Juara Adik-Adikku Musim ke-4

Dah lepas jam 12 malam aku cuba cari dari internet siapa yang jadi juara program program Adik-Adikku musim ke 4 tapi tak dapat. Kalau yang bercorak hiburan yang lompat-lompat dan dapat seronok saja rasanya dah ramai yang update. Tak dalam blog pastinya twiter dan FB menjadi ruang berdiskusi.



Keputusan pentas akhir Adik-Adikku musim ke-4:

Juara : Adik Muhammad Hanif Zakaria, 12 tahun
Naib Juara : Adik Hanan Athirah Nazli, 12 tahun
Ketiga : Adik Shauqi Afifi Shamsudin, 12 tahun
Saguhati : Adik Uswatun Hasanah Yusri, 13 tahun dan Adik Muhammad Amir Dusuki, 11 tahun.

Aku tak ingat siapa yang dapat tempat ketiga dan saguhati antara dua adik-adik ini; Adik Shauqi Afifi Shamsudin, 12 tahun atau Adik Muhammad Amir Ahmad Dusuki, 11 tahun ~ update 6/6/2013 - 8.30pg : terima kasih kepada pengomen yang memberi maklumat dan telah dibetulkan.

Tahniah kepada adik-adik diharap bakat dan ilmu terus digilap dan digunakan untuk kebaikan. Tahniah kepada ibu bapa kerana dapat mendidik anak-anak menjadi manusia hebat. Tahiah kepada tenaga pengajar dan tak lupa kepada penaja-penaja korporat seperti Gardenia, Pearl Haya, PTS, hotel-hotel dan sebagainya kerana memberi sokongan kepada program sebegini. Akhir sekali tahniah kepada JAKIM dan RTM yang manjadi tulang belakang kepada program ini.

Adik-Adikku merupakan pertandingan realiti TV bercorak Islam yang dianjurkan JAKIM dan RTM. Tahun ini merupakan musim ke-4 ia diadakan. Program ini berjalan selama 27 episod bermula pada 24 April 2013 dengan peserta seramai 12 orang yang dipilih seluruh Malaysia. Hanya 5 orang sahaja yang akan sampai ke episod akhir. Pertandingan peringkat akhir diadakan pada hari nie 5 Jun 2013 di PICC yang disiarkan secara langsung di TV1 dan IKIM.FM.

Update  11/6/2013 - 2.15ptg: kepada yang nak lihat semula Pentas Akhir Adik-Adikku musim ke 4 sila klik sini http://myklik.rtm.gov.my/ ~ terima kasih kepada pengomen Fatiha memberi link tersebut.

Kuliah Ilmu Jun 2013

Jangan lepaskan peluang kunjungi majlis ilmu Jun 2013 nie.

1- Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara.


2: Masjid At-Taqwa Tmn Bertam Indah, Kepala Batas.

Klik imej jadual kuliah untuk paparan besar. Segala perubahan tertakluk kepada masjid berkenaan. Nak mudah dapat info LIKE saja FB kedua-dua masjid nie.

Penang : Fort Cornwallis

[ 27hb Mei 2013 ]

Bersempena dengan cuti sekolah dan tak mahu jalan jauh-jauh, maka cuti-cuti dalam negeri saja. Walau dalam negeri pun banyak lagi tempat yang tak dikunjungi. Siapa yang biasa lepak kat Padang Kota Lama Pulau Pinang atau Esplanade? Angkat tangan, atau siapa yang biasa makan mee sotong Padang Kota? Angkat tangan. Mesti ramai, tapi ada sesiapa yang pernah lawat tapak yang amat bersejarah dalam pembukaan Pulau Pinang bersebelahan Padang Kota? Angkat tangan. Mesti tak ramai.

Perancangan mula ke Pejabat Kastam tapi orang terlampau ramai mungkin cuti sekolah ramai yang nak keluar negara. Jadi terpaksa batalkan. Oleh kerana dah berhampiran dengan Fort Cornwallis maka perancangan diubah untuk melawat ke situ dulu.

Buat lawatan sambil belajar ke tapak bersejarah Fort Cornwallis. Seawal jam hampr 10 pagi. Rasanya kami orang pertama yang masuk. Layan saja gambar kat bawah.
Masuk saja dalam kota terjumpa Sir Francis Light. Sembang sambil minum kopi dengan dia dulu. Maklumlah orang pertama yang membuka Penang nie. Patung gangsa ini diukir oleh FJ Wilcoxson pada tahun 1936 untuk memperingati ulang tahun ke-150 pendaratan Francis Light.
 Kami mula berjalan ke sebelah kanan dulu. Ahmad Firas tak nak jalan, macam biasalah dia nak kena dukong. Nur Fatini yang memang tak suka dukong bila masuk ke kota nie tak mau jalan pula. Entah apa dia nampak kot.
Posing dengan gambar zaman askar British. Gambar kelabu soiii, tolonglah cetak baru.
Berjalan lagi akan berjumpa sederet berek yang menjadi tempat simpanan senjata dan juga jel.
Berek yang menempatkan senjata dan juga penjara.


Laluan naik ke atas berek. Disebelah tu gereja lama.

Berjalan diatas kota. Ahmad Firas dah mau jalan. Dibawah merupakan berek dan juga penjara.
Rumah api yang masih digunakan. Dibina pada tahun 1882.
Sebahagian meriam yang terdapat didalam kota menghadap ke laut.
Fatini baru nak berjalan. Entah apa yang dia nampak sampai takut nak berjalan sebelum nie.
Meriam gangsa lagi.
Tempat simpan bahan api.
M. Ammar posing gaya zaman 70an. Meriam Seri Rambai. Meriam Belanda bertarikh 1603. Sejarah panjangnya bermula dari hadiah Belanda kepada Sultan Johor pada tahun 1606. Tahun 1613, Portugis mengambil alih meriam tersebut dan dipindahklan ke Jawa sehingga 1795 dan kemudian di pindahkan ke Kuala Selangor. British telah merampas meriam tersebut dan diletakkan di Fort Conwallis pada tahun 1871. Ada kepercayaan mengatakan meriam itu dapat memberi kesuburan kepada wanita ~ tahyul.

Berek dan juga tempat simpanan bahan api dibina berbentuk melengkung atau separuh bulatan untuk memberi ketahanan strukturnya bila di bedil.

Hampir setengah jam kami berada dalam kota, peluh sampai ke kaki. Tapi kalau nak baca setiap sejarah yang tertulis disitu rasanya ambil masa lama lagi. Memang menarik berada dalam kota nie, terasa seperti berada di zaman dulu-dulu.
Pintu masuk Fort Cornwallis. Waaaa... Firas dah nak balik.
Gambar dari luar kota dengan meriam menghala ke laut.
Harga tiket rakyat Malaysia:
Dewasa : RM 2.00
Kanak-kanak : RM 1.00
Waktu lawatan setiap hari dari 9.00 pagi - 7.00 petang

Lokasi seperti kat bawah.


View Larger Map

Sedikit sejarah Fort Cornwallis:

Sejarah Fort Cornwallis bermula apabila Sir Francis Light daripada British East India Company mendarat di Pulau Pinang itu dengan anak-anak kapal pada 11hb Augus 1786. Beliau mengambil alih pulau ini daripada Sultan Kedah ketika itu untuk dijadikan sebagai pengkalan tentera untuk menjaga laluan dan tempat persinggahan kepada perdagangan rempah-ratus dan sutera syarikat British.

Dalam usaha untuk melindungi kem dari pencerobohan dari mana-mana angkatan tentera asing terutama Prancis, lanun dan juga Kedah sendiri (sebab Sultan Kedah tertipu dengan janji British untuk mempertahan Kedah dari serangan Kerajaan Siam), Francis Light memutuskan untuk membina sebuah kubu di tanjung utara pantai timur pulau itu, yang menghadap ke laut. Lokasi mula-mula Francis Light tiba di pulau ini.

Pada mulanya kubu itu dibuat daripada batang nibong dan kayu seluas 46.4 meter persegi. Francis Light menamakan kubu tersebut bersempena nama Gabenor Jeneral Inggeris di India pada masa itu - Charles Cornwallis.

Pada tahun 1808 binaan kota tersebut telah di gantikan dengan batu bata dan siap pada 1810. Direka berbentuk bintang, meliputi kira-kira 418 kaki persegi.

Walaupun permulaan kubu ini dibina untuk mempertahankan serangan musuh tetapi tiada pertempuran pernah berlaku sepanjang pemerintahan British di kota tersebut. Akhirnya, ia digunakan untuk tempat pentadbiran.


Maklumat lanjut boleh baca buku sejarah anak tuan-tuan atau boleh juga layari laman kat bawah  :


1- http://www.tourismpenang.net.my/index.php/Heritage-Buildings/fort-cornwallis.html
2- http://www.penang-online.com/pages/place-of-interest/fort-cornwallis.php
3- http://www.visitpenang.gov.my/portal3/what-to-see/attractions/fort-cornwallis.html
4- http://www.arkib.gov.my/kota-cornwallis-pulau-pinang

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Pulau Pinang pada 27hb May 2013 ]

1: Penang : Fort Cornwallis
2: Penang : Toy Museum
3: Penang : Muzium Perang
4: Penang: Akuarium FRI

Firas dan Basikal Baru

Ada dalam tiga empat minggu lepas, Ahmad Firas dengan penuh berhemah memohon diluluskan pembelian basikal baru untuknya ~ ayat lemah lembut dan berhemah yang tak mungkin ditolak. Lagi pun basikal plastik yang sekian lama di tungganginya dah terasa semakin kecil dan lutut dah sangkut dagu. Tambahan teringin tengok abang dan kakak naik basikal besar dengan lajunya dan dia dok terkial-kial atas basikal plastik roda tiga.

Basikal oren
Seminggu sebelum itu ke pekan Kepala Batas tetapi tak berhasil sebab kedai dah tutup, kami sampai lewat. Maka hari ini dalam sejarah pada 25hb Mei 2013, Sabtu tercapailah hajatnya nak memiliki basikal.

Mula-mula dia pilih warna pink, ishhh boy mana boleh kaler pink. Tunjuk kaler lain dan nasib baik dia nak. Jadi beli warna oren. Selesai beli, tanya Firas "siapa yang beli basikal tu?". Dijawabnya "uncle". Ada ka patut mak ayah yang keluar duit, tokey kedai yang dapat nama.

Tinggi juga basikal tu, kira hujung jari kaki ja jejak tanah. Nak naik pun kena tolong angkat. Kayuh tak tau lagi. Jadi letak dia atas basikal lepas tu pakat-pakat tolak sambil ajar dia kayuh. Tapi dia buat dekkk ja, mungkin lagi best kalau orang tolak, boleh rasa macam putera raja.
Parking mesti sama dengan abang kakak

Sampai rumah lepas naik kena simpan sebaris dengan basikal abang dan kakak , baru sama taraf. Syok tengok dia belek basikal, macam tak percaya dah ada basikal sendiri.
Mimpikah aku dah ada basikal nie.
Bila di tanya basikal tu warna apa? Mesti dijawab entah-apa-apa warna.
Angin cukup tak?
Basikal plastik roda tiga telah di tolak ketepi tanpa belas kasihan. Tak jeles pun kalau bagi kat Nur Fatini ~ sebelum nie jangan haraplah.
Sudah dapat gading bertuah tanduk ditinggalkan.

Insyaallah tak lama lagi laju lah tu. Jangan dok merempit sudah.

Pecel Lele Sungai Ara

Kalau kat Penang, celik-celik mata sahaja keluar rumah mesti berselisih dengan kedai mamak. Kalau tak kedai mamak, kedai tom yam. Mamak... Thai... Mamak... Thai. Tapi kali nie cuba lain sikit. Tak ke India atau Thailand tapi ke Indonesia pula. Rakyat Indon pun ramai kat Penang nie. Apa lagi pekena pecel pulak.

Hari Ahad ada dalam dua tiga minggu lepas, kena kerja. Dah dekat tengahari terpikir nak makan apa yaa. Cari kat google  pecel lele. Sebelum nie ada dengar mengenai warong pecel kat Penang, tapi tak tau kat mana. Tanya kat Mr Google dapatlah satu gerai. Warong nie terletak berhadapan Kondo Sri Aman. Apa lagi buat edisi terjah. Tak pasti buka ka tidak hari Ahad. Tak pa lah. Dalam google map dekat ja dengan tempat kerja.
DSC_2922
Warong Pecel Lele Sg Ara
Pusing... pusing... pusing sampai, tak sesat pun cuma jalan saja yang bengkang-bengkok. Nasib aku baik, hari Ahad buka. Sebuah warung tepi jalan yang dikelilingi kondominium, banglo, flat dan sebagainya. Walau dikelilingi banglo dan kondo warung ini biasa sahaja dan ringkas, bukan warong mewah. Sesuai untuk rakyat marhain. Papan tanda warong pun tak dak, tapi orang sebut pecal saja.
DSC_2921
Menu Pecel
Sampai sana parking sahaja ditepi jalan, janji jangan halang lalu-lintas sudah. Ada beberapa menu Indonesia yang disediakan seperti pecel lele, pecel ayam, rawon, bakso, pecel lontong, asem bandeng dan banyak lagi. Aku oder pecel ayam dengan teh O ais limau. Pengunjung tak putus-putus, yang menariknya kebanyakan dapat bercakap bahasa Indon (depa cakap bukan seperti filem sinetron tu, darjat tinggi lagi ~ tak paham aku).
DSC_2917
Set pecel ayam: ayam goreng, ulam, sambal belacan dan nasi
Dah sampai pun, nie dia set pecel ayam. Ayam goreng panas datang bersama sambal belacan, ulam (salad, kubis, tomato dan hirisan terung yang digoreng), sup dan nasi yang memang saiz aku ~ banyak. Kat atas meja di letakkan sambal, mungkin sesiapa yang nak pedas boleh tambah. Ayam biasa seperti ayam goreng kunyit. Sambal belacan aku tak pasti rasa macam mana tetapi bila dicampur dengan nasi memang mabelas. Tanya mak cik kedai dia kata sambal belacan tu di goreng. Sup, sedap ~ bukan macam sesetengah kedai yang bagi sup rasa macam air campur ajinomoto dan garam saja.
Sambal belacan pecel
Ini kunjungan aku yang kedua. Oder rawon, iaitu sejenis sup daging yang kuah kehitaman. Saja nak cuba yang lain pula. Rawon dimakan dengan nasi dan kalau nak pedas boleh ditambah sambal. Rasa ada sedikit masam. Cita rasa mulut aku tak berapa menarik ~ lain orang lain mulut.
DSC_3010
Rawon
 Gerai nie tak berjenama, ramai disebut pecel sahaja bersempena dengan menunya yang menyediakan berbagai jenis pecel. Menurut tokey warong, masakan yang disediakan merupakan dari Surabaya. Disampaing makanan berat ada juga dijual cucur dan keropok
DSC_2920
warong bersih
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat ke dua (hari Jumaat nie aku tak pasti dia kira yang keberapa) dari tengahari sampai jam 8 malam.  Harga pula mampu milik, antara RM4 hingga RM5 saja. Gerai di jaga bersih dan suasana yang nyaman sebab terbuka.
DSC_2928
Warong Pecel
Lokasi ditepi jalan Persiaran Paya Terubong 1, Sungai Ara. Berhadapan Kondo Sri Aman ( kondo nie bersebelahan dengan Kolej Komuniti Bayan Baru). Nak mudah ikut papan tanda menghala ke Kolej Komuniti Bayan Baru.
DSC_2931
Dihadapan warong: kondo Sri Aman dan Kolej Komuniti Bayan Baru.
Nak lagi mudah lihat sahaja Google Map kat bawah.

GPS:
5°19'59.3"N 100°16'46.1"E
5.333136, 100.279472


p/s : Pecel bermaksud sayur-sayuran yang direbus dan dihidang dengan sambal. lele bermaksud ikan keli.

Pulau Pinang : Bukit Gambir Gondol

Dah lama nampak benda nie tapi kali nie baru nak ambik gambar. Waktu dulu (tak la berapa lama pun) nampak kecil ja tapi sekarang dah makin besar. Puncak Bukit Gambir kat Pulau Pinang yang gondol. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang pun dapat nampak kegondolan dan kebotakan puncak bukit nie.
Puncak Bukit Gambir

Projek apa nak buat kat atas tu?? Nak buat kawasan tadahan hujan, takut Kerajaan Kedah tak mau hantar air lagi kot atau nak buat taman tema atau pun Genting Highland? Harap-harap projek yang dijalankan memberi manfaat kepada penduduk Penang dan tidak merosakkan alam sekitar.

Dalam dok tulis terbaca kat Utusan Malaysia hari nie  22 Mei 2013, maka terjawab sudah. Hutan di puncak bukit telah digondolkan secara haram.

Lepas nie Bukit Gambir nak jadi apa selepas digondolkan?? Tunggu dan lihat.

Karangan Bahaya Toksik : No 5

Adalah dalam minggu lepas Siti Sarah dok cari maklumat kat internet mengenai toksik untuk buat karangan. Kami pun tak tau dia buat untuk pertandingan karangan mengenai bahaya toksik kat Transit Aiman dan semalam dia bawa balik hadiah tu. Terer tuu dapat no 5.
Hadiah karangan bahaya toksik

Hadiah disampaikan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Dia dapat beg Body Glove, alat tulis, buku cerita dengan sedikit makanan. Yang tak tahan dapat beg body glove. Best la walau dok transit la nie.

Disamping tu pihak KPDNKK juga menerangkan mengenai bahaya toksik. Balik diceritakan setiap mainan kena ada logo MC.  Ishhh... nanti nak beli mainan kena perhati benda nie pulak, harap-harap mainan yang ada logo nie harga mampu milik. Maklumat lanjut mengenai keselamatan barangan mainan kanak-kanak boleh layari kat sini http://www.konsumerkini.net.my/.