Minggu Setiausaha 2012

Bulan April depan pasti penuh dengan persembahan oleh artis-artis untuk Minggu Setiausaha. Masa nie artis-artis macam goreng pisang panas, laku ( goreng pisang yang sedaplah ). Antara yang mungkin menjadi poojaaan Anuar Zain, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Ning Baizaura dan Jamal Abdillah. Ustaz ngan ustazah pun laku gakk.
Gambar hiasan
Apa tu Minggu Setiausaha ?? Boleh ja Google. Aku ambil sedikit dari Wikipedia :

Administrative Professionals' Day (also known as Secretaries Day or Admin Day ) is an unofficial secular holiday observed in several countries to recognize the work of secretaries, administrative assistants, receptionists, and other administrative support professionals. In North America, it is celebrated on the Wednesday of the last full week of April (April 25 in 2012). In much of Europe it is celebrated on the third Thursday in April[1] (April 19 in 2012) .......Nak tau lanjut pi kat Wikipedia

Walau pun disambut kat luar negara tetapi kat Malaysia pun ada setiausaha, jadi depa pun nak sambut juga. Acara ini bukan acara rasmi, tak ada cuti umum pun,  cuma untuk meraikan sekretari yang telah penat melayan Bos. Jadi bos-bos boleh beli tiket konsert sambil makan-makan dan dihadiahkan kepada setiausaha mereka. Bos pun boleh ikut sama ( kalau bini bos bagi ).

Nie cerita tak puas hati gak nie. Setiausaha ja ka yang nak disambut? Yang jawatan lain tu kenapa tak di sambut sama. Cuba buat seperti Minggu Pemandu, Minggu Tukang Kebun, Minggu Warden Asrama atau Minggu Amah Indon. Bukan apa, staf-staf lain pun nak dirai juga. Asyik nak bekepit dengan  setiausaha ja. Untuk cikgu, polis, askar, jururawat tak payah la kot. Jawatan-jawatan tu bukan setakat ada hari malah menteri ada sekali.

Saja seronok nak tulis.

Global March to Jerusalem

Aku ambil petikan dari http://gm2j.com/main/ bukan apa, untuk mengingatkan kita. Di sebalik kemewahan dan keselesaan yang kita nikmati sekarang ada saudara kita di palestine yang menderita. Kat Malaysia pun pada 30hh Mac ini banyak di buat acara-acara untuk memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine.

GMJ’s concept and objectives

The historic day 30th March marks Palestine Land Day* in Palestinian national memory. This year our aim is to mark it as an international event to demonstrate solidarity with Palestinians and to protect Jerusalem. This will be achieved by organizing a Global March to Jerusalem or to the nearest point to it. The march will demand freedom for Jerusalem and its people and to put an end to the Apartheid, ethnic cleansing and Judaisation policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem.

By organising the March and its preceding and parallel activities we aim to highlight the cause of Jerusalem (the City of Peace) which is considered the key to peace and war in the region and the world. The march will confirm that the policies and practices of the racist Zionist state of Israel against Jerusalem and its people are a crime not only against Palestinians but against all humanity.

The march will unite the efforts of Palestinians, Arabs, Muslims, Christians, Jews, and all citizens of conscience in the world to put an end to Israel’s disregard for international law through the continuing occupation of Jerusalem and the rest of Palestinian land.

We aim to make this march a turning point in the nature of the confrontation, with the occupation having to face millions of protesters and demonstrators demanding Freedom for Palestine and its capitol Jerusalem. We will make a renewed true effort towards ending the occupation through peaceful national movements inspired firstly by our convictions, secondly by the justice of our cause, and thirdly by the spirit of the Arab spring revolutions and the determination of young people who were able to overthrow dictatorships. Especially now that the nations have realized the magical effect of the people’s will to make the impossible possible. The advancing slogan, “the people demand,” has proved to be more effective than armies and weapons.


* Palestine Land Day – a day celebrated by Palestinians on 30th March each year. The event marks the events of March, 1976, after the Israeli authorities confiscated thousands of dunums of private and public land in majority Palestinian areas, especially in the Galilee. Following these events the Arab masses inside Palestine declared a general strike, confronting the Israeli authorities for the first time since the occupation of Palestine in 1948. The Israeli response was militant and violent, as the Israeli troops, backed up by tanks, entered Palestinian villages and reoccupied them, causing a number of martyrs and many wounded and detainees among the civilians.

MLM melalui Facebook

Sabtu malam Ahad yang lepas aku bertugas untuk satu program yang dianjurkan oleh pelajar. Nak kata ceramah pun bukan tapi lebih kepada bual bicara bersama Shamril Mohd Salleh. Siapa tuu ? tuuu la Sham Kamikaze. Dewan hampir penuh dan fenomena zaman sekarang tentulah yang wanitanya lebih dari lelaki.

Suatu penghijrahan yang berlaku atas diri beliau dari seorang pemuzik kepada seorang yang menyintai agama. Banyak yang diceritakan yang lebih kepada kehidupan remaja.

Banyak yang di ceritakan tetapi yang aku suka ialah beliau memperkenalkan perniagaan melalui Facebook. Nak berniaga juga bang mat nie. Aku tulis berdasarkan pemahaman aku ketika bual bicara tersebut.

Perniagaan yang amat menguntungkan dan sentiasa akan masuk. Perniagaan yang mana orang bawah akan bekerja untuk kita dan kita akan mengutip hasilnya. Serupa MLM la tuu. Perniagaan ini amat menguntungkan kepada penggemar Facebook. Makan facebook...tidur facebook...jaga facebook.

Ketika ini kita mungkin bangun pagi-pagi mesti ON Facebook dulu. Lepas tu baca status rakan-rakan. Lepas tu komen atau klik "like" atau "share". Lepas tu mula update status diri sendiri. Yang ada handphone canggih, ambil gambar diri sendiri dan upload dalam status dan tulis " Cantik tak tudung saya ?" ( aku lupa dah tudung apa yang disebut oleh Sham ). Lepas tu tak sampai sejam dah ada 50 komen yang macam-macam dari "kau beli kat mana?" sehingga "you cute lah"  dan berbagai lagi. Mungkin dalam status nak tanya tudung yang dipakai cantik tak? Tetapi disebaliknya nak tanya saya nie cantik tak ? Jika ini yang di buat dengan Facebook, ia tak memberikan apa-apa keuntungan.
Gitar dan amp. yang Sham bawa malam tu.

Apa yang memberi keuntungan atau apa yang hendak diniagakan?? Tupperware? Avon? Shaklee? Kain Batik? Cadar? Labu Peram? Forex? dah..dah..dahhh tu. Semua tu bukan.

Jeng...jeng...jeng nie dia, beliau sarankan kepada penggemar Facebook supaya tulis status yang mengingatkan kita dan juga rakan-rakan seperti "Jom ke masjid", "Sudah ucap Alhamdulillah ka hari nie?" atau tulis kata-kata nasihat yang mungkin boleh di ambil dari buku-buku. Upload dalam status, jika rakan-rakan baca status anda insyaallah anda mendapat pahala. Tambahan pula jika rakan-rakan anda klik "like" atau "share" bertambah lagi lah jaringannya. Inilah perniagaannya.

Kalau tak tau apa nak tulis "like" sahaja ustaz-ustaz. Ramai dah ustaz yang mempunyai facebook seperti Ustaz Azhar Idrus, Utz Mohd Kazim Elias, Utz Don Daniyal.

Melalui facebook kita dapat manfaatnya jika digunakan dengan berhemah. Banyak lagi yang dibualkan.
Shahduuuu.... Ketika Cinta Bertasbih
Akhir sekali, petikan gitar dari Sham. Beliau sekarang hanya bawa satu lagu sahaja. Pada malam nie petikan gitar lagu Ketika Cinta Bertasbih. Tak boleh bawa lagu banyak-banyak sebab Ustaz Azhar Idrus kata main muzik boleh tapi jangan sampai jadi najis.

Habis sahaja program, sesi bergambar. Untuk wanita Sham minta ambil gambar ramai-ramai sebab tak mahu gosip-gosip. Dalam ramai-ramai yang hadir termasuk juga rakan-rakan Sham dan juga mat-mat rock. Walau dah tak jadi pemuzik, manusia yang menerima hidayah Allah dan ingin mengikut jalan yang benar akan dianggkat martabatnya.

Bank Rakyat Umum Dividen 20 Peratus

2012/03/26

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.

"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

*** Sumber:  Berita Harian Online 27hb Mac 2012 ***

Nasi Goreng Flask @ nasi Goreng ISO

Dalam dok jalan-jalan makan-makan nie selalu kita oder benda bergoreng sebab simpel dan mudah ( cepat, tak tentu lagi ).
Flask yang selalu digunakan

Yang nak diceritakan bukan nasi goreng yang di goreng bila di oder tetapi nasi goreng yang entah bila-bila digoreng yang disimpan dalam flask. Bila kita oder saja, dicedok nasi goreng tu dan diletak dalam pinggan dan hidang. Selalu nasi goreng macam nie adalah nasi goreng standard ISO kedai tu.

Nasi goreng ISO ini akan dikahwinkan dengan bahan lain seperti ditambah ayam jadilah Nasi Goreng Ayam begitu juga Nasi Goreng Pataya ( nasi goreng ISO flask dibungkus dengan telur), Nasi Goreng Daging Kunyit, Daging Merah dan seangkatan dengannya.
Gambar hiasan
Walau nasi goreng ini cepat dibuat sebab nak cedok dan hidang sahaja tetapi kita kena tunggu lama sebab apa ? Ini adalah disebabkan ada add-on ( macam dalam KFC atau Mc D), nak tambah daging merah @ daging kunyit @ Paprik @@@@ lagi lah. Masa diambil untuk masak add-on nie ( itu pun kadang-kadang add-on pun diperangat saja ).

OKlah walau nasi goreng flask, kedai tu dah menyenangkan kita, tak perlu masak kat rumah, tak perlu basuh belanga dan pinggan. Tapi yang tak sedapnya kadang-kadang rasanya memang hampehhh. Mungkin berkuap lama dalam flask ( masak jam 6 petang, dihidang jam 11 malam ). Bau pun dah mengenyangkan.  Ini yang tak menarik. Bagi peniaga cara ini amat menyenangkan, mudah dan cepat. Bagi pelanggan mereka terpaksa makan jugalah, dah oder.

Jadi kalau nak selamat oder sahaja nasi goreng yang tokey kedai kena goreng masa tu juga seperti Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Kerabu dan sebagainya. Yang nie berkemungkinan tokey kedai kena masak sebab permintaan yang terhad. Atau minta saja nasi putih dengan add-on. Sekarang nie semua nak segera, tak macam dulu-dulu.

Dari segi kesihatan mungkin boleh dibuat kajian, sebab nasi panas yang disimpan dalam bekas plastik tu OK ka untuk dimakan ? Mana tahu ada bahan kimia merbahaya seperti Polisterin.

Saja tulis sebab tak ada ide dah.

SPM 10A+ Nak Jadi Apa ?

Masih dalam mood SPM. Tahniah kepada yang berjaya dengan warna terbang ( flying colours). Masa nie berbagai tawaran menarik datang, nak belajar dalam atau luar? IPT Awam atau Swasta ? Nak jauh ka dekat? Nak ambil bidang apa ? Soal yuran tak perlu risau sebab banyak biasiswa yang akan ditawarkan.

Apa-apa pun buat pilihan terbaik. Dah dapat keputusan gemilang jangan lupa diri. Ibu bapa yang dapat anak-anak yang gemilang pun jangan lupa diri juga. Kecemerlangan yang diperolehi tu hanyalah menjawab soalan yang di reka oleh manusia sahaja. Banyak lagi persoalan yang datang sepanjang kehidupan ini.

Pelajar-pelajar cemerlang kat Malaysia nie dah ada banyak sejarah. Semasa dapat keputusan nampak santun dan ayuuu ja. Menjadi ikon dan rujukan kepada adik-adik. Lepas sambung belajar jadi entah apa-apa.

Aku nak tahu satu ja. Kenapa kalau dapat 10A+ mesti nak jadi doktor. Kerjaya lain tak sesuai atau tak layak ka?

Saja nak berkongsi satu kartun.

Mohon pinjam kartun nie, pemiliknya aku tak tau.

Update:
27/3/2012 - Hadiri ceramah Dr Daniel Zainal Abidin, disamping beberapa A yang didapati dalam peperiksaan hendaklah ditambah 2 A lagi iaitu Agama dan Akhlak.

Tahniah Kepada Semua Yg Mendapat Keputusan SPM

21hb Mac ini keputusan SPM akan keluar. Tahniah kepada yang akan menerima keputusan cemerlang dalam SPM 2012 ini. Tahniah juga kepada ibu bapa, sekolah, pusat tuisyen, ahli politik dan sesiapa yang menjadi pendorong kepada kejayaan anda.

Gambar hiasan

Kepada yang mendapat keputusan yang kurang baik atau gagal, hidup anda bukan terletak kepada keputusan peperiksaan tersebut. SPM merupakan batu lancatan atau menjadi jalan pintas untuk memasuki IPTA / IPTS. Ingatlah IPTS /IPTA bukan menjamin kejayaan pada masa hadapan. Yang keputusan kurang memberangsangkan masih ada peluang untuk ke IPTA / IPTS tetapi mungkin dengan cara yang lebih jauh. Banyak Institut yang menyediakan kemahiran yang menyajikan sijil atau diploma yang mana dengan sijil ini anda masih boleh ke IPTA/IPTS atau membuat perniagaan sendiri. Ramai kawan-kawan aku yang dulunya corot ja dalam kelas sekarang nie dah ada perniagaan sendiri ( bukan MLM la ).

Kepada yang berjaya, siapakah yang membuat anda berjaya? Berbagai pihak akan mengatakan merekalah yang membuat seorang anak itu berjaya.

Ibu Bapa: Pastinya ibu bapa yang paling gembira melihat kejayaan anak-anak mereka. Dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang baik di rumah seperti bilik bacaan, komputer dangan buku-buku ilmiah yang akan memudahkan anak-anak mengulangkaji. Bukan setakat kemudahan fizikal tetapi juga dari segi masa dimana anak-anak yang akan menduduki peperiksaan akan di lapangkan masanya untuk belajar, jangan suruh sidai baju, basuh pinggan, sapu sampah, jangan pi main bola. Pusat-pusat tuisyen menjadi agenda selapas balik sekolah. Jika cuti penggal pula kem-kem memantapkan akal dan rohani menjadi tujuan. Hadiah-hadiah juga menjadi pendorong anak-anak untuk berusaha. Pastinya di atas sejadah bersaksikan hembusan kalimah doa kepada Illahi untuk kejayaan anak-anak. Ini antara yang akan mendorong kepada kejayaan anak-anak itu.

Sekolah: Pastinya sekolah amat berbangga dengan keputusan pelajarnya yang cemerlang. Cikgu-cikgu pasti tersenyum melihat kejayaan anak murid mereka dan lebih lagilah Guru Besar juga berbangga kalau ramai pelajarnya mempunyai "A". Prestasi sekolah akan meningkat. Apa tidaknya berbagai ganjaran yang guru-guru dan sekolah akan dapat dengan pencapaian tersebut. Menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan guru besar dan guru-guru lain akan menerima ganjaran masing-masing (yang nie untuk guru sekolah menengah jaaa ). Berbagai usaha untuk meningkatkan prestasi pelajarnya seperti mengadakan kelas tambahan dan guru-guru memberi sepenuh perhatian kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Ahli Politik: Menteri dan ahli politik terutama yang memegang KPI dalam pembangunan pendidikan negara akan pastinya berbangga jika ramai yang berjaya ketika pemerintahannya. Tambahan pula jika beliau ada membuat perubahan tertentu dalam pendidikan seperti penggunaan bahasa ( sat bahasa inggeris...sat bahasa melayu...sat bahasa entah apa-apa lagi lah ) dan memperkenalkan sistem pendidikan tertentu. Mereka akan cuba menerapkan suatu sistem yang dijangkakan bersesuaian dengan kemajuan yang akan dicapai kemudian hari. Yang pastinya dari dulu sampai sekarang selepas sahaja keputusan peperiksaan di umumkan akan ada kenyataan akhbar bahawa " Pencapaian untuk peperiksaan kali ini amat membanggakan dan telah melepasi jangkaan " atau " Inilah pencapaian yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya ".

Pusat Tuisyen : Tak kurang juga pusat tuisyen yang menyediakan guru-guru yang mantap untuk mendidik pelajarnya. Apa tidaknya jika sesuatu pusat tuisyen tu dapat mengeluarkan ramai pelajar yang banyak "A" maka naik lah nama mereka. Maka di iklankan bahawa merekalah pusat tuisyen yang cemerlang dan boleh memberi kejayaan kepada pelajar. Makin beruntunglah pusat itu. Pemilihan guru-guru menjadi agenda utama, yang pasti guru-guru yang menjadi penggubal bank soalan peperiksaan kementerian akan menjadi rebutan. Harap-harap pelajarnya mendapat soalan bocor.

Pelajar: Anda pastinya yang tergembira sekali setelah melepasi ujian yang getir. Usaha-usaha yang dilakukan seperti mengorbankan masa bermain, memberi tumpuan dalam bilik darjah, mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tambahan dan sebagainya.  Dah tentulah doa dipohon memberkati usaha anda. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, sekeping kertas telah membuktikan kejayaan anda. Sekeping kertas yang Insyaallah yang akan membawa kejayaan selepas ini.

Jadi siapakah yang memberi kejayaan itu? Ketahuilah sekeping kertas yang anda dapat itu meruntun berbagai pihak secara langsung dan tak langsung untuk berkorban. Ini bukan kejayaan satu-satu pihak sahaja. Tak ada sesiapa yang boleh mengatakan akulah yang membuat dia berjaya atau aku memang otak bergeliga ( boleh buat batu cincin ) sebab itu aku berjaya. Yang pastinya rangkuman berbagai pihak menjadikan keptusan yang cemerlang.

Jika dilihat di kaca TV dan media massa memaparkan ramai anak-anak dari keluarga miskin dan tak dapat menikmati segala kemudahan mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka tidak dijanjikan dengan hadiah, harian hidup mereka diisi dengan  membantu keluarga, tidak ada kelas tambahan, tidak ada ruang tertentu untuk mengulangkaji dan  yang dapat ibu bapa beri hanyalah doa. Walau begitu mereka juga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Apakah yang membuat mereka berjaya pula? Ramai yang di wawancara mengatakan pendorong kepada kejayaan itu datang dari keinsafan dan ingin membantu keluarga, tak mahu lagi keluarga berada dalam kesusahan dan ingin menjadi pendorong kepada adik-beradik. Walau dalam keadaan daif mereka berlapang dada menerima segala dugaan itu dan terus berusaha dan berjaya.

Yang menerima segala kemudahan pun cemerlang, yang tidak menerima kemudahan pun cemerlang juga. Jadi apa-apa pun kejayaan itu datangnya dari dalam diri sendiri. Kemahuan untuk berusaha dan berjaya dan berdoa.