baru dan sampai ke Hotel Time JB.
Hotel Time Johor Bahru.

Hotel Time JB nie macam baru, dari kaunter sampai ke bilik bersih dan kemas dan harga berpatutan. Sebuah bilik yang selesa dengan dekorasi yang kemas. Kemudahan standard hotel seperti tuala, TV, penghawa dingin dan Wifi pun laju. Ceret air panas tak disediakan jadi boleh ambil di tingkat bawah. Parking tidak disediakan tetapi banyak tempat paking di hadapan dan dibelakang hotel.

Hotel Time Johor Bahru
15, Jalan Permas 10,
Taman Permas Jaya,
Johor Bahru, Johor

No Tel : 07-388 5580

OKlah dah sampai ke Johor Bahru. Rehat dulu. Esok kita mula jalan-jalan.

[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]

1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau

D' Madinah Corner Kepala Batas

Sebuah restoran baru yang dibuka di Kepala Batas. Di Kepala Batas ni saja baru, tetapi restoran nie dah ada di beberapa tempat dah. Terletak di Kawasan Perniagaan Taman Seri Serdang. Nie dia D Madinah Corner atau DMC yang tetiba meletop di Kepala Batas.
D Madinah Corner Kepala Batas.

Rasanya dah buka tiga emapat bulan dah baru kami dapat terjah ke sini. Semasa sampai pelanggan memang ramai. Meja disediakan di dalam dan di luar kedai. Nak dapat tempat duduk pun kena tunggu ada yang habis makan. Alhamdulillah dapat juga sebuah meja untuk kami 6 beranak. Lihat menu dulu. Disini boleh kata semuanya masakan barat ~ western food.

Menu DMC dengan berbagai pekej menarik.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop dihidang bersama coleslow dan kentang putar, set nasi goreng bersama chicken chop, set sup kambing, set meat ball, set roti bakar dan sebagainya. Ada juga set kombo, set ini lebih besar yang mempunyai beberapa makanan seperti chicken chop, roti bakar telur meleleh, jejari ayam, coleslow dan kentang putar bersama air dalam satu hidangan~ rasanya untuk seorang kot.

Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu tanpa perlu oder satu persatu disediakan pekej yang lebih besar dinamakan set keluarga, set kasih sayang, set bulan madu. Dalam set ini ada seperti chicken chop, lamb chop, nugget, jejari ayam, roti, mushrom sup, roti bakar telur meleleh dan sebagainya mengikut pekej. Semua ini di letakkan dalam talam dan juga air sejug. Amboii macam makan cara sunah nabi pulak ~ makan talam. Berbaloi set ini sebab dapat merasai berbagai menu dalam satu hidangan.
Dah pilih menu apa yang berkenan, isi borang dan buat permohonan ~ macam minta kerja pulak.

Kami pilih Set Keluarga ~ rasanya cukup kot untuk kami 6 beranak. Untuk oder, pelanggan kena isi borang ~ macam nak minta kerja pula. Tulis saja apa yang berkenan dan hantar kat dalam. Kami tunggu lama juga, mungkin masa kami sampai pengunjung amat ramai. Tak berapa lama apa yang dipesan sampai. Nie dia apa yang ada dalam Set Keluarga.
Set Keluarga ~ayam, kambing dan daging burger dengan sos black pepper, sosej, jejari ayam, roti bakar, french fries, roti bakar telur meleleh, coslow dan yang ditengah sup cendawan.


Alhamdulillah dah sampai apa lagi. Bismillah dan dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap. Keseluruhan set ini memang sedap dan berbaloi dengan harga, nak kena datang lagi nie.

Kepada yang nak tahu Restoran D Madinah Kepala Batas ini di mana. Disini aku letakkan sedikit maklumat tentang restoran ini.

D'Madinah Corner (DMC)
Pusat Perniagaan Serdang
Taman Seri Serdang,
Kepala Batas, Pulau Pinang.

Telefon : 011-32327304, 011-39485782, 012-4871836

Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 malam. Tutup hari Ahad.

GPS:
5.505386, 100.435786
5°30'19.4"N 100°26'08.8"E

Lokasi dari Google Map:



Kuliah Ilmu Mei 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas Mei ini.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Husna Bertam Perdana:

Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Pasar Tani Mergong

Kali ini kita ke pasar tani pula. Pasar tani yang aku selalu datang bila balik Alor Setar. Pasar Tani Taman Wira Mergong. Apa yang menarik sangat pasar Tani ini? Bagi akulah, yang menariknya ialah pasar tani ini memang luas dan macam-macam ada. Nak habis pusing boleh berpeluh.
Pasar Tani Taman Wira Mergong.

Barangan dari pakaian seperti jubah, tudung, baju kanak-kanak hingga ke makanan seperti nasi lemak, satey, ayam bakar, nasi kerabu, ikan kering, rempah ratus sehingga barang basah seperti ayam, daging, hasil laut segar, sayur-sayuran, buah-buahan. Layan gambar di bawah.
Berbagai jenis jubah dan harga berpatutan.


Peminat jubah, baju kurung dan tudung disini boleh rambang mata sebab ada berpuluh gerai yang menjualnya. Berbagai fesyen dengan harga yang amat berpatutan. Harga disini boleh tawar menawar, jadi pandai-pandailah.
Cadar dari hotel pun ada.

Alas meja.
Biskut dan kerepek pun ada.

Lauk pauk siap pun ada. Beli bungkus balik makan kat rumah.

Haruan dan keli kering.

Ini memang susah dapat. Jeruk maman ~ my feberet.


Pasar Tani ini terletak di Taman Wira Mergong. Lokasi pasar ini disekitar Medan Selera Mergong atau besebelahan dengan Kolej Universiti Insaniah. Dibuka setiap hari Jumaat, Ahad dan Rabu dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. Selalunya awal pagi tak berapa meriah lagi, dalam jam 9 keatas baru pasar ini meriah dengan berbagai jualan.

GPS:
6.143063, 100.359265
6°08'35.0"N 100°21'33.4"E


Expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang 2016

Kepada yang mencari produk-produk bumiputra pastinya Expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang ditunggu-tunggu. Tahun ini, PenBEX 2016 akan berlangsung pada 28hb Mei hingga 4hb Jun 2016 di lokasi yang sama seperti tahun lepas iaitu di Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasik Gelugor.
Print
Poster PenBEX 2016 ~ gambar dari PERDA.
Program ini dianjurkan oleh PERDA untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan bumiputra terutama dari Pulau Pinang. Kepada yang berminat untuk berniaga atau memperkenalkan produk bolehlah menempah ruang niaga atau pameran. Tempahan dibuka sehingga 6hb Mei 2016. Maklumat lanjut sila klik sini.
Midtown PERDA
Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasik Gelugor.
GPS : 5.502393, 100.501371
Kunjungan aku tahun lepas, PenBEX 2015. Berbagai produk bumiputra yang di pamerkan seperti perabot, pakaian, makanan, buah-buahan, tanaman, ternakan dan sebagainya.  Disamping jualan, ada juga penggerai yang menawarkan menjadi pengedar. Diadakan juga pameran dari agensi-agensi kerajaan.
P_20150601_144551_HDR
Biskut.
P_20150601_155626_HDR
Kopi. Aku beli kopi nie, memang sedap.
P_20150601_145955_HDR
Seluar sukan.
P_20150601_155820_HDR
P_20150601_155707_HDR
P_20150601_143227_HDR
P_20150601_143449_HDR
Perabot bumiputra.
P_20150601_145411_HDR
Kayu pain atau pelet dibuat perabut.


Apa yang menarik atau yang terbaru akan di pamerkan pada tahun ini? Kena tunggulah.